23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, April 21, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

Editor by Editor
21/07/2023
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Ts. Gs. Mohd Ridzuan Bin Anuar
Penolong Pengarah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

 

 Pengenalan

Secara umumnya Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System, GIS) merupakan teknologi berasaskan komputer yang mempunyai keupayaan memproses data geospatial dan atribut (tekstual) bagi menghasilkan maklumat pemetaan secara digital seterusnya dianalisis menurut kehendak pengguna. Ia berupaya memberikan info “di mana” dan menerangkan “ciri” objek yang ada di sesuatu lokasi. Di Malaysia, GIS telah digunapakai secara meluas oleh agensi kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan. Banyak agensi kerajaan telah mula menggunakan GIS untuk merekod maklumat tanah, topografi, pertanian, hutan dan sebagainya. Sektor swasta juga membangun dan menggunakan GIS selain turut memperkenalkan teknologi baharu yang bersesuaian untuk negara ini.

GIS adalah berbeza dengan Global Positioning System (GPS) atau Global Navigation Satellite System (GNSS). Walaupun sebutan GIS dan GPS hampir serupa, namun fungsinya adalah berbeza. Umumnya, GPS/ GNSS adalah kemudahan yang digunakan untuk mencerap lokasi koordinat di atas muka bumi hasil daripada proses komunikasi bersama satelit. Koordinat ini seterusnya dipadankan di atas peta menggunakan platform GIS agar pengguna dapat mengenalpasti suatu kawasan berdasarkan jenis peta yang sedang digunakan (contohnya peta pelancongan, lot tanah, geologi dan sebagainya).

Bagi memudahkan pemahaman pembaca, analoginya, GIS adalah kemudahan agar peta digital dapat di sedia dan dimanfaatkan oleh pengguna seperti menjalankan proses carian kawasan, menanda lokasi kegemaran, melihat imej satelit dan sebagainya. Namun begitu jika hanya bergantung pada peta digital semata-mata akan menyukarkan proses mengenalpasti “lokasi koordinat semasa” terutamanya jika sedang berada di kawasan asing ataupun ketika berada dalam kenderaan yang sedang bergerak. Contohnya tempahan makanan secara atas talian memerlukan pengguna menanda lokasi penghantaran yang pada kebiasaannya adalah “lokasi semasa” pengguna ketika itu seperti di rumah, hospital mahupun taman awam. Jika peranti GNSS tidak digunakan, maka lokasi koordinat perlu ditanda secara manual yang memungkinkan pengguna akan berasa sukar jika kurang arif mengenai kawasan tersebut. Oleh yang demikian, GNSS membantu permasalahan ini agar koordinat lokasi boleh dikenalpasti secara masa nyata (real time) seterusnya dipaparkan diatas peta GIS sebelum tindakan lanjut ditentukan oleh pengguna.

Komponen GIS terdiri daripada lima (5) bahagian iaitu perkakasan, perisian, data, orang dan kaedah seperti penerangan dibawah:

(a) Perkakasan

Perkakasan bagi kegunaan GIS memerlukan daya prosesan yang tinggi, kapasiti storan yang besar, memori yang mencukupi serta keupayaan grafik yang baik. Perkakasan tidak hanya terhad kepada komputer sahaja, malah lain-lain peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (Information, Communication and Technology, ICT) seperti pelayan (server), pencetak (printer), pengimbas (scanner) dan lain-lain turut diambilkira. Selain itu, penggunaan rangkaian internet atau intranet juga amat diperlukan bersesuaian dengan era masa kini kerana kebanyakan data terletak dalam storan awan (cloud storage) ataupun dikongsi secara atas talian.

(b) Perisian

Perisian terdiri daripada set arahan yang dibangunkan agar komputer boleh menjalankan fungsi sepertimana dikehendaki oleh pengguna. Ia berinteraksi antara manusia dan komputer (Human Computer Interaction, HCI) agar pengguna yang rata-ratanya bukan terdiri daripada latar belakang ICT boleh mengoperasikan komputer tanpa perlu mengetahui bagaimana menetapkan set arahan melalui bahasa pengaturcaraan kepada mesin. Antara perisian GIS di pasaran adalah ArcGIS, Mapinfo, Quantum GIS dan sebagainya. Ia berfungsi untuk menerima input dan memproses data geospatial seterusnya mengembalikan output kepada pengguna. Antara kriteria pemilihan perisian adalah kompleksiti pemprosesan, kuantiti data, jenis data, output yang diperlukan dan keupayaan melaksanakan analisa. Pada kebiasaanya, Pegawai Teknologi Maklumat organisasi akan menjalankan analisa dengan mengambilkira pelbagai faktor termasuklah aspek kewangan sebelum jenis perisian tertentu disyorkan kepada pihak pengurusan.

Seperti mana peralatan ICT yang memerlukan alat sokongan bagi menjalankan fungsinya secara efisen, perisian GIS juga tidak terkecuali daripada memerlukan pelengkap yang serupa. Sistem Pengoperasian (Operating System) dan pangkalan data (database) merupakan antara elemen sokongan yang diperlukan. Sistem Pengoperasian berfungsi menyusun atur segala sumber komputer seperti perkakasan, perisian dan rangkaian. Pangkalan data pula menyediakan perkhidmatan menyimpan data secara tersusun dan mendapatkan semula data tersebut dengan pantas mengikut aturan algoritmanya.

(c) Kaedah

Kaedah merupakan salah satu komponen GIS bertujuan menyelaras beberapa aktiviti seperti input data geospatial, pengurusan data atribut, paparan data, analisis dan sebagainya. Ia juga sebahagian daripada pengurusan GIS bagi menjamin kualiti data menurut standard ditetapkan merangkumi penyediaan garis panduan, spesifikasi dan prosedur.

(Nota : Bagi mendapatkan info mengenai gambaran kaedah menguruskan data GIS, boleh layari artikel Majalah Sains di https://www.majalahsains.com/kaedah-penyediaan-dan-pengurusan-data-geospatial-melalui-sistem-maklumat-geografi/)

(d) Data

Data geospatial merupakan sumber penting didalam GIS. Pada kebiasaannya, ia mengambil sebahagian besar daripada keseluruhan kos projek GIS. Data yang di gunapakai perlu bersifat integriti, tepat, diyakini dan boleh dipercayai. Disiplin ketika mengendalikan data memerlukan garis panduan atau prosedur tertentu agar output yang dijana menepati standard ditetapkan.

Data geospatial terdiri daripada dua (2) komponen iaitu data reruang dan data atribut. Kedua-dua komponen ini saling bekerjasama didalam GIS bagi membolehkan paparan objek dapat disertakan bersama informasi dalam bentuk pangkalan data (atribut) seperti mana contoh rajah dibawah. Oleh itu, pengguna akan berasa mudah mendapatkan info mengenai peta yang dilihat.

Kebiasaannya, dua (2) jenis data digunakan dalam GIS iaitu data raster dan data vektor :

i-Data raster merupakan data berbentuk imej contohnya fotografi atau imej satelit. Jenis data ini disimpan dalam pelbagai format digital seperti JPEG, BMP, TIFF dan sebagainya.

ii-Data vektor di dalam GIS adalah titik, garisan, poligon dan sebagainya serta turut mempunyai nilai koordinat bagi menentukan lokasinya di atas peta. Jenis data ini disimpan dalam pelbagai format digital seperti SHP, TAB dan sebagainya.
(Nota : Bagi mendapatkan info mengenai gambaran kaedah menguruskan data GIS, boleh layari artikel Majalah Sains di https://www.majalahsains.com/kaedah-penyediaan-dan-pengurusan-data-geospatial-melalui-sistem-maklumat-geografi/)

(e) Orang

Orang merujuk kepada pengguna GIS yang memainkan peranan penting dalam proses perancangan, pembangunan, pelaksanaan, penyelenggaraan atau pengguna produk/ perkhidmatan GIS. Mereka mempunyai peranan seperti tugas cerapan data, prosesan data, penganalisa data dan sebagainya. Profesional GIS pula berupaya membangunkan pangkalan data geospatial seterusnya menyediakan model analisa bersesuaian dengan lebih mendalam. Semua peringkat pengguna ini menjalankan fungsi masing-masing bagi menjayakan pelaksanaan GIS di organisasi.

Pada masa kini, amat bagus jika pakar dalam pelbagai bidang mempunyai pengetahuan GIS yang berupaya membangunkan model analisa melalui data GIS seterusnya memberi output berguna kepada pemegang taruh (stakeholder) agar keputusan lebih berkualiti mampu dimuktamadkan. Kebanyakan organisasi juga telah mula mewujudkan Unit GIS yang dianggotai kakitangan berkepakaran menguruskan keseluruhan komponen GIS bagi manfaat organisasi.

Kelebihan Dan Kekurangan GIS

Penggunaan teknologi tentunya menawarkan pelbagai kelebihan tetapi turut ‘mempunyai pakej’ kekurangan. Begitu jua GIS. Kelebihannya dapat dilihat kepada kemampuan dalam menguruskan data geospatial beserta maklumat atribut dengan lebih cekap dan pantas. Kekangan akal fikiran manusia bagi menjalankan analisa peta secara manual dalam bentuk lembaran (hardcopy) dapat diatasi dengan mudah melalui GIS. Hal ini kerana ia jauh lebih efisen serta menawarkan pelbagai kemudahan seperti carian maklumat, analisis, penjanaan statistik, paparan trend, penyediaan laporan dan sebagainya.

Data yang dikendalikan juga bukan hanya dapat dikongsi merentasi bahagian/ unit di dalam organisasi, malahan juga dari luar organisasi bagi manfaat bersama. Contohnya, peta digital projek taman perumahan yang dikendalikan syarikat pemaju cawangan negeri Pulau Pinang dapat dikongsi bersama cawangan negeri Selangor melalui internet. Paparan peta projek taman perumahan semata-mata tidak lengkap sekiranya tidak disertakan bersama peta sokongan seperti jalan raya, sungai, perparitan, guna tanah dan lain-lain agar dapat menjana paparan yang lebih menarik seterusnya menjadikan ia lebih bernilai. Oleh itu bagi mengatasi permasalahan ini, peta sokongan itu juga dapat diakses melalui kaedah perkongsian data daripada lain-lain agensi tanpa memerlukan proses mencerap semula data tersebut. Secara tidak langsung, bukan sahaja kos dapat dijimatkan, malah turut memberi impak positif kepada keseluruhan projek yang sedang dikendalikan.

Data geospatial yang dibangunkan boleh diintegrasi bersama data non-geospatial seterusnya mengembangkan informasi hasil gabungan daripada pelbagai sumber maklumat. Menggunakan contoh seperti perenggan diatas, bayangkan jika peta projek taman perumahan itu turut diintegrasi bersama data non-geospatial seperti maklumat jualan hartanah, jadual harian pekerja binaan, lot tanah dan sebagainya. Tentunya paparan yang terhasil adalah lebih bermanfaat kerana semua informasi dipaparkan bersama maklumat visual melalui GIS. Secara tidak langsung, ia membantu ketika proses analisa agar kemajuan projek adalah seperti mana dirancang seterusnya memberi manfaat kepada organisasi.

Kemajuan ICT dan Revolusi Industri 4.0 juga memberi manfaat dalam menyokong pelaksanaan GIS. Kamera digital berdefinisi tinggi, kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI), GNSS, dron, internet benda (Internet of Thing, IoT), analitis data raya (big data analytic) dan sebagainya adalah antara teknologi yang mampu melonjakkan GIS ke tahap lebih tinggi.

Kelebihan ditawarkan GIS turut tidak dapat lari daripada membicarakan kelemahannya. Peralatan dan perisian bagi menggunakan GIS memerlukan kos berjumlah sederhana/ mahal. Hal ini kerana ia perlu disediakan dalam spesifikasi yang tinggi bagi menyokong aktiviti prosesan data GIS seterusnya memberi kesan langsung ke atas kos perolehannya. Perisian GIS yang terdapat di pasaran menawarkan pelbagai fungsi bergantung kepada keperluan pengguna. Terdapat perisian yang boleh diperolehi secara percuma namun begitu kebanyakannya memerlukan kos daripada berjumlah sederhana hinggalah mencecah puluhan ribu ringgit. Pada kebiasaannya Pegawai Teknologi Maklumat akan mengenalpasti keperluan sebenar organisasi seterusnya menjalankan perancangan realistik dengan mengambilkira kos pembaharuan lesen perisian, penyelenggaraan aplikasi, pangkalan data dan peralatan ICT agar seiring dengan keperluan untuk tempoh tertentu dan juga kegunaan pada masa hadapan selari dengan keupayaan kewangan organisasi.

Peruntukan bagi menyediakan data GIS boleh mencecah amaun yang tinggi berikutan ia memerlukan pelbagai usaha bermula dari proses cerapan di lapangan hinggalah kepada proses penyelarasan agar mempunyai integriti yang baik untuk di muatkan ke dalam pangkalan data geospatial bagi kegunaan pengguna. Proses ini semestinya memberi impak langsung ke atas kos pembangunan data, tambahan pula “Data” merupakan komponen penting didalam GIS seperti mana diterangkan pada perenggan diatas. Permasalahan kos yang tinggi ini dapat dikurangkan impaknya melalui kaedah perkongsian data daripada pelbagai organisasi agar kerja cerapan data yang sama/ serupa dapat diminimakan.

Tenaga kerja GIS juga memerlukan latihan berterusan bagi meningkatkan kapasiti modal insan seiring kemajuan teknologi ICT dan GIS. Tempoh latihan ini biasanya perlu dijalankan secara berfasa agar tidak membebankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan modal insan ini penting agar pelaksanaan tugas adalah menurut standard dikehendaki seterusnya meningkatkan integriti data, kekemaskinian data, efisensi pengurusan projek dan sebagainya.

Kelebihan GIS perlu dilihat sebagai pendorong utama dengan mengambilkira manfaat besar yang mampu diperolehi. Kelemahan GIS seharusnya diminimakan secara tidak langsung mengurangkan cabaran pelaksanaannya di organisasi. Latihan dan program kesedaran secara berterusan dijangka mewujudkan persepsi positif seiring dengan meningkatnya pengetahuan segenap warga organisasi terhadap GIS.

Penutup

Kemajuan GIS pada hari ini tidak dapat lari daripada membicarakan kepentingan komponen yang menyokong tunjang pelaksanaannya. Komponen GIS terdiri daripada peralatan, perisian, data, kaedah dan orang; amat penting berikutan ia saling berhubungkait dan bergantungan sesama sendiri agar kemudahan GIS yang dinikmati kini dapat terus berdiri utuh. Data merupakan sumber penting kejayaan suatu projek GIS. Hal ini kerana kekemaskinian dan ketersediaan data merupakan faktor utama ketika menjalankan proses analisa dan penjanaan laporan. Ekoran itu, wajarlah khazanah berharga (data GIS) ini di jaga dan di kemaskini dengan baik agar kekal relevan sepanjang masa.

Sama ada disedari atau tidak, kehidupan kebanyakan masyarakat masa kini terkait penggunaan GIS. Kemudahan telefon pintar di pacu sistem aplikasi berkeupayaan GIS dimanfaatkan oleh pengguna melalui pelbagai kemudahan antaranya penunjuk arah jalan, penjejakan lokasi dikunjungi, tempahan teksi, penjejakan kenderaan awam dan sebagainya. Peta geografi jika dahulunya di lakar dalam bentuk peta hardcopy, kini telah berubah kepada digital serta mudah pula dicari lokasi fizikalnya menggunakan peranti GNSS. Pembudayaan berterusan masyarakat dan warga organisasi memungkinkan kemudahan ini terus berevolusi lebih-lebih lagi di era kepesatan dan kecanggihan ICT meniti era Revolusi Industri 4.0 seiring dengan kemajuan negara.

Biodata Penulis
Ts. Gs. Mohd Ridzuan Bin Anuar ialah Penolong Pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pernah berkhidmat di dua agensi kerajaan sebelum ini. Mempunyai pengalaman menguruskan pelbagai cabang dalam bidang Teknologi Maklumat dan juga GIS. Bidang rangkaian, pengurusan projek, analisis dan GIS merupakan fokus beliau dalam bidang Teknologi Maklumat.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: GeografiGeospatialGISJabatan Kastam DirajaSistem MaklumatTeknologi MaklumatTs. Gs. Mohd Ridzuan Bin Anuar
ShareTweetShare
Previous Post

HARI LAUTAN SEDUNIA: Fahami Rahsia Kemandirian dan Potensi Tumbuhan Pesisir Pantai

Next Post

HARI LAUTAN SEDUNIA: Menyingkap Rahsia Makhluk Tersembunyi di Lautan

Editor

Editor

Related Posts

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”
Berita & Peristiwa

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”

2 days ago
Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini
Alam Semulajadi

Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini

2 days ago
Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia
Berita & Peristiwa

Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia

2 days ago
Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

5 days ago
Next Post
HARI LAUTAN SEDUNIA: Menyingkap Rahsia Makhluk Tersembunyi di Lautan

HARI LAUTAN SEDUNIA: Menyingkap Rahsia Makhluk Tersembunyi di Lautan

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In