23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 26, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidikan UKM-Vitamin E Sawit Memulihkan Kerosakan Tulang Tikus Akibat Alkohol

Mudahnya Baca Jurnal

Saiful Bahari by Saiful Bahari
08/08/2018
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Prof Dr Norazlina Mohamed

Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengarang Koresponden : Prof Dr Norazlina Binti Mohamed

Nota : [Berikut merupakan ringkasan jurnal oleh Syuhada Zakaria, Siti Zulaikha Mat Husain, Kong Ying Hwey, Kek Xin Kai, Abdullah Mohd Badawi , Nurul Amiza Abd Ghani, Muhamad Arizi Aziz, Norazlina Mohamed  berjudul ‘Vitamin E improved bone strength and bone minerals in male rats given alcohol’ yang diterbitkan dalam Iranian Journal of Basic Medical Sciences 20:1360-1367 pada tahun 2017.

Tabiat meminum alkohol mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dan boleh menyebabkan kerosakan kepada organ seperti hati dan gangguan ke atas sistem reproduktif. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa alkohol turut menjejaskan tulang yang seterusnya boleh menyebabkan osteoporosis. Individu yang meminum alkohol secara kronik berisiko untuk mempunyai jisim tulang yang rendah. Sekiranya berlaku kepatahan tulang, peminum alkohol mengambil masa yang lebih lama untuk pulih dari kepatahan tulang tersebut.

Kajian yang dilakukan ke atas tikus jantan di makmal Jabatan Farmakologi, Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati alkohol menyebabkan pengurangan kekuatan tulang tikus dan pengurangan kandungan mineral tulang seperti kalsium dan magnesium. Kalsium dan magnesium merupakan antara mineral yang sangat diperlukan oleh tulang untuk mengekalkan kekuatan tulang supaya dapat berfungsi sebagai sokongan tubuh badan.

Rajah 1 menunjukkan alat yang digunakan untuk menentukan kekuatan tulang manakala Rajah 2 menunjukkan tulang tibia tikus yang diletakkan pada alat tersebut. Untuk menentukan kekuatan tulang, beban dikenakan ke atas tulang dan nilai beban yang menyebabkan tulang patah direkodkan.

 

Rajah 1: ‘Instron Dynamic Microtester Machine’ untuk menguji kekuatan tulang

 

Rajah 2: Tulang tikus diletakkan di bahagian khas pada alat dan beban dikenakan ke atas tulang 

Kesan buruk alkohol ke atas tulang tikus jantan dapat dipulihkan apabila tikus tersebut diberikan suplementasi vitamin E sawit. Vitamin E sawit didapati berupaya meningkatkan kekuatan tulang dan kandungan mineral tulang kembali seperti normal. Vitamin E sawit, iaitu vitamin E yang diperolehi dari minyak sawit, mengandungi campuran dua jenis vitamin E iaitu tokotrienol (70-80%) dan tokoferol (20-30%). Kesan vitamin E ke atas tulang ini mungkin diperantarai oleh aktiviti antioksidannya.

Kajian lanjut diperlukan untuk menentukan potensi vitamin E sawit sebagai suplemen untuk memulihkan kerosakan tulang akibat alkohol.

Kredit foto – palmoilhealth.org

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Alam Quantum- Refleksi dari Filem Ant Man and the Wasp

Next Post

Komunikasi Alam Sekitar di Malaysia

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau
Berita & Peristiwa

Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau

4 days ago
Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik
Alam Semulajadi

Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik

5 days ago
Lutut Sakit: Perlukah Berehat atau Terus Bergerak?
Berita & Peristiwa

Lutut Sakit: Perlukah Berehat atau Terus Bergerak?

5 days ago
Membangun Intuisi Qubit Melalui Tabii Simetri
Berita & Peristiwa

Membangun Intuisi Qubit Melalui Tabii Simetri

6 days ago
Next Post
Komunikasi Alam Sekitar di Malaysia

Komunikasi Alam Sekitar di Malaysia

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In