23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

P.A.M Dirac (1902-1984) : Genius dan Unik

Editor by Editor
01/07/2009
in Tokoh
0 0
0
Oleh: Aqil Fitri
www.selak.blogspot.com
Selain kerana kehandalannya dalam matematik, si pendiam Paul.Adrien.Maurice Dirac (1902-1984) turut dikatakan mempunyai sifat lurus yang spontan, tetapi serius, yang kadang-kadang boleh mengundang kelucuan. Dirac adalah antara nama besar dalam fizik kuantum.
Di kalangan komunitinya, Dirac amat dihormati, sampaikan Werner Heisenberg sendiri tidak lokek memujinya. Di samping adikaryanya, Principles of Quantum Mechanics—yang menjadi rujukan meluas kalangan pengemar fizik kuantum—personaliti Dirac turut menarik minat saya. Minat saya pada Dirac adalah sebanding minat saya pada Richard Feynman. Malah, menerusi Genius: The Life and Science of Richard Feynman, James Gleick telah memaparkan bagaimana Feynman turut menjadikan Dirac sebagai heronya! Memang, kekaguman Feynman pada Dirac ekoran kepintaran matematiknya, selain masing-masing terlibat dalam elektrodinamik kuantum, bidang di mana Feynman meraih anugerah Nobel Fizik tahun 1965. Bahkan, tidak hairan jika perasaan yang sama turut dirasai oleh Wolfgang Pauli yang memahami Dirac dalam makna, “Tuhan itu tiada, manakala Dirac adalah Nabi.”Itulah Dirac, yang pada John Polkinghorne, jika ditanya apa kepercayaan anutan Dirac, maka Dirac akan melangkah ke papan hitam dan menulis hukum-hukum alam dalam sebuah persamaan matematik yang cantik.
Namun begitu, bagi saya, bukan kerana kepintaran Dirac semata-mata yang menyerikannya, sebaliknya personalitinya juga ternyata tidak kurang kalahnya, malah sering saja boleh mengundang senyum sendiri. Pernah, semasa memyampaikan kuliah di Universiti Toronto, Dirac ditanya oleh seorang hadirin. Sambil mengangkat tangan, hadirin tersebut dengan terus-terang berkata, “Professor Dirac, saya tidak memahami bagaimana anda menerbitkan formula pada sebelah atas bahagian kiri papan hitam tersebut”. Semena Dirac menjawab, “itu bukan soalan, tetapi kenyataan. Sila, soalan seterusnya”, pinta Dirac.
Sementara cerita yang diabadikan oleh Jagdish Mehra, seorang sejarawan sains yang pernah berkerja bersama Dirac, juga tidak kurang menariknya untuk dikongsi. Mehra, memikirkan kebiasaan masyarakat England yang memulakan perbualan mereka tentang cuaca, maka ia berkata pada Dirac sewaktu mereka sama-sama mahu menikmati makan tengahari, “cuaca hari ini amat berangin, ya profesor.” Dirac tidak berkata apa-apa, dan beberapa saat kemudian Dirac bangun dan meninggalkan meja makan. Saat itu, kata Mehra, “saya fikir telah menyinggungnya“. Saya lihat ia menuju ke arah pintu, dibukanya pintu tersebut, melihat keluar, balik semula ke meja makan kami, lalu ia duduk, dan berkata, ya.”
Demikian juga pengalaman yang dilalui oleh Neils Bohr, pemuka Tafsiran Copenhagen itu. Saatnya sedang menyelesaikan sebuah makalah saintifik, Bohr melihat kepada Dirac dan bertanya, bagaimana mahu menamatkan ayat ini?” Lalu, Dirac membalas, “saya sewaktu di sekolah tidak pernah diajar untuk memulakan satu ayat tanpa mengetahui di mana ia berakhir.” Nah, sekarang bagaimana anda hendak mengambarkan sosok Dirac?
Kalau menurut Mark Kac, seorang matematikawan, para genius terbahagi kepada dua. Satu adalah genius biasa, yang bertungkus-lumus dan bernasib baik. Genius seperti ini mahu yang menjadikan pencapaiannya sebagai satu teladan kemudian nanti. Kemudian, satu genius lagi adalah ahli silap mata, yang mana ciptaannya memang mengagumkan sehingga secara tidak sedar telah mempengaruhi intuisi komunitinya. Dan, Dirac adalah ada genius yang kedua.
Mark Kac, pada saya sudah berkata benar. Namun, bagi saya lagi, sebenarnya watak dan tampilan Dirac juga boleh diramal menerusi sanjungan komunitinya, yang mana menurut Bohr, Dirac adalah seorang fizikawan yang paling bersih jiwanya. Manakala, bagi S. Chandrasekhar pula, Dirac adalah seorang yang kental mantik dan empirikalnya. Malah, lebih menarik, Antonino Zichichi, yang juga seorang fizikawan, tidak ragu-ragu meletakkan dampak sumbangan Dirac terhadap perkembangan sains moden melebihi sumbangan yang dicetuskan oleh Albert Einstein. Tapi sayang, mahasiswa fizik (juga: para akademia) dewasa ini kelihatan hanya lebih berminat mengenali Dirac menerusi sumbangan statistik Fermi-Dirac, tatatanda Dirac, dan pemenang anugerah Nobel Fizik 1933, lantas menjadikan citra Dirac itu kaku dan basi.
Hari ini, sains sudah menjadi sangat instrumental, sembari melupakan dampingannya yang lain. Ayuh, mari cuba kita bayangkan, bagaimana rupa mahasiswa kita seandainya mereka mempelajari fizik, tanpa mengabaikan sejarah serta falsafah personalitinya. Tentu lebih menarik, bukan? Iya, lebih-lebih lagi bila melibatkan Dirac dan Feynman!
Di salin dengan izin pemilik blog www.selak.blogspot.com saudara Aqil Fitri
Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: mengenal DiracPAM Dirac yang geniusSIapa PAM Dirac
ShareTweetShare
Previous Post

Sains dan Teknologi Dalam Pembinaan Tamadun: Peranan dan Cabaran

Next Post

Falsafah Kuantum: Dari Fizik ke Metafizik | (1/6)

Editor

Editor

Related Posts

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

1 year ago
Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

2 years ago
Fasa Generalisasi: Oh… Itukah Cara Rupanya Euler Berkomunisasi dan Berkongsi Pemikiran Matematiknya?
Berita & Peristiwa

Fasa Generalisasi: Oh… Itukah Cara Rupanya Euler Berkomunisasi dan Berkongsi Pemikiran Matematiknya?

2 years ago
Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

4 years ago
Next Post
Falsafah Kuantum: Dari Fizik ke Metafizik | (1/6)

Falsafah Kuantum: Dari Fizik ke Metafizik | (1/6)

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In