23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penerima Anugerah 2020 Breakthrough Prize in Mathematics

Editor by Editor
06/11/2019
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh: Lukhman Abdul Taib
Calon PhD dalam bidang Sains Perkomputeran & Teoritikal,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

Ahli matematik Amerika, Alex Eskin dinobatkan sebagai penerima 2020 Breakthrough Prize in Mathematics, sementara Tim Austin, Emmy Murphy dan Xinwen Zhu menerima Hadiah Horizon Baru di dalam Matematik (New Horizons in Mathematics Prize).

Yayasan Breakthrough Prize in Mathematics yang bertanggungjawab di dalam pemilihan pemenang itu berkata, mereka mengiktiraf Eksin, profesor di Universiti Chicago, di atas penemuan-penemuan yang revolusioner berkenaan geometri dan dinamik ruang moduli pembeza Abelian, termasuk pembuktian “teorem tongkat sakti” (magic wand theorem) yang diusahakan bersama dengan Maryam Mirzakhani.

Dari kiri: Alex Eskin, Tim Austin, Xinwen Zhu dan Emmy Murphy. Kredit: laman sesawang Breakthrough Prize

Tim Austin, profesor di Universiti California, Los Angeles, dinamakan sebagai salah seorang penerima Hadiah Horizon Baru di atas sumbangan-sumbangannya kepada teori ergodik, terutamanya penyelesaian kepada konjektur lemah Pinsker. Xinwen Zhu, profesor di California Institute of Technology (Caltech), pula diiktiraf di atas hasil kerjanya di dalam bidang geometri aritmetik beralgebra termasuk aplikasi teori keragaman Shimura dan masalah Riemann-Hilbert bagi keragaman p-adic. Sementara itu, Emmy Murphy, profesor madya di Universiti Northwestern, diberi penghargaan di atas sumbangannya kepada geometri sentuh dan simplektik, khususnya pengenalan kepada anggapan manifold longgar Legendrean dan struktur sentuh berlebih piuh yang ditemui bersama Matthew Strom Borman dan Yakov Eliashberg.


Sumber-Youtube

Yayasan Hadiah Penemuan Ulung bersama dengan penaja penaung, Sergey Brin, Priscilla Chan dan Mark Zuckerberg, Ma Huateng, Yuri dan Julia Milner, serta Anne Wojcicki, telah memperuntukkan sejumlah USD 21.6 juta untuk Hadiah Penemuan Ulung dan Hadiah Horizon baru bagi tahun 2020 untuk kesemua bidang, iaitu sains hayat, matematik, dan fizik asas. Para penerima Hadiah Penerima Ulung menerima wang sejumlah USD 3 juta bagi setiap hadiah, sementara penerima Hadiah Horizon Baru memperoleh hadiah wang sejumlah USD 100 ribu.

Pengasas Hadiah menyatakan tujuan anugerah ini diadakan ialah untuk mengangkat para saintis dilihat sebagai selebriti di kaca mata awam sesudah 50 tahun. Mereka berharap agar anugerah ini dapat membuat lebih ramai pelajar muda bercita-cita untuk menjadi saintis.

Majlis anugerah Hadiah Penemuan Ulung untuk tahun 2020 telah diadakan pada 3 November yang lalu. Bertempat di Pusat Penyelidikan NASA Ames di Mountain View, California, majlis tersebut disiar secara langsung oleh saluran National Geographic bertemakan “Seeing the Invisible” .


Sumber:

https://breakthroughprize.org/News/54
https://www.nytimes.com/2015/11/10/science/breakthrough-prize-science-awards.html

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: breakthrough prize
ShareTweetShare
Previous Post

Kesan Efluen Industri Batik Terhadap Alam Sekitar

Next Post

Rawatan Kesuburan : Kesaksamaan Dalam Menanggung Beban IVF

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

21 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Rawatan Kesuburan : Kesaksamaan Dalam Menanggung Beban IVF

Rawatan Kesuburan : Kesaksamaan Dalam Menanggung Beban IVF

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In