23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidik UKM – Pelihara Spesis Laut untuk Generasi akan datang

Editor by Editor
07/05/2014
in Berita & Peristiwa
0 0
0

tioman0

Oleh: Saiful Bahri Kamaruddin
Foto :Abd Ra'ai bin Osman

Tioman, Pahang  20 April 2014:- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mempelopori penyelidikan mengumpul baka haiwan laut bagi menubuhkan sebuah bank spesies untuk kegunaan generasi akan datang, termasuk aplikasi perubatan dan menghidupkan semula haiwan pupus.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin UKM (EKOMAR) Profesor Madya Dr Mohd Shahriman Ghazali berkata pengumpulan spesies dan DNA itu perlu dilakukan secepat mungkin kerana kadar kepupusan spesies semakin meningkat.

Beliau memberitahu Portal Berita UKM di atas kapal penyelidikan dekat sini hari ini bahawa ahli biologi molekul dan penyelidik lain di Malaysia perlu bertindak pantas kerana pencemaran air dan perubahan iklim boleh menjejaskan masa depan haiwan dan tumbuh-tumbuhan laut.

"Kebanyakan spesies laut Malaysia masih belum ditemui, dikenal pasti, atau diterangkan secara terperinci.” Beliau cemas banyak spesies itu yang akan pupus sebelum kewujudan mereka diketahui.

Tiada universiti awam atau swasta tempatan lain yang melakukan penyelidikan demikian dan Dr Shahriman mengalu-alukan kerjasama dengan institusi lain.

Beliau menjelaskan bahawa pada masa akan datang akan wujud teknik untuk menganalisis DNA daripada spesies, juga dikenali sebagai penjujukan gen, secara mudah supaya struktur genetik yang tepat setiap binatang laut akan diketahui.

"Mungkin teknologi akan menjadi sangat maju tetapi cukup mudah untuk sesiapa sahaja melakukannya, seperti menggunakan peranti telefon pintar hari ini dan alat-alat bimbit yang lain," kata Dr Shahriman.

Beliau berharap satu hari nanti, mungkin bukan dalam tempoh riwayat sekarang, bahan genetik yang dikumpulkan boleh digunakan untuk mengklon haiwan yang telah pupus.

"Teknologi ini telah sedia ada, tetapi ia adalah satu isu etika," katanya.

Dikenali sebagai "Nyah Kepupusan" teknik itu boleh digunakan sekarang untuk memulihkan spesies dengan mengekstrak serpihan DNA daripada spesimen yang diawetkan.

Dr Shahriman mengetuai EKOMAR, yang terletak di Mersing di timur Johor yang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan ekosistem marin dan sumber alam. EKOMAR telah ditubuhkan bukan sahaja untuk memanfaatkan kajian mengenai hidupan marin dan sumber laut tetapi juga untuk menggabungkan pengajian dalam bidang pengurusan, sains sosial, undang-undang laut dan kejuruteraan.

Beliau dan penyelidik laut lain telah menyelam di perairan sekitar Tioman dan berpangkalan pada bot digelar Black Pearl yang melayari beberapa tempat yang subur dengan fauna dan flora laut.

Lebih kurang 15 orang ahli sains UKM diketuai Dr Shahriman dengan disertai seorang penyelidik laut Amerika terkemuka, Prof Dan Distel, pengarah Pusat Legasi Genom Lautan (OGL) di Amerika Syarikat, sedang mengumpul sampel dari dasar laut berhampiran Tioman, di mana air adalah sedalam 25 meter. Mereka diberi izin khas oleh Jabatan Laut, yang bekerjasama rapat dengan UKM, untuk mengumpul sampel.

Usaha tersebut juga sedang dibimbing oleh Pemenang Anugerah Nobel dan tokoh Laureate Bermastautin UKM Dr Sir Richard Roberts yang mengadakan perbincangan dengan penyelidik di atas bot. Ia merupakan sebahagian daripada Program Pemikiran Anugerah Nobel UKM dan Ekspedisi Saintifik Tioman Seribuat.

Antara spesies yang mereka telah kumpul adalah invertebrata seperti Landak Laut, Gamat, Batu Karang, Batu Karang Bercabang, Karang Lembut, Bunga Karang dan pelbagai jenis ikan yang unik di perairan tropika Laut China Selatan.

"Gen-gen bunga karang boleh menghasilkan metabolit sekunder untuk menghalang sel-sel barah. Jika kita boleh klon urutan gen yang menghalang sel-sel kanser, maka kita mungkin boleh mensintesiskan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit kanser," katanya.

Bunga karang mempunyai potensi untuk dijadikan ubat-ubatan masa hadapan bagi merawat penyakit seperti barah, pelbagai penyakit virus, malaria dan radang.

Beliau menyamakan laut sebagai farmasi bahan biologi laut untuk menghasilkan ubat-ubatan baru.

Dr Shahriman menyifatkan samudera sebagai perbatasan terakhir manusia di atas bumi untuk dijelajahi. Masih banyak tentang lautan yang perlu dipelajari, katanya.

Satu aspek yang genting dalam bank genomik adalah bagaimana untuk mengekalkan spesies untuk tempoh yang sangat lama.

Beliau menerangkan bahawa teknik Cryogenics merupakan cara terbaik untuk memelihara DNA bagi tempoh yang panjang. Ia adalah kaedah menggunakan Nitrogen cecair pada suhu –178 darjah Celcius. Manakala DNA yang diekstrak daripada tisu untuk dipelihara dengan di simpan dalam peti sejuk biasa hanya boleh kekal untuk tempoh masa yang singkat.

Cryogenics adalah teknik yang terbaik memelihara DNA supaya pada satu hari kelak ia dapat digunakan untuk pengklonan haiwan yang pupus atau yang mungkin pupus.

Walau bagaimanapun, pemeliharaan menggunakan bahan kimia tradisional seperti Formalin dan alkohol tidak sesuai, kerana ia menjejaskan struktur DNA selepas hanya enam hingga tujuh tahun walaupun penampilan fizikal organisma seolah-olah tidak berubah.

Air yang jernih di sekitar pulau Tioman dan beberapa pulau kecil sekitarnya adalah tempat perlindungan bagi hidupan liar laut tetapi ia semakin menjadi tarikan pelancong yang ingin menyelam skuba dan menikmati keindahan alam sementara ia wujud.

Dr Shahriman dan beberapa penyelidik berkata, hanya beberapa tahun sebelum ini terdapat lebih banyak ikan dan invertebrata laut, tetapi bilangan itu semakin merosot.

Mereka menyatakan bahawa pantai kian berubah dan pembangunan di sepanjang bandar-bandar seperti Mersing dan Tanjung Gemuk mungkin menjejaskan hidupan laut.

Mereka juga perlu berhati-hati dan menyemak carta pasang surut. Semasa bulan purnama atau apabila tiada bulan kelihatan, keadaan air pasang surut berlaku dengan ketaranya, iaitu air pasang tinggi dan surut ke peringkat amat rendah. Jadi bot mungkin menghadapi kesulitan untuk keluar atau masuk jeti Mersing dan Tanjung Gemuk.

Sumber – UKM News Portal

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: EKOMARPenyelidikan Marin UKM
ShareTweetShare
Previous Post

Tenaga Biomass - Tenaga boleh diperbaharui

Next Post

Penyelidikan UKM: Daun Kadok-Harapan baru rawatan Osteoporosis

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

4 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Penyelidikan UKM: Daun Kadok-Harapan baru rawatan Osteoporosis

Penyelidikan UKM: Daun Kadok-Harapan baru rawatan Osteoporosis

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In