23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

Inovasi Kawalan Pembiakan Nyamuk

Editor by Editor
15/08/2022
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Pn. Nur Zahrulliza Suffian
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU)

 

Pasukan inovasi murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU) telah berjaya menghasilkan satu produk inovasi larvicidal bergred makanan dari formulasi khas campuran buahan-buahan dan herba untuk mengawal serta mencegah penetasan telur nyamuk. Produk AnaSer-III diformulasikan dengan ramuan khas dari beberapa jenis buah-buahan dan herba seperti Ananas commosus (Nenas), Hibiscus sabdarrifa (Roselle), Cymbopogon nardus (Serai) dan beberapa jenis buah lain lagi.

Projek inovasi Kelab Pencinta Alam SEBARU ini merupakan hasil bimbingan dari perunding inovasi UiTM iaitu En. Razif Dasiman dari Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor serta kolaborasi bersama Makmal “Natural Product Phytomedicine and Biotechnology Research Lab” (NPPBRL), UiTM. Idea penghasilan AnaSer-III ini terhasil daripada perbincangan bersama mengenai bahaya racun dan bahan kimia yang digunakan pada produk-produk racun serangga jenis semburan, ubat-jentik-jentik, ubat nyamuk dan sebagainya yang mungkin boleh membahayakan kesihatan. Antaranya boleh menyebabkan keracunan makanan dan air, bahaya kepada pesakit G6PD, pening kepala, batuk, muntah-muntah dan kesan-kesan buruk lain terhadap kesihatan.

AnaSer-III telah diuji dengan menggunakan telur nyamuk dari dua jenis strain berbeza iaitu Aedes albopictus dan Aedes Aegypti yang mana merupakan vektor demam denggi, yang menjadi satu masalah kesihatan awam yang terbesar kepada negara. Hasil eksperimen ke atas formulasi AnaSer-III ini telah terbukti mampu menghalang penetasan telur nyamuk daripada menetas dan ia menyebabkan kematian larva jentik-jentik setanding dengan produk jentik-jentik komersil yang ada di pasaran. Selain berkesan membunuh jentik-jentik dan menghalang penetasan telur nyamuk, uniknya AnaSer-III ini adalah kerana ianya bergred makanan dan selamat digunakan kerana dihasilkan daripada campuran buah-buahan dan herba yang boleh dimakan.

Produk inovasi dari SEBARU ini telah memenangi beberapa anugerah emas dan anugerah lain dalam pertandingan inovasi antarabangsa. Antaranya ialah International Mega Innovation Carnival, Creations De’UiTM 2022 (Emas), Anugerah Emas dan Best Innovation Award bagi kategori Social Impact dalam International Virtual Innovation and Design Expo 2021 (INVIDE), Special Merit dan Gold Award dalam Virtual Innovation Competition 2021 (VIC) dan seterusnya mendapat pengiktirafan “Special Award” dari Sri Ramakhrishna Institute of Technology, Coimbatore, India.

Adapun, selain daripada terlibat dalam pertandingan inovasi, penghasilan produk inovasi  AnaSer-III ini telah berjaya memupuk minat murid dalam bidang sains dan teknologi serta meningkatkan kemahiran saintifik. Pasukan AnaSer-III diwakili 3 orang pembentang utama iaitu adik Nur Zahra Irdina Razif, adik Nur Zuhayra Solehah Razif dan adik Adam Khair. Murid-murid ini lebih kreatif memberikan idea, berani berdepan dengan para juri semasa membentang produk serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid-murid dalam bidang eksperimental. Dengan sokongan padu daripada para ibubapa, guru-guru, warga sekolah serta kolaborasi mantap antara sekolah dan universiti ternyata berjaya membuahkan hasil yang cemerlang serta mampu memimpin pasukan AnaSer-III untuk melangkah lebih jauh pada pertandingan inovasi akan dating.

Dalam pada itu juga, selain menyahut seruan kerajaan dalam mentransformasikan minda murid-murid ke arah yang lebih kreatif, produktif, baik dan cemerlang, apa yang lebih penting adalah ianya juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 3: Good Health and Wellbeing, SDG 6: Clean water & sanitation, SDG 9: Innovation, SDG 15: Life on land serta SDG 17 for Partnerships for the Goals. Kerjasama lebih kukuh telah dilakukan bersama pihak UiTM bagi menambah baik kualiti dan ciri-ciri istimewa produk AnaSer-III agar ianya mampu menjadi produk inovasi yang boleh diketengahkan kepada masyarakat satu hari nanti.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ANASERiiiinovasikawalan nyamukSEBARUsekolah
ShareTweetShare
Previous Post

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

Next Post

Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah

Editor

Editor

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah

Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In