23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pemburuan Organisma Hanyut Yang ‘Bersaudara’ Dengan Manusia

Literasi Lautan Untuk Semua

Saiful Bahari by Saiful Bahari
04/04/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr Nurul Huda Ahmad Ishak
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Pada asasnya, organisma yang hanyut di lautan lebih dikenali sebagai plankton, kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berenang melawan arus. Plankton terbahagi kepada dua kumpulan iaitu fitoplankton (tumbuhan) dan zooplankton (haiwan).

Sesungguhnya, bilangan zooplankton yang berada di dalam lautan adalah tidak terkira. Dalam banyak-banyak kumpulan zooplankton yang ada, salpa merupakan salah satu kumpulan yang memainkan peranan yang besar kepada ekosistem lautan. Apakah itu salpa?

Jika anda berkesempatan berjalan-jalan di tepi pantai, anda berkemungkinan   terjumpa dengan beberapa jenis hidupan laut yang terdampar di gigi air. Ada kemungkinan salpa adalah salah satu daripadanya.

Pada pandangan pertama, umum akan menyangka bahawa ia adalah ubur-ubur. Ini disebabkan oleh badannya yang lutsinar dan bergelatin. Namun, tahukah anda bahawa plankton yang dikelaskan di bawah subfilum Tunikata ini sebenarnya merupakan ‘saudara’ kepada manusia? Ya, secara taksonominya mereka lebih ‘rapat’ dengan kita berbanding dengan ubur-ubur. Ini kerana manusia dan salpa terletak di bawah satu filum yang sama, iaitu Filum Chordata. Pada peringkat larva, salpa mempunyai notokord yang secara teknikalnya mirip dengan tulang belakang manusia. Menarik, bukan?

Saiz salpa adalah tidak tetap, kerana ia bergantung kepada jenis spesies. Ia berukuran sepanjang 3 mm dan adakalanya boleh mencapai sehingga saiz 15 cm panjang dan 5 cm lebar. Sebenarnya, salpa telah dikaji selama lebih daripada 150 tahun yang lalu. Ia boleh didapati hampir di setiap lautan di dunia. Justeru, salpa menjadi komponen semula jadi yang penting di laut tropika, subtropika, beriklim sederhana dan sejuk. Sehingga kini, sebanyak 7 spesies salpa telah direkodkan di perairan laut Malaysia.

Walaupun kewujudan salpa mencakupi hampir seluruh pelusuk lautan, namun untuk mengutipnya tidaklah semudah yang disangka, apatah lagi untuk mengkajinya. Secara alaminya, kewujudan salpa tidak dapat diramal. Sebagai contoh, ekspedisi pelayaran yang memakan kos yang sangat tinggi tidak memberi sebarang jaminan bahawa salpa akan berjaya dikutip dan dibawa pulang untuk dianalisa di makmal.

Jikapun ia muncul, rintangan seterusnya ialah kecenderungan ia rosak dalam jaring sewaktu kerja penyampelan, diikuti dengan cabaran pengurusan penyimpanan sampel kerana badannya yang mudah carik, dan kitaran hidupnya yang sangat kompleks. Jika dipandang daripada luaran, yakni struktur dan binaan badannya yang menyerupai agar-agar menyebabkan majoriti berpendapat bahawa ia tidak penting dalam jaringan makanan laut dan kitaran biogeokimia. Benarkah begitu?

 

ADA APA PADA SALPA?

Walaupun sukar diperoleh, namun ia tidak mematahkan semangat saintis untuk terus ‘memburu’ plankton ini. Kajian telah membuktikan bahawa salpa sangat sensitif dengan sebarang perubahan pada persekitarannya. Sebagai contoh, suhu air laut yang tinggi, kadar nutrien dan klorofil yang berbeza mampu mempengaruhi bilangan populasi salpa. Bagi sesetengah plankton lain, suhu permukaan air laut yang tinggi menyebabkan populasi mereka merudum, terus hilang ataupun berhijrah ke tempat yang mempunyai persekitaran yang lebih sesuai.

Bagi salpa, lain pula ceritanya. Suhu permukaan air laut yang tinggi dan optimum mempengaruhi sistem reproduksi mereka untuk menjadi lebih produktif. Di bawah suhu air laut yang optimum, salpa boleh menggandakan populasi mereka (blum) dalam tempoh 24 jam. Mereka berupaya untuk membuat beratus-ratus klon dalam masa yang singkat, lalu membentuk satu kawanan besar yang kadangkala boleh meliputi sehingga 100,000 km2 luas permukaan air laut pada satu masa.

Ia tidak terhenti di situ sahaja, populasi salpa pada skala magnitud yang besar ini mampu memakan sejumlah besar fitoplankton yang turut menjadi sumber makanan organisma laut yang lain. Pada satu tahap, ia mampu mengancam spesis keystone dalam ekosistem tersebut. Jika fenomena ini berlaku untuk tempoh yang agak lama, ia mampu mengubah struktur jaringan makanan dalam ekosistem marin. Natijahnya, sektor perikanan akan terjejas teruk dan ini turut memberi kesan langsung kepada sektor ekonomi.

Keupayaan salpa untuk menyedut partikel makanan juga sangat tinggi, dan mereka tidak memilih, maka sudah tentulah ini akan lebih memburukkan keadaan. Bertitik-tolak daripada inilah, maka saintis menjadikan salpa sebagai penanda aras biologi kepada perubahan iklim yang berlaku di dunia. Sementelahan pula, mutakhir ini laporan tentang blum salpa telah banyak direkodkan dari serata dunia.

Dari satu sisi yang lain, salpa juga tidak kurang baiknya. Masakan tidak, salpa menjadi menu santapan kepada lebih daripada 200 spesis hidupan laut. Ini termasuk penyu, mola, krustasia, karang, moluska, ikan tenggiri, ikan tuna dan pelbagai jenis hidupan laut yang lain.

Bukan itu sahaja, rentetan daripada berlakunya episod blum salpa tadi, karkas (bangkai) salpa yang mati ini menyumbang kepada eksport bahan organik secara menegak ke dasar laut. Kajian menunjukkan proses ini berperanan sebagai sumber makanan kepada haiwan bentik yang mendiami dasar laut.

Tambahan lagi, salpa menghasilkan tinja yang kaya dengan nilai karbon selain mempunyai kadar tenggelam yang lebih cepat berbanding dengan tinja zooplankton lain. Secara tidak langsung, ini menyumbang kepada kitaran biogeokimia dalam lautan.

Maka sudah terang lagi bersuluh, peri pentingnya salpa dalam ekosistem lautan tidak perlu dipertikai lagi. Pendek kata, kehadiran salpa tidak selalunya membawa mudarat kerana kadangkala ia juga membawa rahmat. Oleh sebab itu, usaha untuk mengkaji salpa ini perlu lebih dipergiat, kerana pemahaman yang mendalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku dalam sesuatu ekosistem ketika iklim mengalami perubahan merupakan kunci kepada sebarang langkah penyelesaian.

Melalui penceritaan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa salpa merupakan sejenis plankton yang tidak selalu terlihat, namun ia selalu ada untuk kesejahteraan sejagat. Setiap yang dicipta oleh Tuhan mempunyai peranan yang tersendiri. Namun semuanya berbalik kepada kita yang dikurniakan akal untuk mentadbir alam dengan penuh lestari.

 

Kerja penyampelan plankton yang dilakukan dengan menggunakan Bongo Net ketika Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan 2017 oleh Universiti Malaysia Terengganu di Laut China Selatan.

 

Blum salpa di perairan Semenanjung Tasman, Australia yang direkodkan pada musim panas 2013/2014.

 

Penulis bergambar di atas Wakataka Maru, sebuah kapal penyelidikan milik The National Research and Development Agency, Japan Fisheries Research and Education Agency (FRA) dengan kerjasama The University of Tokyo ketika menyertai pelayaran musim panas di Lautan Pasifik Utara.

 

Sepanjang pelayaran di Lautan Pasifik Utara, kerja penyampelan plankton telah dilakukan dengan menggunakan Multiple Opening/Closing Net and Environmental Sensing System (MOCNESS).

 

*Penulis merupakan pensyarah kanan Program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu dan terlibat aktif dengan penyelidikan zooplankton, khususnya Salpa.  Semua gambar adalah merupakan koleksi peribadi penulis. Penulis  boleh dihubungi melalui email: huda@umt.edu.my

#LiterasiLautanUntukSemua

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Nurul Huda Ahmad IshakFakulti Sains dan Sekitaran MarinInfo Ekosistem MaritimLiterasi Lautan Untuk SemuaSalpaUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Teknologi Gentian Optik

Next Post

Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan

Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In