23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penerokaan New Horizons Rakam Planet Pluto

Editor by Editor
30/07/2015
in Astronomi & Kosmologi
0 0
0

Oleh: Mohd Zamri Shah Mastor
Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara


Tarikh keramat 19 Januari 2006 kira-kira sembilan tahun yang lalu menyaksikan roket Atlas V551 meninggalkan tapak pelancaran Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada kelajuan melepasi graviti Bumi dan sistem suria yang paling pantas pernah dicapai oleh manusia iaitu 16.26km sesaat!

Atlas V551 membawa bersamanya probe angkasa New Horizons bagi memulakan pengembaraan selama sembilan tahun dengan misi untuk terbang sehampir mungkin ke planet kerdil Pluto, mengambil gambar rupa sebenar planet tersebut.

Tujuannya mengumpul maklumat mengenai atmosfera planet tersebut serta maklumat bulan-bulannya. Seterusnya meneruskan perjalanan ke dalam kawasan Jaluran Kuiper yang dipenuhi dengan ketulan batuan dan ais pelbagai saiz untuk tempoh 2016 hingga 2020.

Apakah misteri yang ingin dirungkai?

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai planet kerdil itu sebelum ini sejak ia ditemukan pada 18 Februari 1930 oleh Clyde W. Tombaugh. Bagaimanapun, sifat ingin tahu manusia mengenai rupa sebenar Pluto dan juga lima bulannya tidak dapat dibendung.

Bukan itu sahaja, maklumat yang bakal diperoleh mengenai sistem planet tersebut dijangka boleh membantu saintis untuk memahami lebih mendalam tentang proses di peringkat awal pembentukan sistem suria kita pada masa lampau yang mungkin maklumatnya masih tersimpan dan terpulihara di dalam sisten planet kerdil tersebut.

Pada Oktober 1991, Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) telah mengeluarkan siri setem kenang-kenangan untuk memperingati penjelajahan manusia ke sistem suria kita. Setem bagi planet Pluto dihiasi dengan gambar planet Pluto tanpa ciri permukaannya dan nama kapal angkasa yang pernah menjelajahnya digantikan dengan frasa BelumDiterokai Lagi.

Saintis di Jet Propulsion Laboratory (JPL) Agensi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (NASA) teruja dengan penampilan sistem tersebut dan mula merangka misi untuk menlancarkan kapal angkasa ke Pluto.

Sebenarnya, mulai 1989 lagi sekumpulan saintis diketuai Alan Stern telah mencadangkan misi ke planet tersebut dengan nama Pluto Underground. Kapalangkasa seberat 40 kg telah dicadangkan untuk sampai ke Pluto dalam tempoh lima hingga enam tahun.

Idea tersebut telah ditolak kerana teknologi masih belum membenarkan pengecilan peralatan saintifik untuk diletak di dalam kapal angkasa sekecil itu. Satu lagi konsep misi ke Pluto diperkenalkan dengan nama Pluto 350 untuk menghantar kapal angkasa seberat 350kg ke Pluto dengan kos RM1.5 bilion bersaing dengan misi Mariner Mark II untuk menghantar kapal angkasa seberat 2,000kg dengan kos RM15 bilion. NASA lebih menggemari konsep Pluto 350.

Pada tahun 1991, JPL pula telah mencadangkan misi Pluto Fast FlyBy yang telah mengambil inspirasi daripada setem kenang-kenangan Pluto. Pada tahun 1990-an juga telah menunjukkan penemuan beberapa objek Jaluran Kuiper dan misi ke planet tersebut telah mengalami evolusi untuk turut mengkaji objek-objek dalam jaluran berkenaan sehingga suatu misi baharu telah diperkenalkan dengan nama Pluto Kuiper Express.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2000, projek berkenaan telah dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan daripada pihak NASA. Selepas pembatalan tersebut, Alan Stern yang tidak mengenal erti putus asa telah bekerjasama dengan bekas ahli kumpulan Pluto Kuiper Express.

Beliau meneruskan lagi cadangan misi baharu ke planet tersebut dengan nama New Horizons dan akhirnya pada November 2001, mereka telah berjaya memenangi pertandingan untuk membiayai projek tersebut di bawah inisiatif baharu oleh NASA, New Frontiers Program yang menghadkan peruntukan kos penjelajahan yang tidak terlalu besar.

New Horizons dengan kos RM2.1 billion juta untuk tempoh 15 tahun (2001-2016) telah berjaya menewaskan empat lagi cadangan misi penerokaan ke angkasa lepas yang lain di bawah inisiatif program tersebut oleh NASA.

New Horizons mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina dan setelah beberapa kali mengalami penangguhan di tapak pelancaran kerana faktor teknikal dan cuaca, akhirnya pada 19 Januari 2006, jam 2 petang waktu Amerika Timur atau 2 pagi, 20 Januari 2006 waktu Malaysia, New Horizons dilancarkan dari tapak pelancar nombor 41, Cape Canaveral Air Force Station, dan dijangka tiba di sistem Pluto pada 14 Julai 2015 untuk merungkai segala misteri planet berkenaan.

Selepas setahun dilancarkan, New Horizons telah terbang menghampiri planet Musytari pada 28 Februari 2007 dengan dua aktiviti penting.

Pertama, kesemua peralatan saintifik yang dibawanya perlu diuji dengan merakamkan imej sistem planet Musytari dan menghantarkan kesemua imej dan data ke Bumi sebagai persediaan sebelum menjalankan misi sebenar apabila tiba di Pluto nanti. New Horizons telah berjaya menjalankan tugas tersebut semasa terbang menghampiri Musytari.

Aktiviti kedua, New Horizons akan mengalami proses gravity assist atau bantuan graviti apabila mendapat tenaga tambahan daripada daya tarikan graviti planet Musytari. Ini menyebabkan kelajuan gerakannya bertambah sebanyak empat kilometer sesaat untuk meneruskan pengembaraan dan seterusnya tiba ke Pluto pada waktu yang dijadualkan.

Setelah mendapat tenaga lebihan daripada proses bantuan graviti, New Horizons telah diprogramkan untuk berada dalam mode ‘hibernasi’ atau mode ‘tidur’ selama tujuh tahun untuk memulihara kebolehan berfungsi setiap peralatan saintifik yang dibawanya kecuali hanya untuk tujuan laporan tahunan kesihatan sistem.

Setelah tujuh tahun berhibernasi, New Horizons bangkit semula dari tidurnya pada Disember 2014 dan pada Januari 2015 telah bersiap sedia untuk terbang menghampiri Pluto. New Horizons sentiasa mengintai peluang untuk merakam gambar planat Pluto pada Jarak yang semakin hampir.

Pada April lalu, New Horizons buat pertama kalinnya berjaya merakam gambar berwarna Pluto (tompok cahaya yang lebih besar) dan bulan terbesarnya Charon (tompok cahaya lebih kecil )dari jarak 115 juta kilometer.

Sumber – Utusan/ANGKASA

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

IBM Hasilkan Cip Komputer Berkuasa Tinggi di Dunia

Next Post

Belajar Membaca Lebih Bergantung Kepada Kemahiran Mendengar Berbanding Melihat

Editor

Editor

Related Posts

Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang  “Tidak Dingin”
Astronomi & Kosmologi

Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang “Tidak Dingin”

7 months ago
Anak Bulan: Jambatan Penghubung Sains dan Islam
Astronomi & Kosmologi

Anak Bulan: Jambatan Penghubung Sains dan Islam

9 months ago
Kepala Anda lebih Tua Berbanding Kaki! Suatu Penjelasan Sains.
Astronomi & Kosmologi

Kepala Anda lebih Tua Berbanding Kaki! Suatu Penjelasan Sains.

11 months ago
Mengangkasa Angka
Astronomi & Kosmologi

Mengangkasa Angka

1 year ago
Next Post
Belajar Membaca Lebih Bergantung Kepada Kemahiran Mendengar Berbanding Melihat

Belajar Membaca Lebih Bergantung Kepada Kemahiran Mendengar Berbanding Melihat

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In