23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 25, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pantai Putih Mikroplastik Jadi Tarikan Pelancong?

Pantai Putih Mikroplastik Jadi Tarikan Pelancong?

Editor by Editor
20/03/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Prof. Madya Dr. Nor Fadzilah Abdullah, Siti Zulaikha Ismail dan Dr. Asma’ Abu Samah
Wireless Research@UKM, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES),
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Malaysia, selepas Filipina dan India menjadi negara penyumbang terbanyak sisa plastik ke dalam lautan. Sisa plastik ini asalnya dari produk buatan plastik seperti beg plastik, lalu terurai menjadi mesoplastik dan mikroplastik. Kajian menunjukkan Malaysia menyumbang kepada 0.199 trillion mikroplastik, khususnya dari produk kecantikan lalu mengganggu ekosistem laut. Apakah beza mesoplastik dan mikroplastik? Mikroplastik adalah partikel plastik berukuran kurang dari 0.2 inci dan bersaiz amat kecil. Manakala mesoplastik bersaiz melebihi 2 inci dan merupakan serpihan daripada pecahan objek atau sisa plastik yang lebih besar seperti botol plastik.

Siapa sangka, pasir putih dan halus di Pantai Chenang, Pulau Langkawi turut tercemar oleh mikroplastik dan mesoplastik seperti cebisan polistirena, belon dan puntung rokok. Kegiatan pengutipan sampah dan pengumpulan data sisa plastik oleh para penyelidik Kumpulan Penyelidikan Universiti Wayarles@UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia di persisiran pantai tersebut menambahkan lagi kegusaran kami tentang pencemaran sisa plastik yang kurang diambil peduli oleh masyarakat setempat mahupun pelancong. Tujuan pengumpulan data tersebut adalah untuk membina sistem automasi bagi klasifikasi sampah yang efisien dan memahami kewujudan pelbagai jenis plastik yang sering kita terlepas pandang terutamanya yang bersaiz kecil.

Gambar: Sampel yang dikumpulkan

Selain itu, terdapat usaha lain daripada pihak berkuasa tempatan dan syarikat E-Idaman dalam mengadakan jadual berkala bagi pengutipan sampah. Beberapa jenis tong yang berbeza seperti 1100L atau 240L juga disediakan dan sampah kemudiannya dihantar ke tapak pelupusan sampah yang juga mempunyai sistem penunuan atau ‘incinerator’ untuk membakar sampah. Namun demikian, sistem penunuan yang sering mengalami masalah teknikal menyukarkan proses pembakaran sisa sampah lalu terpaksa ditempatkan di tapak pelupusan sampah.

Lebih menyedihkan, keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat akan menyebabkan sampah masuk ke kawasan paya bakau lalu mengotorkan dan mengganggu ekologi hidupan marin kawasan paya bakau. Tanpa kita sedari, sampah dan sisa plastik itu datangnya daripada manusia itu sendiri. Isu sisa plastik yang terurai menjadi mikroplastik ini sukar dibendung, namun janganlah kita menjadi seperti peribahasa meletup di sana, di sini yang berbunyi kerana kurangnya rasa tanggungjawab atas penggunaan plastik dan pembuangan sampah yang merata-rata.

Antara langkah terbaik dalam menghindarkan pencemaran ini adalah dengan pengurangan penggunaan plastik serta memupuk kesedaran dalam diri masyarakat tentang kepentingan pengurusan sisa plastik dengan baik. Pihak bertanggungjawab seharusnya mewujudkan sistem kompaun dan denda bagi pembuangan sampah merata-rata selain membaik pulih sistem penunuan agar dapat berfungsi dengan baik. Cara tersebut diharapkan dapat memperkasakan tempat tumpuan pelancong dengan menjaga keindahan sumber alam kita sendiri selain menjaga nama baik negara.


Artikel Lain Berkaitan

Mikroplastik Ancam Populasi Serangga Petunjuk Biologi Ekosistem Akuatik
14 Juta tan Mikroplastik Terdampar di Lautan
Pencemaran Mikroplastik dikesan Dalam Darah Manusia
Mesin basuh-Punca Pencemaran Mikroplastik dari Rumah
Pencemaran Mikroplastik: Kajian di Malaysia
Mikroplastik ditemui dalam najis Manusia 
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Potensi Pendekatan Bioteknologi bagi Rawatan Plastik dalam Air Sisa Domestik
Kitar Semula Plastik: Kurangkan Sisa, Selamatkan Dunia
Polimer Bio-urai; Peluang Menutup Ruang Pencemaran Plastik


Gambar utama-physorg

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Asma’ Abu SamahWireless Research@UKMFKABJKEESNor Fadzilah AbdullahUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Kultur Tisu Lumut untuk Pemuliharaan dan Nilai Ekonomi Terarium

Next Post

Talagrand diisytihar sebagai Penerima Hadiah Abel 2024

Editor

Editor

Related Posts

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar
Berita & Peristiwa

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

2 days ago
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

2 weeks ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

3 weeks ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Next Post
Talagrand diisytihar sebagai Penerima Hadiah Abel 2024

Talagrand diisytihar sebagai Penerima Hadiah Abel 2024

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In