23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, May 4, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

Editor by Editor
01/12/2023
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Ts.ChM. Dr. Chin Siew Xian, Dr. Normahirah binti Nek Abd Rahman
Program ASASIpintar, Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Apakah maksud Pintar dan Berbakat (Gifted and Talented)? Pintar dan Berbakat merujuk kepada individu yang menunjukkan prestasi atau potensi untuk mencapai prestasi pada tahap yang sangat tinggi (dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus) berbanding dengan kawan atau rakan yang sebaya dalam persekitaran yang sama (Baum et al., 2021). Pintar dan berbakat bukan semata-mata memiliki IQ yang tinggi atau kemampuan luar biasa, tetapi juga merangkumi pemahaman dan penghayatan dunia dengan cara yang unik disebabkan oleh kepekaan neurologi (Rivalina, 2020).

Pelajar pintar dan berbakat merupakan kumpulan individu yang memiliki keunikan dan keistimewaan dalam pelbagai perpektif yang mana masing-masing dengan bakat yang luar biasa dan keupayaan berhadapan dengan cabaran yang tersendiri serta keupayaan menginterpretasi pengetahuan secara luar biasa sehingga mendapat pencapaian yang tinggi. Namun, terdapat sebahagian pelajar yang menunjukkan kebolehan intelek yang luar biasa (kecerdasan, kreativiti, persepsi dan lain-lain), tetapi dengan ketidakupayaan seperti Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) atau Gangguan Spektrum Autisme (ASD) yang mana lebih dikenali sebagai “dwi-keistimewaan” (twice exceptional), (LeBeau et al., 2022). Menurut kajian lepas, sekitar 10% kanak-kanak ADHD dan 3% ASD adalah pintar dan berbakat (Antshel et al., 2007). Walau bagaimanapun, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana potensi mereka sering tidak dikenal pasti disebabkan stereotaip negatif terhadap diagnosis berkaitan.

Antara ciri-ciri umun berkenaan tentang pelajar Pintar dan Berbakat adalah seperti:

Jadual 1

Adalah penting untuk diambil perhatian tidak semua pelajar pintar dan berbakat akan menunjukkan semua ciri-ciri ini (Ford et al., 2021). Namun, kita juga perlu mengambil perhatian terhadap kumpulan pelajar yang pintar dan berbakat tetapi mengalami ketidakupayaan ADHD ataupun ASD juga sering menunjukkan ciri-ciri tersebut. Pada masa yang sama mereka juga menghadapi masalah pembelajaran serta fokus yang rendah dan gangguan perkembangan neurologis (Reis et al., 2014). Hal ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri ADHD seperti masalah memberi tumpuan, impulsif dan hiperaktif yang mana sering ditafsirkan sebagai bukti kemalasan atau ketidakmatangan emosi. Ini akan mengaburi potensi sebenar mereka. Begitu juga dengan ASD yang mana ketidakupayaan interaksi sosial boleh menenggelamkan kemampuan kognitif dan domain minat khusus yang luar biasa.

Jadual berikut menyenaraikan gejala umum pelajar pintar dan berbakat dengan dwi-keistimewaan.

Jadual 2

Tanpa sokongan yang bersesuaian, keupayaan istimewa mereka boleh terpendam di sebalik simptom-simptom ketidakupayaan. Tambahan pula, ujian IQ piawaian mungkin tidak menunjukkan tahap intelektual sebenar disebabkan oleh kelemahan fungsi eksekutif dan pemprosesan maklumat yang biasa dikaitkan dengan ADHD dan ASD (Assouline et al., 2012). Sebagai contoh, hiperaktiviti dan impulsiviti pelajar ADHD sering ditafsirkan sebagai masalah disiplin, manakala obsesi terhadap minat khusus dalam kalangan autistik dilihat sebagai pengasingan sosial. Ini mengaburi pencapaian akademik atau bakat seni sebenar mereka. Maka, penilaian yang lebih menyeluruh oleh pakar amat diperlukan untuk mengenal pasti keupayaan istimewa di sebalik diagnosis ini.

Golongan pelajar ini memerlukan program pendidikan teliti yang memberi tumpuan terhadap minat dan kekuatan sambil mengajar strategi daya tindak. Malangnya, kekurangan kesedaran tentang keunikan pelajar dwi-keistimewaan menyebabkan institusi pendidikan lebih memberi perhatian sama ada pada diagnosis ketidakupayaan atau kebolehan istimewa semata-mata. Pendekatan holistik adalah penting untuk membolehkan setiap individu berkembang mengikut potensi sebenar mereka. Selain guru yang berkemahiran, sokongan ibu bapa dan rakan sebaya juga dapat membina keyakinan dan identiti yang positif individu tersebut.

Walaupun program pendidikan untuk kumpulan pelajar istimewa semakin diberi perhatian dan menerima pengiktirafan, banyak lagi ruang penambahbaikan perlu dilakukan. Lebih banyak usaha ke arah memupuk kesedaran, latihan dan intervensi berasaskan bukti diperlukan agar setiap individu mampu mencapai potensi tanpa mengira keputusan diagnosis. Dengan sokongan yang sewajarnya, paradoks ini mampu diuruskan agar pelajar dapat berkembang dengan baik dalam bidang kekuatan masing-masing.

 

Rujukan:

[1]Antshel, K. M., Faraone, S. V., Stallone, K., Nave, A., Kaufmann, F. A., Doyle, A., Fried, R., Seidman, L., & Biederman, J. (2007). Is attention deficit hyperactivity disorder a valid diagnosis in the presence of high IQ? Results from the MGH Longitudinal Family Studies of ADHD. Journal of Child Psychology and Psychiatry and Allied Disciplines, 48(7), 687–694. https://doi.org/10.1111/j.1469-7610.2007.01735.x

[2]Assouline, S. G., Nicpon, M. F., & Dockery, L. (2012). Predicting the academic achievement of gifted students with autism spectrum disorder. Journal of Autism and Developmental Disorders, 42(9), 1781–1789. https://doi.org/10.1007/s10803-011-1403-x

[3]Baum, S. M., Schader, R. M., & Owen, S. V. (2021). To Be Gifted and Learning Disabled: Strength-Based Strategies for Helping Twice-Exceptional Students With LD, ADHD, ASD, and More. In To Be Gifted and Learning Disabled: Strength-Based Strategies for Helping Twice-Exceptional Students With LD, ADHD, ASD, and More. https://doi.org/10.4324/9781003239147

[4]Ford, D. Y., Davis, J. L., Whiting, G. W., & Moore, J. L. (2021). Going Beyond Lip Service When It Comes to Equity: Characteristics of Equity-Minded, Culturally Responsive Allies in Gifted and Talented Education. Gifted Child Today, 44(3), 174–178. https://doi.org/10.1177/10762175211011210

[5] LeBeau, B., Schabilion, K., Assouline, S. G., Foley Nicpon, M., Doobay, A. F., & Mahatmya, D. (2022). Developmental milestones as early indicators of twice-exceptionality. Neurobiology of Learning and Memory, 194, 107671. https://doi.org/10.1016/J.NLM.2022.107671

[6]Reis, S. M., Baum, S. M., & Burke, E. (2014). An Operational Definition of Twice-Exceptional Learners: Implications and Applications. Gifted Child Quarterly, 58(3), 217–230. https://doi.org/10.1177/0016986214534976

[7]Rivalina, R. (2020). Pendekatan Neurosains Meningkatkan Keterampilan Berpikir Tingkat Tinggi Guru Pendidikan Dasar. Kwangsan: Jurnal Teknologi Pendidikan, 8(1), 83. https://doi.org/10.31800/jtp.kw.v8n1.p83–109

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ADHDASDDr. Normahirah binti Nek Abd Rahmanpermata pintarTs.ChM. Dr. Chin Siew XianUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

Next Post

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

Editor

Editor

Related Posts

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

13 hours ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

4 days ago
Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

4 days ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

6 days ago
Next Post
Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In