23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyengat Parasitoid : Serangga Pembunuh Serangga

Info Diversiti Serangga

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/11/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Prof Madya Dr Salmah Yaakop
Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Penggunaan racun serangga secara berlebihan di sekitaran akan menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem dan kesihatan manusia. Meskipun perkara ini telah dibuktikan secara saintifik melalui beberapa siri kajian dan pembuktian, namun penggunaan racun serangga ini masih diteruskan bagi mengurangkan populasi spesies perosak khususnya di kawasan pertanian untuk memastikan pengeluaran produk dan hasil tanaman kekal tinggi dan berkualiti.

Adakah kita semua maklum tentang kewujudan serangga parasitoid di sekeliling kita?  dan apakah itu parasitoid? Serangga parasitoid merujuk kepada spesies serangga yang membunuh serangga lain semasa ia berada di peringkat juvenil atau belum matang. Ia amat berbeza dengan pemangsa kerana pemangsa merujuk kepada organisma lain dan tidak terhad kepada spesies serangga semata-mata. Disebabkan peranan parasitoid yang bermanfaat sebagai musuh semula jadi, ia berpotensi diaplikasi sebagai agen kawalan biologi bagi menggantikan dan mengurangkan penggunakan racun serangga di lapangan. Apa yang menariknya, pengaplikasian parasitoid sebagai agen kawalan biologi ini telah berjaya diguna pakai secara meluas di luar negara melalui beberapa program pembiakan besar-besaran iaitu penternakan secara pukal parasitoid.

Kebanyakan spesies parasitoid merujuk kepada spesies serangga daripada kumpulan penyengat di bawah order Hymenoptera. Lebih kurang 80% spesies penyengat di dunia adalah daripada  famili Ichneumonidae, Braconidae, dan Chalcidoidea (Hymenoptera). Manakala kumpulan kedua tertinggi parasitoid adalah merujuk kepada kumpulan lalat (Diptera). Penyengat parasitoid Hymenoptera ini tergolong di bawah beberapa famili utama antaranya famili Microgastrinae, Braconinae, Alysiinae, Opiinae dan banyak lagi yang bertindak memparasit telur, larva atau dewasa spesies rama-rama, kupu-kupu, kumbang, lalat, semut, belalang dan lain-lain.

Secara asasnya parasitoid ini dapat bertindak sebagai serangga yang membunuh serangga lain. Tetapi bagaimana cara dan mekanismanya? Spesies parasitoid ini akan membunuh serangga lain dengan cara mendapatkan dengan memakan nutrien perumah bagi meneruskan perkembangan hidupnya di dalam badan perumah sehingga akhirnya  membunuh perumah tersebut. Parasitoid terbahagi kepada dua kumpulan iaitu pertamanya adalah ektoparasitoid dan keduanya adalah endoparasitoid.

Pemparasitan parasitoid merujuk kepada lokasi peletakkan telurnya di badan perumah serta jangka masa perumah tersebut akan mati. Ektoparasitoid khususnya adalah parasitoid yang meletakkan atau menyuntik telurnya di luar atau di atas badan perumah yang seterusnya akan membunuh perumahnya dalam jangka masa yang singkat. Endoparasitoid pula adalah spesies parasitoid yang meletakkan telurnya dengan menyuntik telurnya ke dalam badan perumah sama ada pada peringkat telur, larva atau pupa perumah menggunakan ovipositor yang ada pada parasitoid betina. Telur yang disuntik akan menetas dan kemudiannya menjadi larva dalam badan perumah. Larva parasitoid akan mengambil nutrien daripada badan perumah yang akhirnya akan membunuh perumahnya secara perlahan dan dalam tempoh masa yang lama. Setelah selesai perkembangan parasitoid, ia akan keluar daripada badan perumah dan hidup bebas di sekitaran sebagai spesies dewasa.

Terdapat beberapa ciri utama spesies parasitoid bagi memastikan ia dapat menjalankan peranan sebagai parasitoid dengan baik, antaranya hanya spesies betina bertindak sebagai parasitoid. Ini kerana spesies betina hanya akan bertelur selepas berlakunya proses persenyawaan antara sperma jantan dengan telur atau ovum spesies betina. Proses menyuntik telur tersebut adalah dengan menggunakan ekornya atau dikenali sebagai ovipositor. Ovipositor yang merupakan organ reproduktif ini mempunyai kepanjangan yang berbeza mengikut spesies dan hanya terdapat pada spesies betina (Rajah 1).

 

Rajah 1 Ovipositor atau ekor pada spesies parasitoid (anak panah merah).

 

Selain itu, spesies parasitoid adalah bersifat spesifik atau mengkhusus. Sebagai contoh spesies Rama-rama Belakang Intan (Diamond Back Moth), Plutella xylostella iaitu perosak sayur kubis akan diparasit oleh penyengat parasitoid Cotesia plutellae dari famili Braconidae, manakala spesies ulat bungkus, Metisa plana perosak utama kelapa sawit akan diparasit oleh parasitoid dominannya iaitu penyengat Dolichogenideaa metesae juga dari famili Braconidae (Rajah 2).

 

Rajah 2 Perosak kepala sawit, Metisa plana (kiri) yang diparasit penyengat parasitoid, Dolichogenideaa metesae (kanan)

Antara ciri lain adalah parasitoid hidup dan terbang bebas di sekitaran semasa peringkat dewasa, manakala statik atau tidak bergerak pada peringkat belum matang iaitu pada peringkat larva dan pupanya. Ini kerana pada peringkat larva dan pupa, parasitoid mendiami dan hidup dalam badan perumahnya.  Ia juga bersaiz lebih kecil (<3mm) berbanding perumahnya yang membolehkan ia berkembang dalam badan perumah tersebut. Ini kerana spesies parasitoids akan bertelur dalam jumlah yang besar dan boleh mencapai sehingga 400 biji dan akan diletakkan di dalam perumah iaitu spesies serangga lain.

Antara contoh penyengat parasitoid yang paling dominan adalah dari subfamili Alysiinae dan Opiinae yang merupakan salah satu subfamilii utama dia bawah famili Braconidae (Rajah 3). Uniknya, spesies-spesies Alysiinae dan Opiinae ini merupakan parasitoid ke atas larva lalat siklorophus, iaitu struktur larva lalat yang berbentuk bulat.  Spesies ini mempunyai gigi atau alat mulut yang unik yang dikenali sebagai exodon atau yang bergigi serta mencapah keluar (Rajah 4), tetapi tidak terdapat pada subfamili-subfamili lain di bawah Braconidae. Struktur bergigi ini akan membantu Alysiinae ini untuk menyelinap keluar dari badan perumahnya.

 

Rajah 3 Dua spesies parasitoid dari subfamili Opiinae, Psyttalia sp. (kiri); Diachasmimorpha sp. (kanan)

 

Rajah 4 Struktur bergigi pada mandibal atau alat mulut parasitoid, subfamili Alysiinae yang bergigi dan mencapah ke luar dikenali sebagai exodon (kiri); mandibel normal (kanan).

 

Meskipun adalah sangat signifikan kehadiran parasitoid ini di ekosistem, malangnya kehadirannya sering tidak diketahui dan tidak dihiraukan oleh masyarakat kerana saiznya yang kecil dan hidup bersembunyi di dalam badan serangga perumahnya. Selain itu, ramai yang beranggapan, kesemua serangga adalah tidak bermanfaat, namun parasitoid ini terkecuali. Ini kerana tidak dinafikan keberkesanan dan kebolehan parasitoid untuk mengawal pelbagai spesies perosak.

Di Malaysia, beberapa kajian merujuk kepada interaksi parasitoid-perumahnya telah berjaya diterbitkan. Antaranya yang melibatkan spesies penyengat Pediobius sp. yang menjadi parasitoids ke atas Ulat Ratus, Spodoptera exigua di Malaysia. Selain itu juga, spesies penyengat Hetrobracon hebetor didapati menjadi parasitoid kepada beberapa spesies kumbang perosak beras, spesies Oryzaephilus surinamensis. Beberapa kajian utama yang telah dan sedang dijalankan penulis adalah merujuk kepada parasitoid ulat bungkus yang menyerang kelapa sawit yang rata-rata terdiri daripada spesies Hymenoptera daripada pelbagai famili, serta parasitoid ke atas buah-buahan seperti jambu batu, belimbing dan sebagainya yang terdiri daripada penyengat dari subfamili Opiinae.

Antara cadangan penyelidikan akan datang termasuklah yang melibatkan program pembiakkan parasitoid di makmal melalui kaedah penternakan pukal bagi tujuan komersial. Cadangan dan langkah ini sekaligus mampu mengurangkan aplikasi racun serangga di sekitaran dan akhirnya menuju ke arah penggunaan bebas racun. Perkara ini dapat direalisasikan hasil daripada beberapa penyelidikan yang melibatkan kajian ekologi, kelakuan, biologi dan molekul spesies parasitoid itu sendiri. Amat diharapkan, matlamat dan sasaran penggunaan tanpa racun perosak bagi membasmi pelbagai serangga perosak akan dapat direalisasikan pada masa akan datang di Malaysia dan dapat diaplikasikan secara meluas.

 

Rujukan

Aman-Zuki, A. & Yaakop, S. 2013. Bracon hebetor Say 1836 Hymenoptera Braconidae Braconinae A parasitoid of Stored Rice in Malaysia. Serangga. 18(1): 47-54.

Ghazali, S.Z., Md. Zain, B. M., & Yaakop, S. 2014. Determination of Pediobius sp. (Hymenoptera: Eulophidae), A New Species Record of Endoparasitoid Associate with Beet Armyworm, Spodoptera exigua (Lepidoptera: Noctuidea) from Malaysia using DNA Barcode Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science 37(2):285-291.

Halim, M., Aman-Zuki, A., Syed Ahmad, S.Z., (…), Md. Zain, B.M., Yaakop, S. 2018. Exploring the abundance and DNA barcode information of eight parasitoid wasp’s species (Hymenoptera), the natural enemies of the important pest of oil palm, bagworm, Metisa plana (Lepidoptera: Psychidae) toward the biocontrol approach and its application in Malaysia. Journal of Asia-Pacific Entomology. 21(4): 1359-1365.

Yaakop, S. & Aman-Zuki, A. 2012. Updating the Subfamily Alysiinae Blanchard (Hymenoptera: Braconidae) from Malaysia. Serangga. 17 (1): 43-53

Yaakop, S.  & Razali, R. 2019. Penyengat Baik Berkepentingan Ekonomi. UKM Publisher.

Yaakop, S., Shariff, S., Ibrahim, N.J. et al. Dual-target detection using simultaneous amplification of PCR in clarifying interaction between Opiinae species (Hymenoptera: Braconidae) associated with Bactrocera spp. (Diptera: Tephritidae) infesting several crops. Arthropod-Plant Interactions 9: 121–131 (2015). https://doi.org/10.1007/s11829-015-9355-2

Yu, D. S., Achterberg, C. V. & Horstmann, K. 2012. World Ichneumonoidea 2011. Taxonomy, Biology, Morphology and Distribution. Taxapad CD. Vancouver, Canada.

 

Biodata Penulis

 

Salmah Yaakop merupakan pensyarah kanan di Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakarannya adalah dalam Sistematik Serangga,  Kepelbagaian Seranga dan Taksonomi Braconidae (Hymenoptera). Beliau telah menerima Ijazah Doktor Falsafah dari State Universiti of Groningen, The Netherlands dalam bidang Biologi Evolusi, manakala, BSc. dan MSc. dari UKM (Zoologi-Entomologi). Beliau juga aktif menjalankan penyelidikan ke atas serangga perosak, pendebunga, pemangsa, pengurai dan parasitoid tanaman dagangan Malaysia dan banyak menerbitkan pernerbitan jurnal, buku dan bab dalam buku berkaitan bidang khususnya bagi tujuan pemuliharaan.

 

Kredit Foto : Prof Madya Dr Salmah Yaakop

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Info Diversiti SeranggaPenyengat ParasitoidProf Madya Dr Salmah YaakopPusat Sistematik SeranggaUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Mengenali Spesis Burung Tambun, Sang Serok dan Pikau

Next Post

Kepentingan Fluorida pada Gigi Kanak-kanak: Antara Kebenaran dan Mitos

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Kepentingan Fluorida pada Gigi Kanak-kanak: Antara Kebenaran dan Mitos

Kepentingan Fluorida pada Gigi Kanak-kanak: Antara Kebenaran dan Mitos

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In