23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidik UM Cetak Model Otak Manusia guna Teknologi 3D

Editor by Editor
06/01/2014
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

3Dprinting_2_0

KUALA LUMPUR – Pasukan penyelidik Universiti Malaya (UM) antara perintis yang berjaya menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) untuk mencetak model otak yang realistik bagi membantu pakar bedah saraf berlatih teknik pembedahan.

Model otak itu memberi peluang kepada pakar bedah menjalani latihan secara ‘hands-on’ kerana model tersebut adalah simulasi keadaan patologi pesakit sebenar.

Pensyarah UM dan juga pakar bedah saraf Dr M. Vicknes Waran berkata Pusat Bioperubatan dan Integrasi Teknologi UM (CBMTI) bersama-sama para penyelidik mengambil masa lima tahun untuk menyelidik dan membangun prototaip 3D otak.

“Model yang mempunyai ciri-ciri anatomi tepat dengan entiti patologi akan meningkatkan pengalaman latihan pakar bedah saraf sebagai model alternatif kepada mayat dan pesakit sebenar,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

[Baca- Penyelidikan UKM Pelopori Penggunaan Percetakan 3D]

Dr Vicknes Waran berkata penggunaan mayat juga tidak dibenarkan di negara ini atas faktor sensitiviti agama, manakala pesakit sebenar pula sukar diperoleh kerana mereka lazimnya keberatan dijadikan bahan kajian, terutama membabitkan pembedahan besar.

Replika yang dihasilkan adalah berlapis-lapis dan bertekstur menyamai pelbagai struktur tisu, daripada kulit sehingga ke tulang serta otak dan tumor, yang disasarkan untuk kegunaan pakar bedah bagi latihan peringkat lanjutan.

Replika boleh diguna untuk melatih pakar bedah menjalankan pelbagai peringkat pembedahan daripada awal sehingga selesai prosedur menggunakan peralatan pembedahan sebenar.

Model otak 3D yang dipatenkan itu terdiri daripada dua bahagian iaitu satu bahagian meliputi seluruh kepala manakala satu lagi menunjukkan kedudukan tumor.

Bahagian kedua itu diperbuat daripada pelbagai material yang menyerupai kulit, tulang, dura mater, tumor dan tisu otak normal. Pada bahagian inilah pembedahan akan dijalankan.

Berbeza bahagian pertama yang boleh diguna banyak kali, bahagian kedua ini bersifat pakai buang.

Untuk bahagian pertama, kosnya sekitar US$3,000 (US$1 = RM3.2), manakala bahagian kedua pula kira-kira US$500 bagi setiap keping. Sehari sebanyak 16 keping boleh dihasilkan.

Setakat ini pasukan itu telah mengadakan tiga bengkel di ibu negara untuk mendedahkan produk berkenaan kepada sektor perubatan, dengan sebahagian kos dibiaya oleh UM dan juga Cradle Fund Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, selain menerima sokongan geran penyelidikan berimpak tinggi UM.

Pasukan itu berhasrat mengadakan antara enam dan 10 bengkel lagi tahun ini di Malaysia dan mereka juga diundang mengadakan bengkel serupa di United Kingdom, Thailand dan India.

Dr Vicknes Waran berkata usaha mendedahkan produk itu kepada dunia amat kecil berbanding negara lain termasuk Singapura yang membelanjakan jutaan dolar untuk membangunkan pencetakan menerusi 3D.

Sumber – Bernama
Foto – Thedrum.com

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: 3D printerpencetak 3Dteknologi pencetak 3D
ShareTweetShare
Previous Post

Siri Mengenal Ilmu (Fizik) - Bahagian III

Next Post

Penyelidikan SIRIM - Sensor Pengesan Denggi

Editor

Editor

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Penyelidikan SIRIM – Sensor Pengesan Denggi

Penyelidikan SIRIM - Sensor Pengesan Denggi

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In