23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidikan: Kulit Manggis hasilkan Sistem Mikrogel sebagai agen Penyebaran Boleh Kawal

Mudahnya baca jurnal

Editor by Editor
06/08/2018
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Oleh: Azwan Mat Lazim, PhD
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Manggis (Garcinia mangostana L), digelar sebagai ‘ratu’ bagi buah-buahan merupakan tumbuhan asli yang berasal dari Asia Tenggara. Ia banyak digunakan sebagai ubat tradisional dalam merawat luka jangkitan kulit, memperbaiki sakit otot dan tulang, masalah pemakanan, cirit birit dan turut digunakan sebagai ubat bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

Selain daripada pelbagai kebaikan yang dimiliki oleh manggis, kulit buah eksotik ini turut mempunyai khasiat tersendiri, iaitu sebatian bersifat aktif biologi yang dikenali sebagai α-mangostin. Bahan aktif kimia ini ditemukan oleh W. Schmid pada tahun 1855. Sejak itu pelbagai kajian telah dilakukan terhadap sebatian kimia eksklusif ini. Secara umum, ia bersifat antioksidan, anti bakteria, anti kulat, anti radang, anti kanser dan anti tuberkulosis. Selain daripada dijadikan salah satu bahan utama bagi penghasilan ubat terapeutik, ia juga digunakan sebagai ubat anti kerengsaan gigitan nyamuk. Kajian ini dilakukan oleh penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian ini diterbitkan di dalam Chemistry Central Journal.

Namun begitu, ekstrak daripada khasiat kulit manggis (α-mangostin ) ini mempunyai kelarutan yang rendah sama ada dalam larutan akueus mahupun keupayaan oral. Kelemahan ini telah menjadi faktor yang mengehadkan aplikasinya secara lebih meluas sebagai bahan aktif semulajadi dalam bidang bioperubatan. Walaupun ia amat berpotensi untuk digunakan sebagai salah satu agen merawat kanser namun keistimewaan bahan ini tidak dapat diaplikasikan dengan meluas. Oleh yang demikian, sebagai alternatif untuk mengatasi masalah ini maka penggunaan polimer responsif yang telah dimodifikasi bagi penyesuaian untuk penyebaran α-mangostin telah dibangunkan.

Dalam kajian ini, mikrogel sistem ionik (poli (N-isopropilakrilamida) PNIPAM dengan ko-monomer 2-vinilpiridina, (PNIPAM-co-2VP) telah digunakan sebagai medium pembawa dan penyampai α-mangostin. Sistem mikrogel yang unik ini mempunyai keupayaan tindak balas terhadap rangsangan luar seperti suhu, elektrolit, cahaya dan pH.

Apa yang menarik, kajian ini adalah merupakan percubaan kali pertama menggabungkan sistem mikrogel dengan sebatian bioaktif organik, iaitu α-mangostin. Bagi melihat keupayaan mikrogel sebagai pembawa, satu model telah dihasilkan dengan nilai pH yang berbeza.

Keputusan kajian telah mendapati interaksi antara mikrogel sebagai templat adalah amat baik terhadap kompaun bioaktif, α-mangostin. Selain itu, kompaun organik ini turut memberi respon terhadap perubahan pH di mana dalam keadaan berasid lampau (pH 2) ia kekal dalam bentuk kristal. Manakala dalam keadaan menghampiri nilai neutral kristal kompaun ini sudah mula beraglomerasi dan seterusnya membentuk partikel yang lebih besar.

Perubahan yang berlaku memberi satu modifikasi terhadap penghasilan partikel menggunakan mikrogel sebagai nanoreaktor/templat boleh kawal. Selain itu, penggunaan mikrogel juga memberi alternatif  kepada kaedah penyampaian ubat atau bahan bioaktif dalam sistem tubuh manusia di mana ia stabil, efektif dan responsif terhadap perubahan pH sekitaran.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa 2018

Next Post

Durian 'Raja' Potassium dan Risiko kepada Penghidap Sakit Buah Pinggang

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden

1 day ago
Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

1 day ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

2 days ago
Spesies Asing Invasif di Malaysia
Alam Semulajadi

Spesies Asing Invasif di Malaysia

2 days ago
Next Post
Durian ‘Raja’ Potassium dan Risiko kepada Penghidap Sakit Buah Pinggang

Durian 'Raja' Potassium dan Risiko kepada Penghidap Sakit Buah Pinggang

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In