23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengkomposan Sisa Makanan Menggunakan Black Soldier Fly (BSF) dan Teknik Bokashi; Pilihan Alternatif Pengurusan Sisa Secara Lestari

Pengkomposan Sisa Makanan Menggunakan Black Soldier Fly (BSF) dan Teknik Bokashi; Pilihan Alternatif Pengurusan Sisa Secara Lestari

Editor by Editor
23/06/2023
in Berita & Peristiwa, Kimia, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Dr. Ahmad Razali Bin Ishak

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran
Fakulti Sains Kesihatan, UiTM

 

Malaysia menghasilkan sekurang-kurangnya  17 000 tan sisa makanan setiap hari. Ini merupakan 45% daripada keseluruhan sisa pepejal yag terhasil. Kebanyakan sisa makanan ini tidak dikitar semula sebaliknya dilupuskan ditapak-tapak pembuangan sampah sehingga boleh menyebabkan pelbagai isu alam sekitar termasuk pencemaran air, udara, bau dan jangkitan penyakit berjangkit.

Demi merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), pengurusan sisa makanan  yang lebih cekap dan mapan perlu dititikberatkan terutama sekali kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan menjadi penyambung generasi akan datang. Mengambil kira kepentingan ini, Pusat Pengajian Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Selangor telah bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan  Pihak Industri (Entomal Biotech Sdn Bhd dan TT Organic Sdn Bhd) bagi melaksanakan satu program pengurusan sisa makanan secara lestari kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor.  Program yang dijalankan pada 21 Jun 2023 ini melibatkan 60 orang pelajar dan 15 orang guru-guru. Terdapat 2 teknik pengurusan sisa lestari yang diperkenalkan iaitu pengkomposan sisa makanan menggunakan larva lalat tentera hitam atau Black Soldier Fly (BSF) dan pengkomposan menggunakan teknik Bokashi.

Program dimulakan dengan penerangan berkaitan pengkomposan sisa makanan menggunakan larva lalat BSF oleh pihak Entomal Biotech Sdn Bhd. Lalat BSF (Hermetia illucens) ialah spesies paling biasa ditemui dalam famili Stratiomyidae. Ia boleh ditemui di Eropah, Afrika tropika, Australasia, Amerika Tengah dan timur Asia termasuk Malaysia. BSF adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat BSF dewasa adalah di sekitar 5 hingga 7 hari sahaja. Penggunaan larva lalat BSF sebagai alternatif kepada pengurusan sisa makanan semakin mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Langkah ini bukan sahaja boleh mengelakkan pembaziran sumber sisa makanan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah dapat menjana ekonomi penduduk setempat melalui penghasilan makanan alternatif kepada haiwan ternakan. Larva Lalat BSF mengandungi kandungan protein yang tinggi sekitar 40 peratus selain 32 peratus lemak yang memang sesuai untuk dijadikan makanan haiwan ternakan terutama ayam dan ikan. Hasil komposnya pula boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Selain daripada itu, pengkomposan sisa makanan menggunakan lalat BSF dapat mengurangkan mikroorganisma berbahaya di dalam sisa organik seperti Escherichia, Salmonella atau koloni enterobakteria yang lain. Ketika program ini dijalankan, para pelajar serta guru-guru yang terlibat amat teruja apabila diberi peluang untuk menyentuh dan memegang  sendiri larva dan  lalat BSF dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Program Penghasilan Bebola Lumpur (mudball) oleh Siswa Sains Kesihatan UiTM dan Komuniti Alam Suria

Program diteruskan lagi dengan penerangan berkaitan pengkomposan sisa makanan menggunakan teknik Bokashi oleh TT organic Sdn Bhd. Bokashi merupakan satu kaedah pengkomposan yang popular berasal dari negara Jepun. Teknik ini melibatkan proses penguraian sisa makanan tanpa oksigen sehingga menghasilkan baja kompos yang mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Proses ini melibatkan penggunaan mikroorganisma penapaian yang dikumpulkan dan dikenali sebagai “bokashi bran” untuk membantu pengkomposan bahan organik. Bahan-bahan yang digunakan dalam teknik bokashi termasuk sisa makanan, sayur-sayuran yang hampir basi, kulit buah, sisa dapur seperti sisa kopi dan teh, serpihan kertas, dan bahan organik lain. Di dalam Program ini, para pelajar turut diberi pendedahan praktikal berkaitan langkah-langkah pengkomposan menggunakan teknik Bokashi. Keseronokan para pelajar dapat dilihat menerusi penglibatan aktif masing-masing dalam menyediakan taburan bokashi bran di setiap lapisan bahan organik yang disediakan. Campuran ini kemudiannya  diletakkan di dalam bekas tertutup bagi mengelakkan pengoksidaan dan memastikan persekitaran tanpa oksigen. Bahan ini dibiarkan selama 2 minggu sebelum boleh digunakan. Selain daripada mengelakkan pembaziran makanan, pengkomposan menggunakan teknik Bokashi dapat menghasilkan baja yang berkualiti dan mempunyai nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Ia juga boleh meningkatkan kesuburan tanah dengan meningkatkan kandungan bahan organik dan mikroorganisma yang bermanfaat. Terdapat 4 jenis mikroorganisma bermanfaat di dalam Bokashi iaitu terdiri daripada kumpulan Bakteria Fotosintetik, Bakteria Asid Laktik, Actinomycetes dan Yis.

Penerapan nilai murni dan pengurusan sisa lestari adalah penting dalam pembangunan kanak-kanak. Melalui pembentukan nilai-nilai murni dan kesedaran tentang alam sekitar, kanak-kanak akan menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, peduli, dan mempunyai komitmen terhadap kelestarian alam dan masa depan yang lestari. Oleh itu, sebagai masyarakat, kita perlu memberi perhatian dan usaha dalam memupuk nilai-nilai ini dalam kalangan kanak-kanak demi kebaikan bersama dan masa depan yang lebih baik.Bak kata pepatah “Kita tidak mewarisi dunia ini daripada nenek moyang, sebaliknya, kita meminjamnya daripada generasi akan datang”.

Biodata Penulis
Penulis, Dr. Ahmad Razali Ishak merupakan seorang Pensyarah Kanan yang berkhidmat di  Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan UiTM, Puncak Alam Selangor. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Wastewater Management/ Environmental Remediation.

 

Gambar-gambar Aktiviti

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

HARI LAUTAN SEDUNIA: Lautan Purba Pemula Segala

Next Post

Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) anjur iMTC dan ICTC di UPM

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) anjur iMTC dan ICTC di UPM

Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) anjur iMTC dan ICTC di UPM

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In