23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyakit Asma Boleh Di Rawat

Editor by Editor
04/05/2015
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Ramai menganggap penyakit asma atau lelah sebagai tidak serius dan kurang diambil peduli mengenainya. Penyakit asma adalah immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Asma juga adalah isu kesihatan awam serius yang menjejaskan lebih 70 juta penduduk di Asia dan kadar mereka yang menghidapnya meningkat sejajar dengan masa.

Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, senario di Malaysia menunjukkan lima peratus golongan dewasa menghidap lelah manakala kanak-kanak mencatat 10 peratus.

Golongan dewasa di Malaysia menghidap asma antara lima hingga enam peratus manakala 10 peratus kanak-kanak, namun angka itu semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, berkemungkinan disebabkan persekitaran dan makanan,” katanya ketika membentangkan hasil tinjauan REALISE (Recognise Ashtma and Link to Symptoms and Experience) Mengenali Lelah dan Kaitannya dengan Gejala dan Pengalaman Asia di ibu negara, baru-baru ini.

Tinjauan REALISE Asia itu ditaja Mundipharma dengan kerjasama pakar pernafasan di seluruh rantau ini. Tinjauan itu dijalankan ke atas 2,467 pesakit berusia antara 18 tahun hingga 50 tahun di lapan negara di Asia, dari Disember 2013 hingga Februari 2014, termasuk Malaysia membabitkan 151 responden.

Hasil tinjauan itu mengetengahkan pemahaman pesakit mengenai keadaan kesihatan mereka dan definisi mengenai apa itu asma terkawal tetapi diabaikan dalam pengurusan penyakit berkenaan.

Baca – Habbatus Sauda’ : Bijirin untuk Kesihatan

Ketika ini sembilan daripada 10 pesakit menganggap diri mereka mampu menangani penyakit, manakala hanya 28 peratus dapat dikawal dengan garis panduan klinikal. Pesakit sering mengaitkan kawalan asma kepada menguruskan serangan berbanding mencegahnya.

Menurut tinjauan, 93 peratus responden di Malaysia tidak menganggap penyakit lelah mereka serius dan 79 peratus percaya mereka boleh menguruskan lelah tanpa bantuan doktor.

Menurut Razak, sehingga kini punca sebenar penyakit asma masih tidak diketahui, namun hasil penyelidikan mengaitkannya dengan faktor genetik dan persekitaran seperti asap dan pencemaran udara.

Walaupun kematian asma di Malaysia tidak begitu tinggi, ia membimbangkan. Ini kerana ramai dalam kalangan pesakit yang meninggal dunia disebabkan mengabaikan rawatan atau tidak bertindak segera apabila mendapat serangan.

“Ia menyedihkan kerana penyakit ini boleh dikawal dan diuruskan dengan lebih baik,” katanya.

Menurutnya, peratusan dalam kalangan kanak-kanak lebih tinggi kerana diberi susu formula berbanding susu ibu tanpa mengetahui susu ibu mampu mencegah penyakit asma.

Jelasnya, sepanjang tahun lalu, 62 peratus daripada responden di Malaysia tidak dapat tidur pada waktu malam disebabkan gejala asma, manakala 40 peratus pula memerlukan rawatan di hospital.

“Insiden itu mengesahkan bebanan tinggi yang perlu ditanggung pesakit asma. Kira-kira 92 peratus masih mengalami pelbagai gejala membimbangkan, termasuk sukar bernafas, batuk serta sesak dada.

“Dua pertiga daripada mereka pula terpaksa mengambil cuti sekurang-kurangnya satu hari atau tidak hadir ke sekolah, manakala 20 peratus responden pula terpaksa mengambil cuti selama seminggu,” katanya.

Baca – Masalah Kesuburan tidak Mengenal Jantina

Mengulas tahap kesedaran masyarakat mengenai kawalan penyakit ini, beliau berkata, pengetahuan mengenai asma di Malaysia sangat rendah, terutama di kawasan luar bandar.

“Saya dapati orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan luar bandar, tidak menganggap penyakit mereka sesuatu yang perlu diberi perhatian, seterusnya tidak merawat penyakit dengan betul.

“Kami faham mereka tiada wang untuk membeli ubat yang mahal, namun mereka juga enggan pergi ke hospital atau klinik rawatan terdekat,” katanya.

Dr Abdul Razak menegaskan, lelah adalah penyakit sepanjang hayat dan tiada penawar untuk­nya. Yang penting, penghidap penyakit ini perlu melakukan kawalan ke atas penyakit mereka.

Mengulas mengenai rawatan pula, Razak menjelaskan, pesakit memerlukan dua jenis ubat iaitu ‘reliever’ dan ‘controller’ atau pelega dan pengawal iaitu Broncholidators dan Corticosteroids.

Jelasnya, Broncholidators berfungsi membuka salur pernafasan dan bertindak pantas dengan memberi kelegaan segera kepada pesakit akibat sukar bernafas, batuk, berdehit dan sesak dada, manakala Corticosteroids adalah sejenis steroid yang mencegah serangan lelah dalam jangka panjang.

“Perlu difaham di sini, aspek utama lelah adalah paru-paru dan penggunaan inhaler bertujuan merawat paru-paru, biasanya dos untuk pam sedutan adalah rendah dan digunakan setiap empat jam tiada masalah.

“Namun, jika steroid diambil secara oral dalam jangka panjang, memang ada kesan kerana ia terus ke perut dan bukan paru-paru,” katanya sambil menambah, ubat oral diberi kepada pesakit lelah kronik jika penggunaan inhaler tidak berkesan.

Turut hadir pada majlis pembentangan adalah Pengurus Negara Mundipharma Malaysia, Hans Kim.

INFO – Gejala asma

  • Batuk (pada waktu malam atau cuaca sejuk)
  • Susah bernafas
  • Nafas berbunyi
  • Dada berasa ketat dan tegang

Cegah serangan asma

  • Peka penyebab utama asma
  • Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
  • Jauhi perokok
  • Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
  • Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru

KATEGORI RAWATAN

  • Ubatan kawalan asma jangka panjang

Cara rawatan:

  • Pam sedutan Corticosteroid
  • Pengubah leukotriene (molekul pencegah keradangan)
  • Beta agonis (LABAs) yang bertindak untuk jangka panjang
  • Teofilin (ubat dalam terapi rawatan pernafasan)
  • Gabungan antara pam sedut yang mengandungi kedua-dua Cortisteroid dan LABA

Ubatan yang memberi kelegaan cepat (ubatan mengelak gejala bertambah buruk)

  • Beta agonis yang bertindak dalam jangka pendek seperti albuterol
  • Ipratropium (Atrovent)
  • Oral dan Cortisteroid menerusi intravena (untuk serangan lelah serius)

Ubatan untuk alahan disebabkan asma

Ia diambil secara kerap atau bila diperlukan untuk mengurangkan tahap sensitif tubuh terhadap sebatian penyebab alahan (alergen)

Cara rawatan:

  • Suntikan alahan (imunoterapi)
  • Omalizumab (Xolair)

Sumber – Harian Metro

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Apa itu asmaApa itu lelahApa itu semputCara cegah asmaCara elak asmaCara elak semputPencegahan asmaUbat asmaUbat lelahUbat semput
ShareTweetShare
Previous Post

Video: Berapa Saiz Matahari ?

Next Post

Fizik Di Sebalik Keretapi Laju 'Shinkansen' Jepun

Editor

Editor

Related Posts

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser
Berita & Peristiwa

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

2 months ago
Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik
Berita & Peristiwa

Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik

4 months ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

6 months ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

6 months ago
Next Post
Fizik Di Sebalik Keretapi Laju ‘Shinkansen’ Jepun

Fizik Di Sebalik Keretapi Laju 'Shinkansen' Jepun

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In