23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 22, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengalaman Kerja Lapangan Flora & Fauna Di Tasik Kenyir

Info Alam Semulajadi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/04/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : MUHAMMAD HARIZ BIN HELMI
Pelajar Pengurusan Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan

Jauh perjalanan, luas pemandangan merupakan pepatah yang mengambarkan pengalaman para pelajar Sains Sumber Asli apabila berada di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir, Universiti Malaysia Terengganu untuk kerja lapangan selama tiga hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada semua pelajar tentang cara kerja di kawasan lapangan dan pengenalan kepada sistematik haiwan.

Di dalam ekologi, salah satu teknik untuk mengambil sampel adalah melalui plot ekologi yang hanya digunakan untuk kawasan yang kecil. Kami didedahkan tentang cara yang betul untuk membuat plot ekologi oleh pensyarah ekologi sumber asli, Cik Nivaarani sebelum kami memulakan kerja membuat plot ekologi di hutan berhampiran Tasik Kenyir. Kumpulan saya telah mendapat kawasan cerun bukit untuk membuat plot ekologi. Ini merupakan pengalaman pertama saya membuat plot ekologi di kawasan cerun dan mempunyai banyak batu besar serta tumbuhan berduri. Plot ekologi yang dibuat adalah bertujuan untuk mengenal pasti kepelbagaian spesis haiwan dan tumbuhan yang berada di kawasan plot tersebut untuk membina satu rantaian makanan. Antara tumbuhan yang terdapat di dalam kawasan plot ialah pokok rambai atau nama saintifiknya Baccaurea motleyana tumbuhan berbuah yang mempunyai ketinggian 9-12 meter. Kami juga diajar untuk mengira ukur lilit pokok pada paras dada (dbh) dan melukis profil hutan dalam sudut mendatar untuk mengetahui ketinggian pokok di kuadrat tersebut. Para pelajar juga diajar untuk menggunakan alat luxmeter untuk mengukur keamatan cahaya di hutan dan aplikasi litupan kanopi untuk mengukur peratusan litupan kanopi di hutan.

Semasa kami melalui jalan hutan kami melihat bunga pakma atau nama saintifiknya Rafflesia cantleyi Solms iaitu sejenis tumbuhan parasit yang bunganya keluar dari batang pepanjat Tetrastigma spp. yang dijadikan sebagai perumah. Tumbuhan ini dikatakan mempunyai khasiat tertentu dalam perubatan tradisional.

 

Rajah 1: Kelawar dari spesis Rhinolophus pusillus yang berwarna coklat dan mempunyai ‘lancet’ yang tajam dimukanya

 

Para pelajar juga didedahkan dengan perangkap yang digunakan untuk menangkap kelawar bagi subjek sistematik tumbuhan dan haiwan. Terdapat dua jenis perangkap yang diperkenalkan kepada kami iaitu ‘mist net’ dan ‘harp trap’. Kedua-dua perangkap ini diletakkan dikawasan yang mungkin dilalui oleh kelawar. Setelah itu kami menunggu sehingga waktu aktif kelawar iaitu pada pukul 7.15 malam hingga 9.30 malam. Sementara menunggu waktu aktif kelawar, kami melakukan perbincangan bersama pensyarah sistematik tumbuhan dan haiwan, Dr Jayaraj mengenai teknik pengecaman kelawar yang bakal kami lakukan. Pada pukul 7.15 malam kami bergerak dalam tiga kumpulan kecil untuk memeriksa perangkap yang telah dipasang pada sebelah petang. Kami berjaya merekodkan tiga spesis kelawar pada malam pertama. Kelawar pertama yang berjaya direkodkan adalah Rhinolophus pusillus yang berwarna coklat dan mempunyai ‘lancet’ yang tajam di mukanya (Rajah 1). Kelawar yang kedua merupakan dari spesis Hipposideros bicolor dimana mempunyai lengan berukuran melebihi 45mm. Kelawar yang terakhir merupakan dari spesis Rhinolophus affinis yang mempunyai ‘sella’ dengan sisi cengkung dan mempunyai lengan berukuran 48-54mm (Rajah 2). Para pelajar juga didedahkan cara untuk membezakan kelawar dewasa dan anak kelawar dengan cara melihat tulang di sayapnya. Untuk kelawar juvenil terdapat bengkakan atau benjolan di antara tulang metakarpal dan tulang jari ketiga, keempat dan kelima yang lutsinar jika dilihat dibawah cahaya manakala untuk kelawar dewasa tiada benjolan yang ketara pada ketiga-tiga jarinya yang menandakan bahawa tulang-tulangnya telah tumbuh sempurna.

 

Rajah 2: Kelawar dari spesis Rhinolophus affinis yang mempunyai sella dengan sisi cengkung dimukanya

 

Pada waktu malam beberapa orang pelajar telah dibawa untuk melihat Gajah Asia atau nama saintifiknya Elephas maximus yang berada di hutan berhampiran stesen penyelidikan. Pengalaman saya menaiki Hilux milik pensyarah saya ibarat seperti menonton rancangan National Geographic di televisyen untuk melihat haiwan tersebut di tempat asalnya. Haiwan yang kini hampir mengalami kepupusan ini disebabkan gadingnya yang mahal itu menyebabkan populasi kini kurang daripada 1000 ekor.

 

Rajah 3: Antara Gajah Asia atau nama saintifiknya Elephas maximus yang berjaya ditemui di Malaysia yang kini hampir diancam kepupusan

 

Kami juga berkesempatan untuk mendengar ceramah daripada Profesor Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah pensyarah Universiti Malaysia Terengganu. Terdapat beberapa nasihat yang telah diberikan kepada para pelajar disamping berkongsi pengalamannya di dalam bidang zoologi. Antara nasihatnya adalah sentiasa belajar daripada orang yang berada di persekitaran kerana setiap orang mempunyai tahap ilmu yang berbeza.

Pada hari terakhir kami berada di situ kami berpeluang melihat enam ekor burung enggang belulang daripada spesis Anthracoceros albirostris yang sedang berterbangan berhampiran kami. Perasaan gembira melihat burung enggang yang berterbangan tidak dapat dinafikan lagi apabila ramai pelajar menggunakan binokular yang dibekalkan untuk melihat haiwan itu dalam jarak yang dekat.

Kesimpulannya, perkampungan kami di Pusat Penyelidikan Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam banyak memberikan input mengenai kerja lapangan yang sebenar. Pengalaman gembira melihat haiwan seperti Gajah Asia, burung enggang dan kelawar yang berterbangan di habitat asalnya menyedarkan kami bahawa haiwan-haiwan ini memerlukan pemuliharaan supaya mereka dapat hidup dalam jangka masa yang lama. Jika tiada sebarang pemuliharaan terhadap flora dan fauna ini, kepupusan akan berlaku menyebabkan generasi akan datang tidak dapat melihat dan merasai khazanah alam yang tidak ternilai ini.

 

Kredit Foto : beta

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Gajah AsiaHipposideros bicolorKerja Lapangan Flora & FaunaMUHAMMAD HARIZ BIN HELMIProfesor Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin AbdullahRhinolophus pusillusStesen Penyelidikan Alami KenyirUniversiti Malaysia KelantanUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Keputusan Akhir Pertandingan Mengarang Esei Anjuran bersama Perdana Global Peace Foundation(PGPF) dan MajalahSains.Com

Next Post

UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang anjur Program "Innovation, Design, Exploration, Arithmetics and Sciences" (IDEAS) 2019

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 days ago
Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan
Berita & Peristiwa

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

3 weeks ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 weeks ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

3 weeks ago
Next Post
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang anjur Program “Innovation, Design, Exploration, Arithmetics and Sciences” (IDEAS) 2019

UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang anjur Program "Innovation, Design, Exploration, Arithmetics and Sciences" (IDEAS) 2019

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In