23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, May 27, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengurusan Emosi di Kalangan Pesakit Kanser

Pengurusan Emosi di Kalangan Pesakit Kanser

Editor by Editor
08/02/2022
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Aishah Mahat
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
UiTM Pasir Gudang

SEMPENA HARI KANSER SEDUNIA 2022

Umum mengetahui bahawa penyakit kanser memberi kesan jangka panjang terhadap keadaan kesihatan tubuh badan seseorang pesakit. Ia bergantung kepada jenis dan tahap penyakit serta rawatan yang perlu dihadapi oleh pesakit kanser sama ada perlu melalui kaedah kemoterapi, radioterapi serta pembedahan bergantung kepada situasi penyakit yang dialami.  Bermula dengan melakukan beberapa kali sesi rawatan sehingga kepada proses pemulihan, pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh pesakit kanser.  Berjuang melawan penyakit kanser dapat memberi kesan terutama kepada emosi dan mental kerana setiap perubahan yang berlaku dalam hidup boleh memberi tekanan hingga menyebabkan pesakit kanser mengalami stress, kebimbangan dan kemurungan. Selain pesakit perlu mendapat sokongan penuh daripada penjaga mahupun keluarga, terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh dilakukan oleh pesakit kanser bagi mengawal keadaan diri sendiri di samping menjaga kesihatan mental dan emosi.

Antara tips yang disyorkan adalah seperti berikut:

1. Menjalani aktiviti fizikal

Bergiat secara aktif dalam aktiviti fizikal seperti berenang, berjalan kaki, berbasikal dan berkebun. Aktiviti ini wajar dilakukan secara konsisten pada setiap hari dengan mengambil masa selama 30 minit. Dengan banyak melakukan aktiviti fizikal secara berkala, ia dapat meningkatkan sistem imun badan dan mengekalkan kesihatan mental.

2. Melakukan aktiviti di luar rumah

Meluangkan masa seketika di luar rumah dengan berjalan kaki di taman atau di persekitaran rumah. Ini boleh dilakukan pada waktu pagi bagi mendapatkan  pancaran cahaya matahari yang mencukupi, tiupan angin yang segar serta mendengar kicauan burung bagi mengurangkan keadaan tekanan yang dihadapi.

3. Aktiviti bersosial

Memperkukuh hubungan dan mencari masa yang sesuai bagi aktiviti sosial bersama keluarga dan rakan-rakan. Dalam keadaan pandemik ini, pesakit boleh mewujudkan komunikasi sosial bersama orang yang rapat seperti ahli keluarga dan rakan-rakan dengan menggunakan teknologi yang serba moden seperti melakukan panggilan video bersama ahli keluarga atau rakan anda untuk bertanya khabar dan sebagainya. Hubungan sosial ini dapat memainkan peranan dalam menjaga kesihatan mental dan emosi melalui cara berbual dan ketawa bagi meringankan tekanan yang sedia ada selain bercerita tentang masalah kepada ahli keluarga atau rakan melalui aplikasi dalam telefon pintar.

4. Pemakanan yang seimbang

Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah berdasarkan kepada pengambilan nutrien yang mencukupi seperti mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, mengelakkan pengambilan daging merah, mengambil makanan tinggi serat iaitu fiber seperti capati, nasi beras perang, bubur oat dan lain-lain serta minum air putih yang banyak bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

5. Rehat dan tidur yang mencukupi

Mendapat rehat serta tidur yang mencukupi pada setiap hari. Tidur merupakan satu keperluan bagi membantu mendapat tubuh badan yang sihat serta cergas sepanjang hari. Namun sekiranya mempunyai masalah tidur, perlu segera berjumpa doktor untuk mendapat bantuan dan nasihat yang bersesuaian.

6. Melakukan aktiviti yang digemari

Membaca buku yang digemari, menonton cerita di televisyen atau makan dan minum di restoran kegemaran. Dengan melakukan aktiviti kegemaran, ia dapat menghilangkan rasa tertekan serta menceriakan suasana. Ini dapat dilihat melalui penghayatan cerita di televisyen atau melalui pembacaan kisah yang menarik.

7. Mencari hobi yang baru

Melibatkan diri secara aktif dengan melakukan hobi yang baru dapat menghindarkan penyakit kebimbangan yang dialami setiap hari. Sebagai contoh melibatkan diri dengan aktiviti melukis memberi peluang kepada pesakit untuk menzahirkan pemikiran dan perasaan yang sedang mereka alami. Dengan ini secara tidak langsung dapat membantu mengembangkan aspek mental dan emosi.

 

Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/piramid-makanan-malaysia/

http://www.moh.gov.my

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hari Kanser Sedunia 2022kanserpengurusan emosi
ShareTweetShare
Previous Post

Tembok Sempadan antara Agama dan Sains

Next Post

Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21

Editor

Editor

Related Posts

Dari LED ke Nombor Rawak: Bagaimana Semikonduktor III-Nitrida Merevolusikan Fotonik Kuantum
Berita & Peristiwa

Dari LED ke Nombor Rawak: Bagaimana Semikonduktor III-Nitrida Merevolusikan Fotonik Kuantum

2 hours ago
Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau
Berita & Peristiwa

Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau

4 days ago
Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik
Alam Semulajadi

Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik

5 days ago
Lutut Sakit: Perlukah Berehat atau Terus Bergerak?
Berita & Peristiwa

Lutut Sakit: Perlukah Berehat atau Terus Bergerak?

6 days ago
Next Post
Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21

Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In