23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, December 7, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengesahan Dua Faktor dan Pengesahan Dua angkah (2FA dan 2SV) dalam Keselamatan Siber

Pengesahan Dua Faktor dan Pengesahan Dua angkah (2FA dan 2SV) dalam Keselamatan Siber

Editor by Editor
25/09/2023
in Berita & Peristiwa, Komputer & IT, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Nazurah Najian Hamdan¹, Elmaliana Albahari², Aida Al-Quswa Mohamad Ali³, Normawati Asmuni4
¹Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka, ²,³,4 Malaysia Agriculture Research and Development Institute (MARDI) *

Mempraktikkan amalan keselamatan maklumat pengguna yang terkini merupakan langkah keselamatan    dalam    mencegah  daripada ancaman keselamatan  siber  yang  boleh mengakibatkan kebocoran maklumat dan kehilangan maklumat peribadi. Kebocoran maklumat boleh mengakibatkan kerugian dan bahaya kepada pihak pengguna. Pengurusan kata laluan pengesahan dua faktor dan pengesahan dua langkah adalah antara langkah keselamatan yang sering digunapakai. Adakah pengesahan dua faktor dan pengesahan dua langkah adalah perkara yang sama? Mari kita kenal pasti kedua-duanya dengan lebih lanjut.

Rajah 1 Pengesahan dua faktor dan Pengesahan dua langkah (2FA dan 2SV)

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Dua Faktor?

Pengesahan dua faktor (two factor authentication), 2FA ialah cara khas yang memastikansistem keselamatan akaun pengguna dalam keadaan selamat dengan menggunakan dua cara berbeza untuk membuktikan siapa pengguna yang sebenar. Kaedah keselamatan yang digunakan memastikan log masuk memerlukan dua kekunci untuk membuka kunci sesuatu yang penting, sebagai contoh adalah gabungan kata laluan dan telefon bimbit. Tapisan keselamatan ini akan memastikan hanya pengguna yang melepasi tahap pengesahan sahaja berjaya membuat capaian ke dalam sistem.

Rajah 2 Contoh teori 2FA, kata laluan dan telefon bimbit

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Dua Langkah?

Pengesahan dua langkah (two step verification) 2SV merupakan kaedah keselamatan menggunakan satu bentuk pengesahan sebanyak dua kali sebelum pengguna dibenarkan mengakses ke sesuatu akaun atau sistem. Sebagai cara untuk membuktikan kesahihan akaun, pengguna perlu memasukkan kata nama pengguna dan kata laluan yang tepat. Amalan pengesahan keselamatan ini memastikan hanya pengguna yang betul dapat mengakses maklumat peribadi dan kerahsiaan data simpanan masing-masing.

Rajah 3 Contoh teori 2SV, nama pengguna dan kata laluan

Faktor-faktor pengesahan yang digunakan dalam 2FA atau 2SV:

  1. Faktor pengetahuan (knowledge). Memasukkan kata laluan merupakan perkara yang paling Pengguna perlu memasukkan kata laluan yang hanya mereka sendiri tahu sebelum dibenarkan akses masuk oleh sistem.
  2. Faktor pemilikan (possession). Token keselamatan menghasilkan kod unik secara berkal Pengguna perlu memasukkan kod unik yang dihasilkan oleh token tersebut. Contoh faktor lain pemilikan ialah telefon bimbit.
  3. Faktor ciri (inherence). Biometrik seperti imbasan cap jari atau imbasan iri Pengguna perlu mengimbas cap jari terlebih dahulu untuk mengesahkan identiti mereka.
  4. Faktor lokasi (location). Beberapa sistem boleh mengesan lokasi geografi pengguna dengan menggunakan GPS atau alamat IP untukmemastikan pengguna mengakses akaun dari lokasi yang sah.
  5. Faktor masa (time). Sistem aplikasi akan menghasilkan kod pengesahan yang berubah pada masa tertentu. Pengguna perlu memasukkan kod pengesahan tersebut sebelum tempoh pengesahan kod tersebut tamat tempoh.

Berdasarkan artikel yangbertajuk “Risks and Benefits of Two-Factor Authentication and Two-Step Verification”, penulis berpendapat bahawa 2FA lebih selamat dari 2SV. 2FA dan 2SV merupakan ciri keselamatan tambahan yang digunakan bagi meningkatkan tahap keselamatan dari ancaman siber dalam apa-apa perkara.

 

Mengapa 2FA lebih selamat berbanding 2SV?

Terdapat beberapa perbezaan antara 2FA dan 2SV meskipun kedua-duanya merupakan kaedah keselamatan yang digunakan untuk melindungi akaun dan data peribadi. Antara perbezaan seperti berikut:

  1.  Faktor keselamatan tambahan. 2FA menggunakan lebih dari satu faktor pengesahan seperti gabungan kata laluan rahsia dan imbasan cap jari manakala 2SV hanya menggunakan satu faktor bentuk pengesahan.
  2. Potensi Terdapat satu lagi lapisan keselamatan dalam 2FA yang perlu dirungkaikan oleh penggodam. Oleh itu, penggodam berdepan sedikit kesukaran menembus lapisan keselamatan jika pengguna mengunakan 2FA.
  3. Potensi untuk Phishing. Email dan SMS sering digunakan dalam 2SV dimana kedua-duanya mudah untuk direntas dan diubah oleh penggodam. Tambahan pula, SMS dan email mudah menjadi sasaran phishing kerana penggodam boleh menipu pengguna mengunakan SMS palsu.

Melaksanakan 2FA atau 2SV untuk akaun dan perkhidmatan dalam talian menawarkan banyak kelebihan berbanding kelemahan.

 

Penggunaan 2FA memberikan pelbagai faedah yang tidak boleh diabaikan:

  1. Peningkatan langkah keselamata Kelebihan utama 2FA terletak pada keupayaannya untuk meningkatkan langkah     keselamatan.     Dengan     memperkenalkan     lapisan perlindungan tambahan, bukan hanya kata laluan semata-mata, ia menguatkan daya tahan akaun pengguna, menjadikannya lebih sukar untuk direntas individu yang tidak dibenarkan untuk mendapatkan akses.
  2. Mengurangkan ancaman akses masuk tanpa kebenara Sekiranya seseorang individu mengetahui kata laluan pengguna, mereka masih memerlukan pemilikan elemen pengesahan tambahan, seperti peranti mudah alih pengguna atau token keselamatan. Penggabungan lapisan perlindungan ini meningkatkan tahap kesukaran untukpenyerang yang berpotensi untuk memanipulasi data peribadi pengguna.
  3. Pertahanan yang dipertingkatkan terhadap pancingan data, phishin Pelaksanaan 2FA umpama perisai yang bertindak terhadap percubaan pancingan data yang berbahaya. Tambahan langkah kepada proses log masuk tradisional, di mana sekiranya tanpa sengaja kata nama dan kata laluan pengguna didedahkan pada laman web penipuan, individu yang berniat jahat tidak dapat mengambil alih akaun pengguna kerana tidak mengetahui faktor kedua.
  4. Pemulihan Sekiranya pengguna tidak dapat mengingati kata laluan sendiri atau menghadapi kesukaran mengakses akaun, langkah pengesahan tambahan boleh mengesahkan identiti pengguna, mempercepatkan proses pemulihan dan memulihkan akses dengan mudah.
  5. Pematuhan Kawal Seli Untuk melindungi maklumat sensitif, banyak industri mewajibkan pelaksanaan pengesahan pelbagai faktor. Oleh itu, penggunaan 2FA menjadi penting untuk memastikan pematuhan dalam sistem.

 

Kelemahan 2FA:

  1. Kesukaran. Salah satu kelemahan utama 2FA terletak pada potensi kesukaran terutamanya apabila pengguna yang kerap mengakses ke akaun mempunyai faktor sekunder yang melibatkan pelbagai peranti dan lokasi.
  2. Kerumitan proses persediaan. Kerumitan proses persediaan mungkin menimbulkan cabaran atau menyebabkan kekeliruan bagi pengguna tertentu, terutamanya mereka yang tidak mahir dalam teknologi.
  3. Kebergantungan pada langkah pengesahan tambaha Sekiranya berlaku salah letak atau kehilangan peranti yang digunakan sebagai pengesahan sekunder, proses akses masuk ke akaun sendiri menjadi sukar kerana tidak dapat mengesahkan faktor kedua pengguna sendiri.
  4. Isu keserasian. Tidak semua perkhidmatan dan tapak web dalam talian menawarkan fungsi untuk mendayakan 2FA, dengan itu mengehadkan keupayaan pengguna untuk melindungi semua akaun yang terlibat.
  5. Persediaan awal pengesahan. Proses menyediakan 2FA di beberapa akaun boleh memakan masa yang agak lama, terutamanya jika pengguna memiliki banyak rangkaian perkhidmatan dalam talian yang memerlukan lapisan keselamatan tambahan ini.
  6. Kebergantungan pada peranti. Banyak kaedah 2FA meletakkan pergantungan pada peranti tertentu, iaitu telefon pintar, yang kadangkala tidak boleh diakses dalam keadaan tertentu.

Pada dasarnya, kelebihan yang boleh dilihat dalam mengukuhkan keselamatan akaun mengatasi sebarang kesulitan yang disertakan menjadikan 2FA sebagai langkah keselamatan yang amat diperlukan untuk melindungi akaun dalam talian dan memelihara kerahsiaan data sensitif pengguna. Meskipun pelaksanaan 2FA mungkin mengakibatkan sedikit kesulitan, impak mendalamnya terhadap memperkukuh keselamatan dan melindungi daripada pelbagai ancaman siber tidak boleh diremehkan.

 

Rujukan: –

https://www.techtarget.com/searchsecurity/definition/two-step-verification
https://www.investopedia.com/terms/t/twofactor-authentication-2fa.asp
https://onsitehelper.com/risks-and-benefits-of-two-factor-authentication-and-two-step-verification/

Kredit imej: https://flaticon.com/

https://www.readersketch.com/2021/03/2-factor-authentication-2fa-what-are.html

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: keselamatan komputerkeselamatan siberpenggodamsekuriti
ShareTweetShare
Previous Post

Salah Konsep Dalam Menganalisis Litar Elektrik Asas

Next Post

Masa Depan Enjin Pembakaran Dalam Semakin Suram?

Editor

Editor

Related Posts

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)
Berita & Peristiwa

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

5 days ago
Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

4 weeks ago
Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya
Berita & Peristiwa

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

4 weeks ago
Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser
Berita & Peristiwa

Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser

4 weeks ago
Next Post
Masa Depan Enjin Pembakaran Dalam Semakin Suram?

Masa Depan Enjin Pembakaran Dalam Semakin Suram?

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penderiaan Jauh & Aplikasi Dalam Kehidupan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In