23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pencairan Ais Di Antartika : Caknakah Kita?

Info Pemanasan Global

Saiful Bahari by Saiful Bahari
09/02/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh: Muhammad Hafeez Jeofry
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Peningkatan suhu bumi ketika ini secara langsung meningkatkan suhu air lautan. Proses ini turut memberi kesan kepada kawasan kutub utara dan selatan melalui peredaran arus lautan yang panas dari kawasan khatulistiwa yang menerima kelimpahan cahaya matahari yang tinggi. Air lautan yang panas bertembung secara langsung dengan lapisan bawah ais apabila tiba di kawasan kutub. Ini mengakibatkan lapisan bawah ais terdedah kepada kecairan.

Oleh sebab itu, kebimbangan terhadap kestabilan lapisan ais di kutub telah menjadi salah satu topik yang hangat dibincangkan seiring dengan isu pemanasan global. Kajian mengenai kestabilan lapisan ais di Antartika lebih tertumpu kepada penilaian lapisan dalaman ais berbanding apa yang mampu kita lihat dari permukaan kutub.

Antartika terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu Antartika Timur dan Antartika Barat. Namun, tumpuan lebih banyak diberikan kepada Lembaran Ais di Antartika Barat walaupun saiznya lebih kecil, kawasan barat ini dianggap jauh lebih tidak stabil berbanding dengan rakannya di sebelah timur, kerana lapisan ais di kawasan ini berada di bawah paras laut yang mana ianya terdedah kepada suhu lautan yang lebih panas berbanding dengan permukaan.

Lembaran ais di Antartika Barat mempunyai isi padu lebih kurang 2.2 juta km3 ais iaitu bersama kira-kira 10 kali ganda isipadu Gunung Everest. Sekiranya jasad ais ini mencair, ia berpotensi menyumbang diantara 3.3 hingga 5.0 meter kenaikan permukaan lautan dunia. Seterusnya, kenaikan paras laut membawa ancaman kepada sosio-ekonomi ratusan juta komuniti pesisir pantai di seluruh dunia, khususnya di Asia Tenggara.

Analoginya disini adalah sama seperti tab mandi, sekiranya paip air dihidupkan di satu sisi, air tambahan tersebut akan memenuhi ruang, menyebabkan paras air meningkat di setiap arah dan kawasan di dalam tab mandi tersebut. Begitu juga lautan pada dasarnya adalah sebuah tab mandi yang besar bahkan mempunyai dua sumber air utamanya iaitu pencairan lapisan ais di Antartika (hemisafera selatan) dan Greenland (hemisfera utara).

Walaupun benua Antartika secara fizikalnya terletak hampir kira-kira 10,000 km dari Malaysia, namun pencairan ais di kutub selatan ini berpotensi untuk menimbulkan ancaman yang besar kepada negara. Malaysia merupakan sebuah negara maritim yang dikelilingi oleh lautan dengan jajaran pantai sejauh 4,800 km. Dalam masa yan sama umum turut mengetahui aktiviti pembangunan di sepanjang pesisir pantai amat rancak dijalankan di negara ini seperti penambakan kawasan laut, perlombongan pasir laut, pendalaman dan pelebaran muara sungai, tebus guna paya bakau, penternakan ikan dan pelbagai lagi.

Secara nyata kita mengakui bahawa pencairan ais di Antartika yang sedang berlaku ini tidaklah boleh dirasai dan dilihat dengan jelas oleh kita di Malaysia, namun percayalah proses pencairan lapisan ais ini sedang aktif dan tidak menunggu kita. Sekiranya isu perubahan cuaca dan pemanasan global berterusan, impak kenaikan paras laut disebabkan oleh pencairan ais akan menjadi masalah serius kepada Malaysia pada akhir abad ke-21 ini.

Sama-sama kita berusaha untuk menghentikan pemanasan global kerana berjuta penduduk Malaysia akan terkesan dengan kenaikan paras lautan. Banyak bandar akan tenggelam. Ramai orang terpaksa berpindah. Projek fasiliti pesisiran pantai akan dibazirkan. Tanah perladangan dibanjiri air laut. Krisis kekurangan makanan akan menghambat kita.

 

Nota: Penulis merupakan pensyarah kanan Program Sarjana Muda Sains (Geologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu dan terlibat aktif dengan kumpulan penyelidikan Antartika.  Penulis  boleh dihubungi melalui email: hafeez.jeofry@umt.edu.my

 

 

Operasi penerbangan kapal terbang NASA disediakan oleh Pusat Penyelidikan Penerbangan NASA/Armstrong bertempat di Palmdale, California. Ekspedisi tinjaun geofizik ini merupakan kerjasama antara Universiti Kansas dan NASA melalui program NASA Operation IceBridge (OIB) yang dijadualkan pada setiap musim panas austral bermula dari tahun 2009 sehingga kini. Kredit foto: Jilu Li NASA OIB.

 

 

Antara peralatan pemantauan di atas pesawat yang digunakan semasa pengumpulan data geofizik. Operasi penerbangan dilakukan sekitar 7–8 jam sehari yang boleh memakan masa sehingga dua minggu bagi setiap ekspedisi tinjauan data geofizik. Pesawat ini akan mendarat di stesen pangkalan penyelidikan Antartika milik NASA setelah tamat operasi pada setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan sebelum memulakan misi pada keesokan harinya. Kredit foto: Jilu Li NASA OIB.

 

 

Antartika merupakan salah satu daripada tujuh benua yang terdapat di bumi. Benua Antartika pada mulanya adalah sama seperti benua-benua lain sebelum diliputi dengan ais sejak zaman ais terakhir yang bermula sejak 2.6 juta tahun lalu dan berakhir kira-kira 11,700 tahun yang lalu. Banjaran gunung dapat dilihat menonjol keluar daripada permukaan lapisan ais dari atas pesawat. Antartika menerima cahaya matahari selama enam bulan pada musim panas austral dan enam bulan kegelapan pada musim sejuk austral disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi berhubung dengan matahari. Kredit foto: Jilu Li NASA OIB.

 

 

Kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dapat dilihat sedang menyelenggara peralatan bagi tujuan pengukuran air pasang surut di stesen tolok pasang surut Tanjung Keling Melaka. Peralatan tersebut perlu diperiksa dan di selenggara dari semasa ke semasa bagi memastikan ketepatan dan ketekalan data air pasang surut yang diambil.

 

 

Pemeriksaan meter air pasang surut sedang dijalankan oleh pegawai-pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Meter tersebut perlu diperiksa dan diselenggara untuk memastikan tiada sebarang kecacatan atau permasalahan yang berpotensi menjejaskan kualiti data yang diambil.

 

 

Penulis (kiri) bersama dengan Encik Zulkifli bin Mohamad yang merupakan ketua cawangan Strata/Stratum/Marin, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: antartikaFakulti Sains dan Sekitaran MarinInfo Pemanasan GlobalMuhammad Hafeez Jeofrypencairan aisUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Etnobotani Keluarga Halia (Zingiberaceae) Dalam Masakan Negeri Cik Siti Wan Kembang

Next Post

Serangga : Teman Sejati Si Bunga

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

2 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Serangga : Teman Sejati Si Bunga

Serangga : Teman Sejati Si Bunga

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In