23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, December 3, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyakit Hati Berlemak: Epidemik Senyap di Malaysia

Penyakit Hati Berlemak: Epidemik Senyap di Malaysia

Editor by Editor
30/11/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Profesor Madya Dr. Nani binti Draman1  & Profesor Madya Dr Nazri Mustaffa2  

¹Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
²Pakar Gastroentrologi, Jabatan Perubatan Dalaman, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

 

Penyakit hati berlemak, yang juga dikenali dengan nama penuhnya “Penyakit hati berlemak berkaitan disfungsi metabolik (metabolic dysfunction-associated steatotic liver disease  MASLD)” adalah satu keadaan yang lemak berlebihan terkumpul di dalam hati. Secara amnya terdapat lima situasi yang boleh menyebabkan lemak berlebihan terkumpul di dalam hati: 1. MASLD (yang terdahulu dikenali sebagai “non-alcoholic fatty liver disease  NAFLD” atau “metabolic dysfunction-associated fatty liver disease  MAFLD” 2. Penyakit hati berlemak yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol secara berlebihan (“Alcohol-related steatotic liver disease”), 3. Penyakit hati berlemak yang disebabkan oleh isu metabolik serta pengambilan alkohol berlebihan pada masa yang sama (“mixed aetiology steatotic liver disease”), contohnya individu yang mempunyai penyakit metabolik dan juga mengambil minuman beralkohol secara signifikan, 4. Hati berlemak yang disebabkan oleh sesuatu keadaan (“Secondary steatotic liver disease”), contohnya pengambilan ubat-ubatan atau penyakit genetik dan, 5. Penyakit hati berlemak yang berkait dengan keadaan semasa mengandung (“Pregnancy-related fatty liver”).

Di Malaysia, urbanisasi dan pertumbuhan ekonomi pesat telah membawa kepada perubahan gaya hidup ketara yang meningkatkan risiko MASLD. Kenaikan kadar populasi yang mempunyai penyakit ini menjadikannya isu penting dalam landskap penjagaan kesihatan negara, dengan anggaran kelaziman 37% hingga 44%. Justeru terdapat kebimbangan, terutamanya dalam kalangan individu yang berisiko. Sebagai contoh, dianggarkan seramai 82.8% pesakit sindrom metabolik. 56.7% mereka yang mempunyai kolesterol dislipidemia dan diabetes (49.6%).


Penyebab Hati Berlemak

MASLD berlaku bila terdapat pengumpulan lemak dalam sel hati yang melebihi 5% dari keseluruhan hati. Individu yang mempunyai penyakit berkaitan metabolik, contohnya berat yang berlebihan, obesiti, diabetes mellitus jenis kedua, hipertensi serta lilitan pinggang yang besar lebih cenderung untuk mempunyai MASLD. Dari segi mekanisme fisiologi pula, perubahan metabolisme sel yang berkaitan dengan penyakit, lemak berlebihan pada badan, perubahan neuroendokrin, corak gaya hidup dan pengambilan makanan, aktiviti fizikal yang kurang, faktor-faktor genetik serta sosioekonomi antara penyumbang utama kepada ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga oleh sel-sel hati. Perubahan metabolik dan disfungsi tisu adipos putih membawa kepada rembesan protin adipokin yang menyebabkan keradangan serta perkembangan abnormaliti metabolik kronik. Hati sering terlibat dalam seseorang yang mempunyai obesiti kerana ia merupakan organ utama yang bertanggungjawab dalam metabolisme glukosa dan lipid.


Kesan Hati Berlemak

MASLD berpanjangan serta pengumpulan lemak yang makin bertambah dalam hati akan menyebabkan keradangan pada sel-sel hati (Metabolic-dysfunction Associated SteatoHepatitis = MASH). Namun, jika keradangan sel hati tidak terkawal ini boleh menyebabkan kematian sel-sel tersebut, lantas terjadinya parut yang menjadikan hati keras serta mengecut (fibrosis dan sirosis). Seiring dengan peningkatan bilangan pesakit MASLD, dijangka bahawa insiden komplikasinya seperti sirosis, penyakit hati kronik, kenser hati juga akan terus meningkat. Di negara barat, MASLD kini merupakan punca kedua paling utama bagi kes pemindahan hati selepas penyakit hati berkaitan alkohol. Namun, terdapat kemungkinan besar MASLD akan menjadi punca utama tidak lama lagi memandangkan pada masa ini bacaan gangguan fungsi hati paling kerap  disebabkan oleh penyakit ini yang dianggarkan menjejaskan sehingga 51% penduduk dewasa di seluruh dunia.


Tanda-tanda Penyakit

Ramai individu yang menghidap MASLD sebenarnya hidup dengan lemak di dalam hati tanpa mengalami sebarang gejala. Pada permulaan ini tidak menyebabkan masalah serius, namun seperti yang dinyatakan sebelum ini lemak yang terkumpul dalam hati boleh membawa kepada keradangan sel hati, dan seterusnya kerosakan hati yang berkekalan. Kematian sel dan pembentukan parut pada hati berlaku secara perlahan, senyap serta tidak disedari oleh pesakit. Namun, bagi mereka yang mula mempunyai kegagalan fungsi hati terdapat beberapa gejala yang mula muncul, contohnya rasa letih melampau, penurunan berat badan dan selera makan, mata dan kulit kekuningan serta kulit gatal. Dengan kegagalan hati yang lebih teruk gejala-gejala lain boleh terjadi seperti pesakit tidak sedarkan diri, perut membusung atau bengkak pada kaki. Perkara-perkara ini biasanya hanya akan muncul selepas bertahun-tahun pesakit tersebut mengidap MASLD.


Ujian Pengesahan

Penyakit MAFLD ini biasanya disyaki pada mereka yang mengalami penyakit metabolik dan mempunyai peningkatan fungsi enzim hati. Pesakit ini akan disiasat dengan lebih lanjut untuk memastikan tiada punca jelas lain yang boleh merosakkan hati. Contohnya, pesakit tersebut tidak mengambil alkohol secara berlebihan atau ubat yang boleh menjejaskan hati. Perkara lain yang perlu disemak juga adalah pendedahan kepada bahan toksik, jangkitan virus (terutamanya Hepatitis B atau C), atau penyakit hati genetik. MASLD boleh disahkan dengan pemeriksaan radiologi ke atas hati yang menunjukkan lebihan lemak yang terkumpul. Secara amnya, pemeriksaan ultrabunyi (ultrasound examination) boleh memberikan maklumat berkaitan hati. Pemeriksaan CT-scan dan MRI boleh juga memberikan maklumat yang lebih terperinci. Namun, terdapat juga pemeriksaan transient elastography yang boleh memberikan bacaan tahap kekerasan serta peratus lemak pada hati. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu terdapat keperluan untuk mengambil sampel tisu hati untuk menentukan sama ada pesakit mempunyai MASLD, MASH atau penyakit lain.


Rawatan  

Untuk masa ini tiada rawatan khusus untuk penyakit MASLD di Malaysia. Fokus utama adalah pengubahsuaian gaya hidup dan pelaksanaan langkah-langkah untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat serta meningkatkan aktiviti senaman.

Penurunan berat disyorkan supaya tidak berlaku secara mendadak dan tidak melebihi 1kg dalam tempoh seminggu. Jumlah tenaga sehari dari pemakanan hendaklah 500-1000 kcal kurang berbanding dengan keperluan tenaga seharian yang dikira berdasarkan jantina, umur dan berat badan. Kajian telah menunjukkan bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% atau lebih dalam tempoh setahun adalah terbaik dari segi pengurangan keradangan serta kandungan lemak hati.

Rawatan perubatan lebih tertumpu kepada menangani penyakit metabolik (contohnya diabetis, hipertensi, kolesterol, obesiti). Untuk pesakit MASLD yang juga menghidap diabetis misalnya, paras gula dalam darah seharian perlu dikawal secara optimum. Paras purata gula dalam darah yang disyorkan adalah HbA1c 6.5% atau kurang, namun faktor lain seperti umur dan tahap kesihatan juga perlu diambil kira kerana khuatir terdapat kemudaratan risiko hipoglysemia (kekurangan gula dalam darah). Terdapat banyak ubatan dan rawatan, pihak doktor akan memilih dan mengesyorkan yang terbaik berdasarkan maklumat kesihatan pesakit yang sedia ada.

Kerosakan hati boleh berlaku secara senyap disebabkan oleh penyakit metabolik yang tidak terkawal. Mengawal berat badan, tekanan darah, paras gula serta kolesterol dalam darah adalah penting untuk mengelak lemak terkumpul di hati yang akan menyebabkan keradangan, jika tidak dibendung kerosakan akan berkekalan yang membawa kepada kegagalan fungsi hati.

Gambarajah 1 peringkat kerosakan hati


Rujukan :

Achieve Mastery of Medical Concepts. Metabolic Dysfunction-associated Steatotic Liver Disease (MASLD). https://www.lecturio.com/concepts/nonalcoholic-fatty-liver-disease/

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: (metabolic dysfunction-associated steatotic liver diseasefibrosisJabatan Perubatan DalamanJabatan Perubatan KeluargaMASLDMetabolic-dysfunction Associated SteatoHepatitis = MASHNani binti DramanNazri MustaffaPakar GastroentrologiPakar Perubatan KeluargaPenyakit Hati Berlemakpenyakit hati kronikPusat Pengajian Sains PerubatansirosisUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Bijak Menilai Risiko Bahaya Bahan Kimia: Pencegahan kemalangan Melalui Keutamaan

Next Post

Peranan Jarak dalam Memahami Tingkah Laku Data

Editor

Editor

Related Posts

Peranan Jarak dalam Memahami Tingkah Laku Data
Berita & Peristiwa

Peranan Jarak dalam Memahami Tingkah Laku Data

2 days ago
Bijak Menilai Risiko Bahaya Bahan Kimia: Pencegahan kemalangan Melalui Keutamaan
Berita & Peristiwa

Bijak Menilai Risiko Bahaya Bahan Kimia: Pencegahan kemalangan Melalui Keutamaan

3 days ago
FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Berita & Peristiwa

FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

4 days ago
Kenali Asas Matematik dalam Kriptografi
Berita & Peristiwa

Kenali Asas Matematik dalam Kriptografi

5 days ago
Next Post
Peranan Jarak dalam Memahami Tingkah Laku Data

Peranan Jarak dalam Memahami Tingkah Laku Data

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In