23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, November 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pasca Banjir Hulu Langat Disember 2021; Apa Nasib Kolam Air Panas di Sana?

Kolam Air Panas Pasca Banjir di Hulu Langat

Editor by Editor
15/06/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Nurul Damia Bt Roswadi, Dr. Mohd Hariri Arifin
Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia


Disember 2021, negara kita digemparkan dengan peristiwa banjir yang bukan sahaja menyebabkan orang ramai kehilangan harta benda malah peristiwa ini juga telah meragut nyawa beberapa orang penduduk di sekitar Lembah Klang. Terdapat beberapa daerah di kawasan Lembah Klang yang terlibat dalam bencana banjir ini. Daerah Hulu Langat merupakan antara daerah di Lembah Klang yang paling terjejas dengan peristiwa banjir yang berlaku.  Banjir di Hulu Langat dikatakan berlaku berpunca daripada hujan lebat yang menjana kepala air turun dari kawasan tinggi ke kawasan lembah. Namun, ada juga yang berpendapat aktiviti pembalakan dan buka tanah bagi pertanian turut menyumbang kepada bencana ini.

Kawasan perumahan penduduk jelas menampakkan kawasan yang rosak teruk akibat bencana alam dengan ada beberapa kenderaan terbalik, tersadai, struktur rumah rosak, malah ada yang beralih dari tempat asal. Selain itu, laluan masuk ke kawasan perkampungan itu tidak ubah seperti kawasan pedalaman atau luar bandar kerana jalan itu dipenuhi selut dan tanah (puing) yang dibawa arus banjir. Mangsa banjir telah menghadapi kerugian yang besar kerana hampir kesemua barangan rumah rosak. Kejadian yang berlaku dengan pantas menyebabkan mangsa banjir tidak berkesempatan untuk menyelamatkan harta benda mereka. Kawasan Hulu Langat seperti Batu 18, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding adalah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimana pula nasib kolam air panas dan perkembangan terkini tempat tersebut? Kawasan kolam air panas yang menjadi tarikan pelancong juga terjejas akibat banjir yang berlaku tempoh hari. Melalui tinjauan akhir Mei 2022, kawasan kolam air panas telah dibaik pulih sedikit demi sedikit bagi memastikan keselesaan pengunjung yang datang ke kolam air panas. Jalan yang dulu dipenuhi selut kini sudah diturap dengan jalan tar, sampah sarap juga telah dibersihkan dari mencemari air kolam. Terdapat beberapa pengunjung yang mula datang ke kolam air panas untuk berekreasi. Dengan ini, kita dapat lihat kawasan dan infrastuktur yang rosak berada dalam proses penambahbaikan. Punca air panas yang tertimbus dan dipenuhi sisa-sisa banjir juga telah dibersihkan. Langkah ini sama seperti kerja eksplorasi semasa peringkat awal pembangunan sesuatu tapak air panas.

 

Mata air panas telah tercemar dengan selut dan lumpur. Analisis air telah dijalankan di empat kawasan mata air panas iaitu Kolam Air Panas Kampung Jawa, Kolam Air Panas Batu 16, Kolam Air Panas IKTBN dan Kolam Air Panas Sungai Serai setelah berlakunya banjir. Sampel air diambil untuk dihantar ke makmal bagi mendapatkan kandungan unsur-unsur kimia. Jadual analisis kandungan sampel air ini telah dibandingkan dengan piawai air minuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dapatan ini juga dibandingkan  dengan kajian terdahulu oleh pasukan Dr. Nobert Simon yang dijalankan pada tahun 2019.

Sedikit pengenalan tentang penemuan mata air panas adalah dengan menggunakan kaedah geofizik untuk mengenalpasti struktur permukaan bawah tanah di kawasan tersebut. Kaedah geofizik yang sesuai digunakan adalah kaedah resistiviti dan kaedah graviti. Kaedah graviti merupakan salah satu teknik geofizik tanpa memusnah yang mengukur perbezaan dalam medan graviti bumi di lokasi tertentu. Kaedah ini dikatakan lebih efisien kerana tidak memerlukan banyak tenaga semasa proses pengambilan data dan juga kosnya yang lebih murah jika dibandingkan dengan kaedah geofizik yang lain. Alat meter graviti mudah alih yang digunakan juga memudahkan laluan untuk berjalan kerana alatnya yang kecil. Pengukuran graviti memberikan maklumat tentang ketumpatan batuan di bawah tanah. Biasanya, zon laluan air panas akan mempunyai nilai ketumpatan (bacaan graviti) yang lebih rendah berbanding batuan yang masif. Kaedah-kaedah lain seperti keberintangan geoelektrik, seismos dan dron peka haba boleh juga digunakan untuk mendapatkan kembali jalur laluan air panas yang mungkin berubah selepas banjir melanda.

Masih ramai orang yang tidak diberi pendedahan tentang cara mata air panas ini terjadi dan juga kaedah penjelajahan yang digunakan. Aktiviti penyelidikan dan program komuniti seperti Service Learning Malaysia (SULAM) dan pewujudan Geopark Gombak-Hulu Langat di Hulu Langat ini dapat memberi sedikit pengetahuan tentang mata air panas kepada masyarakat umum. Mungkin ada hikmah disebalik bencana banjir yang telah berlaku di kawasan air panas Hulu Langat.

 

Nota
Nurul Damia Bt Roswadi
Pelajar Sarjana Sains (Geofizik Kejuruteraan dan Persekitaran)
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr Mohd Hariri Arifin
Ketua Kluster Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi
Program Geologi
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Kredit foto utama-klnow.com.my

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: banjir hulu langatFSTgeologihot springkesan banjirkolam air panaspasca banjirUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Kanser Pundi Kencing: Rintangan Kemoterapi Berasaskan Cisplatin Melalui Kanta Instrumen RAMAN dan SAXS

Next Post

PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu

Editor

Editor

Related Posts

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²
Berita & Peristiwa

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²

2 days ago
Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran
Berita & Peristiwa

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran

3 days ago
Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

3 days ago
Kepentingan Pembersihan Data
Berita & Peristiwa

Kepentingan Pembersihan Data

3 days ago
Next Post
PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu

PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In