23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyakit Polio – Lindungi Anak dengan Pengambilan Vaksin

Editor by Editor
28/10/2013
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0
Polio

Oleh: Datuk Dr Zulkifli Ismail
Pakar Pediatrik & Kardiologi Pediatrik

Polio adalah penyakit yang tidak boleh diubati. Pilihan yang ada bagi penghidap polio hanya rawatan meredakan gejala. Terapi haba dan fizikal digunakan untuk meransang otot, manakala ubat antispasmodik diberi untuk menenangkan otot.

Bagaimanapun, semua rawatan ini hanya boleh memperbaiki mobiliti; tiada rawatan sedia ada atau ubat yang boleh memulihkan kelumpuhan kekal.

Berita baik ialah polio boleh dicegah melalui imunisasi. Dos vaksin polio berganda diberi kepada anak anda pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos penggalak pada umur 18 bulan dan 7 tahun untuk melindungi mereka seumur hidup.

[Baca lagi – Bahaya Bayi Tersedak Susu]


Vaksin polio tak teraktif (IPV) yang menggantikan vaksin polio oral (OPV) pada 2009 adalah selamat dan lebih luwes kerana ia juga boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai gangguan sistem imun, penyakit autoimun dan pemindahan organ.

Walaupun tiada kes dilaporkan di Malaysia sejak 2000, kita harus sentiasa berjaga-jaga kerana ia membabitkan kesihatan dan kesjahteraan anak-anak kita. Dengan kemudahan perjalanan masa kini, kes yang diimport berpotensi menyebarkan polio. Pastikan anak kita diberi vaksinasi untuk melindungi daripada penyakit ini.

Mudah berjangkit


Polio juga dikenali sebagai poliomielitis boleh menyerang pada semua peringkat umur. Ia penyakit mudah berjangkit disebabkan sejenis virus yang boleh diklasifikasikan sebagai simomatik (menunjukkan gejala) atau asimptomatik (tanpa gejala).

Gejala polio dibahagikan kepada polio tidak lumpuh dan polio lumpuh. Jenis polio lumpuh menyasar neuron motor di saraf tunjang, seterusnya mengakibatkan masalah pernafasan dan lumpuh tangan dan kaki. Anggaran 5 hingga 10 peratus di kalangan mereka yang lumpuh akan meninggal dunia kerana otot pernafasan tidak boleh bergerak.


Perpindahan virus

Polio merebak melalui sentuhan manusia sesama manusia. Ia memasuki tubuh menerusi mulut dan membiak di dalam usus. Ia kemudian dikumuh keluar melalui najis dan boleh merebak dengan pantas dalam sesebuah komuniti, terutama dalam keadaan kebersihan dan sanitasi yang rendah.

Kanak-kanak yang belum dilatih menggunakan tandas boleh menyebarkan virus dengan mudah, tanpa mengira keadaan persekitaran mereka. Polio juga boleh merebak apabila makanan atau minuman tercemar oleh najis dan lalat yang menyebar virus daripada najis ke makanan secara pasif.

Kebanyakan orang yang dijangkiti dengan virus polio tidak menunjukkan tanda jangkitan dan tidak sedar sudah dijangkiti. Tanda awal dijangkiti polio ialah demam, lesu, sakit kepala, muntah, kejang leher dan anggota badan terasa sakit.

Mereka yang tidak menunjukkan boleh menyebarkan jangkitan secara senyap kepada beribu-ribu orang lain sebelum kes lumpuh polio pertama muncul

Sindrom pasca polio

Sindrom pasca polio atau post-polio lazimnya bermula 30 hingga 40 tahun selepas jangkitan polio pertama di kalangan mereka yang terselamat daripada penyakit ini ketika peringkat kanak-kanak.

Gejala sindrom ini termasuklah kelemahan otot progresif yang baharu, kelesuan teruk dan kesakitan otot dan sendi. Tidak jelas mengapa sindrom ini berlaku.

Sumber: Berita Harian
Foto:Healthpharma

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: cegah polioisu-isu vaksinkeberkesanan vaksinvaksin poliowabak polio
ShareTweetShare
Previous Post

Keselamatan Siber perlu diperketatkan

Next Post

Galaksi Paling Jauh ditemui

Editor

Editor

Related Posts

Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu
Berita & Peristiwa

Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu

4 days ago
Kesan Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Manusia: Dari Gen ke Ekosistem
Alam Semulajadi

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Manusia: Dari Gen ke Ekosistem

2 weeks ago
Rawatan Penyakit Osteoarthritis (Radang Sendi) pada Peringkat Awal: Mencegah Kerosakan Sendi Peringkat Awal
Berita & Peristiwa

Rawatan Penyakit Osteoarthritis (Radang Sendi) pada Peringkat Awal: Mencegah Kerosakan Sendi Peringkat Awal

2 weeks ago
Khasiat Quercetin daripada Pokok Sambung Nyawa Melawan Malaria
Berita & Peristiwa

Khasiat Quercetin daripada Pokok Sambung Nyawa Melawan Malaria

2 weeks ago
Next Post
Galaksi Paling Jauh ditemui

Galaksi Paling Jauh ditemui

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In