23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengasingan & Pengecaman Bakteria Dalam Perut Cecadu Pisang

Mudahnya Baca Jurnal

Saiful Bahari by Saiful Bahari
20/03/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr Jayaraj Vijaya Kumaran
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

Berikut merupakan ringkasan jurnal penulis sendiri bersama pelajar-pelajarnya bertajuk ‘Isolation and identification of gastrointestinal microbiota from the short-nosed fruit bat Cynopterus brachyotis brachyotis’ yang diterbitkan dalam Jurnal Microbiological Research.

Mikrobiota adalah kepelbagaian mikrob yang wujud di alam semulajadi. Ilmu dalam bidang ini menyumbang kepada pemahaman manusia tentang ekologi mikrob dan perumah, evolusi pemakanan yang khusus dan juga keadaan kesihatan sesuatu organisma. Namun begitu, penyelidikan tentang mikrobiota kelawar kurang, walaupun maklumat ini penting untuk memahami kepentingan sumbangan ekologi kumpulan mamalia kedua terbesar ini kepada ekosistem. Antara semua spesies kelawar yang dikenali, Cecadu Pisang Cynopterus brachyotis brachyotis penting kerana ia mampu beradaptasi kepada kawasan penempatan manusia dan menyumbang kepada pelbagai perkhidmatan ekologi. Maka kajian ini dijalankan untuk mengetahui kepelbagaian bakteria yang wujud dalam gastrousus mamalia ini.

Pengecaman bakteria yang diasingkan daripada Cecadu Pisang dibuat menggunakan kaedah ujian biokimia dan analisis jujukan gen 16S RNA. Ujian biokimia digunakan dalam proses pengecaman untuk mengetahui tindakbalas biokimia yang terhasil apabila bakteria ini didedahkan kepada bahan kimia tertentu. Ujian biokimia ini spesifik dan mampu mengecam bakteria sehingga sekurang-kurangnya aras genus. Manakala analisis jujukan gen 16S RNA digunakan untuk menyelesaikan masalah spesies yang tidak dapat dikenali melalui ujian biokimia. Ia juga dapat digunakan untuk membezakan kumpulan bakteria yang mempunyai rangkaian filogenetik (salahsilah genetik) yang unik.

 

Rajah1. Kepelbagaian bakteria di perut dan usus Cedadu Pisang Cynopterus brachyotis brachyotis.

 

Hasil kajian ini berjaya mengecam 16 spesies bakteria daripada 8 genus (Bacillus, Enterobacter, Enterococcus, Escherichia, Klebsiella, Pantoea, Pseudomonas dan Serratia) dalam perut dan juga usus Cecadu Pisang (Rajah 1). Kebanyakan bakteria yang ditemui adalah daripada Famili Enterobacteriaceae yang pernah dilaporkan sebagai patogen kepada haiwan liar dan manusia. Selain daripada itu, didapati Enterobacter mempunyai kepelbagaian genomik yang tinggi menyebabkan spesies bakteria ini sukar dibezakan di peringkat spesies (Rajah 2). Genus Enterobacter, Pseudomonas, Serratia dan Klebsiella pula pernah diasingkan daripada kelawar Cynopterus lain. Genus Bacilus yang diasingkan dalam kajian ini adalah bakteria yang lazimnya dijumpai dalam tanah tetapi mungkin memasuki sistem gastrousus kelawar tersebut melalui daun yang dimakan oleh kelawar tersebut.

 

Rajah 2. Pokok filogenetik bakteria yang diasingkan daripada gastrousus Cecadu Pisang dalam kajian ini. Pokok filogenetik ini menunjukkan salahsilah genetik bagi bakteria dalam analisis ini.

 

Kesimpulannya, kajian ini berjaya mengecam 10 spesies bakteria daripada Cecadu Pisang dan maklumat ini penting kerana potensi kelawar ini sebagai pembawa penyakit bakteria  terutamanya zoonotik. Adalah disyorkan bahawa kajian ini diperkembangkan menggunakan teknologi penjujukan generasi seterusnya kerana ia dapat menjana data yang banyak untuk mencirikan mikrobiota kelawar tersebut.

Dr Jayaraj Vijaya Kumaran adalah pensyarah kanan Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan dan juga ahli bersekutu Akademi Sains Malaysia. Beliau juga merupakan editor bersekutu MajalahSains dan Journal of Sustainability Science and Management (DIindeks oleh WoS dan SCOPUS).

Kredit Foto : wikipedia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bakteriaDr Jayaraj Vijaya KumaranFakulti Sains Bumimudahnya baca jurnalUniversit Malaysia Kelantanynopterus brachyotis brachyotis
ShareTweetShare
Previous Post

Penyakit daripada Haiwan kepada Manusia

Next Post

Kerentasan Disiplin Melalui Internet Pelbagai Benda di Pinggir Lautan Adriatik

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

21 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Kerentasan Disiplin Melalui Internet Pelbagai Benda di Pinggir Lautan Adriatik

Kerentasan Disiplin Melalui Internet Pelbagai Benda di Pinggir Lautan Adriatik

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In