23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penjelasan Teknologi Di Sebalik Permainan Duck Hunt

Taza Aznam by Taza Aznam
12/06/2018
in Komputer & IT
0 0
0

Oleh: Admin Fiziklah!

Nintendo Entertainment System (NES) adalah konsol permainan video yang menjadi idaman kanak-kanak sewaktu tahun 90an di Malaysia dahulu sebelum hadirnya Sony PlayStation 1. Namun, kebiasaannya ramai mengenali permainan konsol ini sebagai “game tape”, sebab setiap permainan disimpan di dalam katrij yang berupa pita (tape).  Mesti ramai di kalangan pembaca semua yang ada atau pernah bermain dengan konsol ni kan? Antara permainan yang popular adalah Super Mario Bros, Excitebike, Road Fighter, Tetris, dan banyak lagi. Itu semua adalah di antara permainan yang sering dimainkan oleh penggemar konsol NES tersebut termasuklah permainan Duck Hunt.

Tapi kalau nak main permainan Duck Hunt tu, kita perlu ada satu alat yang dipanggil sebagai NES Zapper. Ianya adalah model plastik pistol yang digunakan dalam permainan Duck Hunt, admin agak mesti korang tak tahu nama dia NES Zapper kan dulu? Jangan risau, admin pun tak tahu juga. Ini lah dia rupa NES Zapper yang standard.

Kredit: Wikimedia

Kalau waktu main permainan Duck Hunt tu dulu mesti kita fikir kan macam mana pistol plastik ni boleh menembak itik yang terbang di dalam kaca tv tu kan? Kalau kita fikir balik, maju sungguh teknologi NES ni, sedangkan PlayStation pun tak ada teknologi macam tu. Baiklah, sebelum kita pergi lebih mendalam mengenai NES Zapper dan Duck Hunt ni, mari kita lihat sedikit sebanyak macam mana permainan Duck Hunt ni, takut ada yang dah lupa kan.

Jadi mudah sahaja kan permainan dia? Kita bidik itik yang sedang terbang dah tekan picu pistol tersebut, kalau bidikan tepat maka jatuh itik tu ke tanah, kalau tak kena, maka itik tu akan terus beterbangan dan akhirnya hilang dari pengelihatan. Selepas sudah satu tahap, pemain akan ke tahap seterusnya di mana itik-itik tersebut akan terbang degan lebih laju dan semakin susah untuk dibidik.

Kredit: Hackaday.wordpress.com

Tapi macam mana ye sebuah konsol yang dicipta pada tahun 80-an tahu sama ada betul atau tak bidikan kita di kaca televisyen? Percaya atau tidak, permainan konsol tersebut tak tahu pun anda tembak kawasan mana di kaca televisyen tu, tetapi yang tahu anda tembak di kawasan mana adalah pistol tersebut. Jom kita tengok apa yang terdapat di dalam pistol tersebut.

Sumber: Laserpointerforum.com

A (Kanta): Imej dari kaca televisyen akan difokuskan dan keluasan pengelihatan (field of view) pistol tersebut dikecilkan.

B (Photodetector): Cahaya dari kaca televisyen akan dikesan.

C (Pemprosesan): Cahaya yang diterima dari kaca televisyen akan diproses untuk mengetahui apa yang ditembak oleh pemain.

Melalui pembedahan NES Zapper ini kita dapat tahu yang pistol tersebut akan mengesan kawasan yang ditembak oleh si pemain, tetapi apa yang dikesan oleh NES Zapper ni sebenarnya? Cuba anda perhatikan video permainan Duck Hunt di atas tadi. Setiap kali tembakan dilepaskan, skrin akan berkelip. Kalau kita perlahankan kelipan skrin itu tadi, inilah sebenarnya yang terjadi.

Sumber: imgur

Skrin akan menjadi hitam untuk 1 frame dan kotak putih akan muncul untuk 1 frame kemudian mengikut kedudukan itik itu tadi. Kotak putih ini lah yang dicari oleh pistol tersebut. Jika bidikan tepat pada itik (kotak putih), A (kanta) akan mengfokuskan kotak putih tersebut untuk dikesan oleh B (photodetector) sebelum diproses oleh C dan maklumat akan dihantar ke konsol sama ada itik berjaya ditembak atau tidak. Pendek kata, pistol tu sebenarnya mencari cahaya berwarna puth di skrin televisyen. Bila pistol mengesan warna putih, maka itik berjaya ditembak.

Macam mana kalau ada 2 ekor itik pula (seperti video di atas)? Macam mana pistol tu nak tahu pemain menembak itik yang mana? Jika ada dua ekor itik di skrin, salah satu daripada dua kotak putih akan keluar lambat beberapa milisaat. Timing juga memainkan peranan penting di dalam mengesan kawasan yang ditembak oleh pemain. Ini kerana imej yang dihasilkan oleh televisyen sinar katod (CRT) adalah melalui pancaran elektron yang menghentam phosphors di sebalik skrin. Imej akan terhasil garis demi garis (line by line). Pemprosesan imej ini tak dapat dikesan oleh mata kita, sebaliknya boleh dikesan oleh kamera. Sebab tu kadang-kadang kalau kita rakam skrin komputer atau televisyen kita akan nampak macam ada garisan menurun ke bawah. Maka pistol tadi akan mengesan bila picu pistol ditekan dan bila kotak putih itu muncul.

Sumber: Giphy

Mudah kan flow cara NES Zapper dan permainan Duck Hunt berfungsi? NES Zapper ini mungkin tidak akan berfungsi dengan baik untuk televisyen selain CRT kerana televisyen moden memproses imej secara serentak, nanti mungkin admin akan tulis artikel mengenai CRT untuk fahami lebih lanjut bagaimana ia menghasilkan imej. Mengakhiri artikel ini, nah anjing yang paling dibenci oleh para pemain konsol NES.

Sumber: Giphy

 

Sekian,
Apa lagi, Fiziklah!

Kongsikan artikel ini!
Artikel ini dipetik dari laman Fiziklah! dengan izin penulis.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: CRTNESPermainan
ShareTweetShare
Previous Post

Dron dan Helikopter Tak Boleh Terbang dalam Keadaan Vakuum

Next Post

Perlumbaan 100 meter Di Antara Usain Bolt, Cheetah, dan Burung Falcon

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Kepentingan Platform Data Terbuka Dalam Sektor Pertanian Negara
Berita & Peristiwa

Kepentingan Platform Data Terbuka Dalam Sektor Pertanian Negara

2 years ago
Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif
Berita & Peristiwa

Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

2 years ago
Teknologi Gentian Optik
Berita & Peristiwa

Teknologi Gentian Optik

2 years ago
Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya
Berita & Peristiwa

Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

3 years ago
Next Post
Perlumbaan 100 meter Di Antara Usain Bolt, Cheetah, dan Burung Falcon

Perlumbaan 100 meter Di Antara Usain Bolt, Cheetah, dan Burung Falcon

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In