23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, December 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pencetak 3D: Satu Keperluan Pendidikan Masa Kini

Pencetak 3D: Satu Keperluan Pendidikan Masa Kini

Editor by Editor
12/06/2021
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Arif Zakwan Ash’ari
Guru, Rekabentuk & Teknologi

 

Pada masa hadapan, tugas manusia banyak dibantu oleh robot. Dan sekarang hampir semua negara sedang melangkah kearah itu. Tidak terkecuali negara Malaysia yang sedang rancak mengikuti arus Revolusi Industri 4.0. Banyak komponen utama yang terlibat dalam Revolusi Industri 4.0. Antaranya ialah pembuatan additive ataupun percetakan 3D.

Percetakan 3D dilihat makin berkembang dari semasa ke semasa. Cuba bayangkan objek objek kecil seperti pemegang pintu, gear dan sebagainya dapat dihasilkan di rumah sendiri tanpa perlu membelinya di kedai. Menarik bukan? Sudah tentu ini dapat menyelesaikan banyak masalah kecil di rumah tanpa bergantung harap kepada orang lain.

 

Mesin pencetak 3D ataupun 3D Printer bukan lagi satu objek baharu di Malaysia dalam 5-7 tahun ini. Penulis melihat sudah wujud kumpulan yang menjadikan mesin pencetak 3D sebagai hobi, malah ada juga yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Banyak channel Youtube dan video di Facebook yang memaparkan tentang mesin pencetak 3D. Kita dapat lihat dimana pada PKP pertama, ramai pemilik mesin pencetak 3D menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan dengan menyediakan pelitup muka.

 

Setiap sekolah perlu memiliki 3D Printer ini memandangkan ianya terkandung dalam subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT). Didalam bab reka bentuk pembuatan, pelajar diperkenalkan dengan mesin pencetak 3D dan Pen 3D sebagai kaedah menghasilkan model awal 3D selain menggunakan konsep acuan dan tuangan. Mesin pencetak 3D dapat menghasilkan model awal 3D dengan lebih mudah, tepat dan mengambil masa yang singkat. Namun disebabkan harganya yang agak mahal, ramai pelajar memilih untuk menggunakan pen 3D. Pen 3D turut digelar sebagai ‘Mini Mesin Pencetak 3D’ oleh sesetengah pihak.

 

Memiliki mesin pencetak 3D bukan hanya tahu menggunakan sahaja, malah pemilik perlu tahu untuk membaiki kerosakan kecil pada mesin pencetak 3D. Seperti contoh, asas elektrik untuk melihat kerosakan berkaitan wayar. Tambahan pula, adakala cairan dakwat menyebabkan sumbatan pada bahagian atas ‘nozzle’ dan bekas itu perlu dibuka bagi membuang kerak dakwat tersebut. Bagi sesetengah jenama mesin pencetak 3D, sebelum melakukan cetakan perlu dilakukan’levelling’ supaya hasil yang dicetak kemas dan tepat. Pengetahuan-pengetahuan seperti ini perlu diajarkan kepada pelajar-pelajar supaya mereka mampu menyelesaikan masalah sendiri berkaitan mesin pencetak 3D.

Banyak subjek yang boleh dikaitkan dengan mesin pencetak 3D. Subjek RBT sudah tentu menjadi fokus utama. Subjek lain ialah matematik dimana ianya dapat dikaitkan dengan paksi X, Y dan Z. Kejituan dan ketepatan produk boleh dikaitkan dengan subjek Fizik. Dakwat mesin pencetak 3D dapat dikaitkan dengan kimia dimana jenis yang berbeza seperti PLA dan ABS dapat memberikan kualiti produk yang berbeza.

Untuk mereka bentuk sesuatu produk, guru boleh mengalakkan pelajar untuk menggunakan perisian CAD (Computer Aided Drafting) yang mudah seperti TinkerCAD dan SketchUp. Bimbing pelajar pada permulaan sahaja sebagai pengenalan. Kemudian, berikan ruang dan masa kepada pelajar untuk berkerativiti menggunakan perisian tersebut. Seeloknya galakkan pelajar untuk mereka bentuk produk yang dapat menyelesaikan masalah di sekolah seperti tempat letak alat kawalan jauh, penghadang pintu, anti sentuhan, keychain dan sebagainya. Setelah selesai akiviti rekabentuk, perisian CURA digunakan untuk membuat tetapan di mesin pencetak. Kemudian, hasil rekabentuk tersebut disimpan dalam format ‘gcode’ dan harus dihantar kepada memory card. Memory card itu kemudian dimasukkan ke dalan mesin pencetak 3D untuk melakukan kerja-kerja cetakan produk.

Namun untuk permulaan dan sebagai latihan untuk memahirkan diri untuk menggunakan mesin pencetak 3D, guru boleh membuat carian internet laman-laman web yang memberikan rekabentuk objek secara percuma dan memuat turunya. Kemudian, gunakan perisian CURA sebelum rekabentuk tersebut dipindahkan ke ‘memory card’ seterusnya dimasukkan ke mesin pencetak 3D. Antara laman web yang memberikan rekabentuk objek secara percuma ialah Thingiverse, Cults, Mini Factory dan lain-lain.

Guru boleh menggalakkan pelajar untuk melakukan penambahbaikan pada mesin pencetak 3D. Antaranya meletakkan kamera beserta ‘coding’, altenatif bahan untuk ‘bed’ dan sebagainya. Aktiviti sebegini mampu menanamakan budaya penyelesaian masalah secara inventif kepada pelajar-pelajar untuk menghasilkan inovasi daripada produk sedia ada di pasaran. Bantu pelajar untuk menganalisis masalah, memodelkan masalah dan seterusnya bombing pelajar untuk menentukan kaedah dan model penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah sedia ada di mesin pencetak 3D.

Menyentuh tentang kos, sudah tentu ianya melibatkan dana yang besar. Penulis melihat harga mesin pencetak 3D disalah sebuah lama membeli-belah online terkemuka memaparkan harga RM900.00. Pada hemat penulis, angka itu tidak semahal pengalaman pelajar-pelajar melihat dan menikmati sendiri teknologi tersebut. Anggap sahaja ianya satu keperluan pelaburan dalam dunia pendidikan.

Untuk penjagaan ringkas mesin pencetak 3D, pastikan ‘bed’ dibersihkan setelah projek selesai. Pastikan bilik kerja mempunyai pengudaraan yang baik. Mata ‘nozzle’ perlu dibersihkan daripada sisa cairan dakwat supaya tidak berlaku sebarang sumbatan. Didik pelajar untuk mengasingkan ruang kerja mesin pencetak 3D melalui penggunaan ‘tape’ kuning supaya lebih sistematik. Di samping itu, pastikan sumber bekalan elektrik iaitu soket berada dalam keadaan baik.

Secara tidak langsung, dengan adanya mesin pencetak 3D dapat meningkatkan semangat ingin tahu pelajar tentang teknologi dan menaikkan semangat mereka untuk menjadi bangsa yang mencipta. Mesin pencetak 3D juga dilihat sebagai lubuk pendapatan dan ‘lubuk pahala’. Namun diingatkan agar pemilik-pemilik mesin pencetak 3D menjaga etika dengan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang undang hak cipta dan keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Apakah Percetakan 3D; dan Kenapa Ia Penting?
ARTIKEL BERKAITAN: Organ Tiruan 3 Dimensi: Hakikat atau Khayalan?

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: 3D printerpencetak 3DRekabentuk Teknologi
ShareTweetShare
Previous Post

Antioksidan dan Makanan: Apa yang Perlu Kita Tahu

Next Post

TIMSS 2019: Bagaimana Pencapaian Matematik Malaysia Berbanding Singapura?

Editor

Editor

Related Posts

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

3 hours ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

4 hours ago
Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak
Berita & Peristiwa

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

4 hours ago
Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari:  Apa Itu Green Lab?
Berita & Peristiwa

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari: Apa Itu Green Lab?

2 days ago
Next Post
TIMSS 2019: Bagaimana Pencapaian Matematik Malaysia Berbanding Singapura?

TIMSS 2019: Bagaimana Pencapaian Matematik Malaysia Berbanding Singapura?

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In