23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidik UKM Catat Sejarah terbitkan Hasil Kajian dalam Jurnal Terkemuka Dunia

Penyelidik UKM Catat Sejarah

Editor by Editor
27/08/2019
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Laporan: Mohd Faizal Aziz

BANGI
: Felo penyelidik Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Abdul Rahman Mohmad telah mencatat sejarah apabila menemui pemangkin 3 dimensi (3D) niobium disulfide (Nb1.35S2) baru yang mampu meningkatkan penghasilan hidrogen melalui proses elektrolisis.

Hasil kajian tersebut yang berjudul ‘Ultrahigh-Current-density niobium disulfide catalysts for hydrogen evolution’ berjaya diterbitkan di dalam jurnal NATURE MATERIAL yang berada di ranking teratas dunia dalam bidang Fizik Kimia dan Fizik Gunaan dengan faktor impak 38.9. Untuk rekod, Dr. Abdul Rahman merupakan pengarang utama dari Malaysia yang menyumbang terhadap kejayaan penyelidikan dan penerbitan makalah dalam jurnal terbabit.

Kejayaan tersebut diumumkan dalam satu sidang media khas hari ini oleh pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia dan pihak media. Sidang media turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia Profesor Dato’ Dr Mohd Fauzi Mohd Zain, dan penyelidik-penyelidik dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut Dr. Abdul Rahman ketika memberikan penerangan ringkas penemuan hasil kajian tersebut, beliau menjelaskan bahawa, seluruh dunia kini sedang tercari-cari bahan api hijau mesra alam yang lestari menggantikan bahan api berasaskan fosil.  Untuk itu bahan api hidrogen telah menarik minat saintis seluruh dunia sebagai alternatif kerana sifatnya yang lebih lestari yang tergolong dalam kategori tenaga keterbaharuan. Oleh yang demikian, kajian demi kajian dilakukan bagi mencari kaedah yang terbaik bagi menghasilkan hidrogen melalui proses elektrolisis air.

Proses elekrolisis (Sumber-www.energy.gov)

Menurut beliau lagi, jika kaedah sebelum ini menggunakan pemangkin platinum yang sangat mahal untuk proses elektrolisis air menghasilkan hidrogen, penelitian  terbaru menemukan sejenis katalis 3 dimensi (3D) baru yang dikenali sebagai niobium disulfide (Nb1.35S2) menggantikan platinum dengan kecekapan yang setara namun dengan kos yang jauh lebih murah.

Tambah beliau, selain kegunaannya sebagai bahan api kenderaan, hidrogen turut digunakan sebagai agen utama dalam pelbagai proses industri seperti industri penapisan, industri kimia, pemprosesan makanan, sektor elektronik dan sebagainya. Pada tahun 2017, saiz pasaran untuk penghasilan hidrogen berjumlah 115 bilion dolar Amerika, dan dijangkakan berkembang pesat sehingga 155 bilion dolar Amerika pada tahun 2020. Penyelidikan ini bakal memberi kesan lansung terhadap industri tenaga hijau Malaysia dan luar negara kerana hasil penyelidikan ini berpotensi mengurangkan kos penghasilan tenaga hijau.

Dalam sidang media yang sama, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor menyatakan bahawa kejayaan ini adalah sesuatu yang manis dan bersejarah kerana Universiti Kebangsaan Malaysia bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-50 pada tahun hadapan. Hasil kajian ini juga menurut beliau membuktikan bahawa penyelidik tempatan dan penyelidik UKM khususnya mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa melalui penerbitan jurnal-jurnal berimpak tinggi yang menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi.

Dr. Abdul Rahman telah ditaja secara bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Skim Sub-Kepakaran/Post Doktorial SLAB manakala kos penyelidikan dibiayai oleh Rutgers University, Amerika Syarikat.

Penerbitan di dalam jurnal terkemuka ini adalah hasil kerjasama penyelidikan antara Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN), Universiti kebangsaan Malaysia dengan beberapa universiti ternama di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Korea Selatan  termasuk Rutgers University, Princeton University, Cambridge University, Queen’s University, University of Montpellier, Shenzen University dan Ulsan University.

Gambar-gambar sekitar sidang media

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: felo penyelidikhidrogenIMENkatalissaintis malaysiasaintis mudaTeknologi Hijautenaga hijautenaga keterbaharuanUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Impak Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Ke Atas Teknologi Acuan

Next Post

Soalan Untuk Saintis: Dr. Mai Chun Wai

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Soalan Untuk Saintis: Dr. Mai Chun Wai

Soalan Untuk Saintis: Dr. Mai Chun Wai

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In