23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penerokaan Polimer Berasaskan Bio Sebagai Bahan Dalam Teknologi Pembuatan Bahan Tambahan

Info Teknologi Pencetakan 3D

Saiful Bahari by Saiful Bahari
20/08/2021
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Ts. Dr. Mohd Shaiful Sajab & Denesh Mohan
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

 

Teknologi pembuatan bahan tambahan berasaskan polimer telah digunakan secara meluas melalui pelbagai aplikasi industri. Fleksibiliti menghasilkan sesuatu produk menggunakan pencetakan 3D secara langsung telah meningkatkan penggunaannya sehingga dua kali ganda berbanding dekad yang lalu.

Walaupun teknologi memuncul (emerging technology) ini mampu menghasilkan sesuatu produk menggunakan polimer secara cekap, kekurangan kemahiran teknikal dan kualiti pencetak 3D sering menghasilkan sisa daripada bahan sokongan dan produk yang gagal. Usaha pelbagai pihak dalam mengurangkan masalah pengurusan plastik yang mempunyai tempoh hayat yang lama dan bebanan pengeluaran plastik daripada bekalan minyak mentah masih lagi berterusan. Situasi ini menjadikan polimer berasaskan bio dan mudah terbiorosot adalah pendekatan yang wajar dan selari dengan harapan mewujudkan teknologi pembuatan bahan tambahan mampan.

 

Potensi polimer berasaskan bio yang dijadikan bahan suapan dalam pembuatan bahan tambahan.

Selain itu, produk yang dihasilkan menggunakan AM (pembuatan bahan tambahan) lebih cenderung untuk mempunyai kekuatan tegangan yang lebih rendah daripada produk yang dihasilkan melalui cara tradisional iaitu melalui pengacuan suntikan kerana anisotropi dan lekatan antara lapisan yang lemah. Ciri tersebut menyebabkan keretakan dan pemecahan produk pada bilangan kitaran yang rendah. Kehadiran pengisi dan penguat dari sumber bio juga telah dikaji sesuai untuk meningkatkan kekuatan tegangan bahan pencetakan.

Polimer berasaskan bio boleh didapati daripada pelbagai sumber. Namun, biojisim lignoselulosa merupakan antara sumber mampan tertinggi berbanding sumber bahan mesra yang lain. Fleksibiliti selulosa dan lignin yang menjadi komponen utama dalam biojisim lignoselulosa mendorong penyelidik untuk mengkaji penggunaan serta meningkatkan nilai tambah dalam pelbagai aplikasi yang membawa impak besar kepada masyarakat. Keupayaan selulosa dan lignin bagi meningkatkan sifat mekanik yang lebih baik berbanding sesetengah bahan polimer berasaskan petroleum secara asasnya juga boleh diperluaskan dalam teknologi pembuatan bahan tambahan mampan. Namun disebabkan pembuatan bahan tambahan mampan masih belum ditahap yang matang, penggunaan bahan tersebut sebagai alternatif bahan suapan masih pada peringkat awal.

Antara kajian sedang diperluaskan dalam pembuatan bahan tambahan mampan termasuk penggunaan pengisi dan matriks khususnya dalam teknik stereolitografi (SLA), pemodelan pemendapan terlakur (FDM) dan pemodelan pemendapan cecair (LDM). Sebagai pengisi, selulosa dan lignin dilihat mampu meningkatkan kekuatan dan kekerasan dalam pencetakan 3D melalui teknik FDM dan SLA. Kelebihan lignin sebagai perekat semula jadi berjaya memperbaiki lekatan antara lapisan pencetakan 3D FDM yang lemah. Walau bagaimanapun, peratusan penguat dan pengisi perlu diambil perhatian, dimana jumlah penggunaan yang tinggi dalam pencetakan 3D SLA dilihat boleh mengganggu proses pengawetan UV sehingga mempengaruhi kekuatan produk.

Berbanding lignin, selulosa dan nanoselulosa berpotensi digunakan secara terus melalui pendekatan teknik LDM disebabkan sifat penipisan ricih yang berupaya mencetak dengan lebih konsisten. Kebelangkangan ini, pencetakan bahan berasaskan selulosa telah digunakan secara intensif disebabkan kelebihan sifat bioserasi yang berpotensi dalam penggunaan peralatan perubatan. Penyelidikan juga tertumpu kepada mencetak produk berprospektif tinggi yang sesuai digunakan dalam kejuruteraan tisu, perubatan, biosensor dan lain-lain lagi.

Penemuan-penemuan kajian ini secara langsung dapat memainkan peranan penting dalam teknologi pembuatan bahan tambahan mampan dan memperluas produk tambah nilai dengan penggunaan biojisim. Ia bukan sahaja yang sejajar dengan prinsip utama Strategi Biojisim Nasional 2020 dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun impak keberhasilan daripada penggunaan bahan mampan dalam teknologi memuncul ini mampu menyediakan masa depan yang lebih cerah kepada generasi akan datang.

 

Bibliografi

Ts. Dr. Mohd Shaiful Sajab adalah pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses dan Ketua Sub-bidang (Bahan Pintar & Mampan) di Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mampan (CESPRO), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau adalah graduan UKM tahun 2009 dengan Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Sains Bahan. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana Sains dan Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dan menerima ijazah pada tahun 2014. Kini, bidang kepakaran dan tumpuan beliau tertumpu kepada pembangunan bahan mampan dan terfungsi daripada biosumber tempatan untuk pelbagai aplikasi untuk kegunaan industri dan komuniti.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Denesh MohanFakulti Kejuruteraan dan Alam BinaJabatan Kejuruteraan Kimia dan ProsesTs. Dr. Mohd Shaiful SajabUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

Next Post

Sukar Membuang Air Besar: Sebab dan Puncanya

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Sukar Membuang Air Besar: Sebab dan Puncanya

Sukar Membuang Air Besar: Sebab dan Puncanya

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In