23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 3, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu

PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu

Editor by Editor
16/06/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Long Seh Ling
Lang Tengah Turtle Watch
Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu


Artikel diterbitkan Bersempena Hari Penyu Sedunia

 

Empat spesies penyu boleh dijumpai di Malaysia, terutamanya di Negeri Terengganu. Keempat-empatnya, iaitu penyu belimbing (leatherback turtle), penyu agar (green turtle), penyu karah (hawksbill turtle) dan penyu lipas (olive ridley turtle), merupakan spesies terancam di bawah Kovensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES). Pada ketika ini, hanya penyu agar dan penyu karah masih lagi bertelur di pesisir pantai Terengganu. Pada tahun 2021, sebanyak 7,301 sarang penyu agar dan 8 sarang penyu karah telah dicatatkan di Terengganu.

Penyu bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam ekosistem seperti diterangkan dalam artikel “Bagaimana Sekiranya Dunia ini Tanpa Penyu”. Penyu juga merupakan sumber semula jadi yang mempunyai nilai dalam kehidupan masyarakat di pesisir pantai yang sudah lama berinteraksi dengan penyu. Sebagai contoh, di Pulau Redang dan Pulau Perhentian terdapat dua spesis penyu, iaitu penyu agar dan penyu karah (lebih dikenali sebagai penyu sisik) dan masyarakat di pulau-pulau ini mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyu, contohnya pengutipan dan penjualan telur penyu, pemuliharaan penyu serta pelancongan yang melibatkan penyu. Oleh itu, penyu mempunyai kepentingan ekonomi disebabkan oleh kebergantungan masyarakat pulau kepada penyu untuk pendapatan mereka.

Aktiviti pengutipan dan pemakanan telur penyu merupakan interaksi masyarakat dan penyu yang paling lama. Oleh itu, masyarakat pulau mempunyai kearifan ekologi tempatan (local ecological knowledge) yang lebih mendalam tentang kitaran hidup penyu semasa peringkat bersarang. Kearifan yang ada pada mereka ini diperoleh melalui pemerhatian mereka sewaktu berinteraksi dengan penyu dalam kehidupan harian mereka. Hasil dari pengamatan di lapangan, mereka telah memahami bahawa penyu bertelur adalah sensitif kepada cahaya terang tapi tidak beberapa peka kepada bunyi. Mereka mengetahui bahawa penyu yang sama akan bertelur beberapa kali dalam satu musim persarangan. Mereka menghitung hari (dikenali sebagai kira sirat) untuk mengetahui bila penyu yang akan pulang semula untuk bertelur. Pengutip telur juga mempunyai kemahiran untuk mencari telur penyu yang tinggi, hasil dari pengalaman mereka yang lama dalam aktiviti tersebut. Mereka menggunakan ‘celeng’ (batang keluli) untuk mencucuk sekitar kawasan sarang bagi menentukan lokasi sarang penyu. Bagi yang tidak mahir, ini adalah teknik yang sukar dan akan mengambil masa yang lama untuk menjumpai sarang penyu.

Renjer menggunakan batang keluli atau dipanggil ‘celeng’ untuk mencari sarang penyu. Kredit gambar: Perhentian Turtle Project.
Renjer mengutip telur penyu untuk dipindahkan ke pusat penetasan. Kredit gambar: Perhentian Turtle Project.

Kepentingan pengutipan dan pemakanan penyu juga terserlah dalam budaya mereka seperti bahasa, adat, ritual, mitos dan landskap. Contohnya, mereka mengetahui nama tempatan dua spesies penyu yang biasa dijumpai di pulau. Mereka juga mempunyai istilah-istilah bagi menerangkan bentuk dan saiz telur penyu yang berlainan, seperti telur kentut (tanpa kuning telur) dan telur bujur. Pantai-pantai pendaratan dan persarangan penyu yang tinggi dipanggil pula pasir telur oleh masyarakat tempatan. Batu penyu juga wujud di Pulau Redang dan Pulau Perhentian seperti di Rantau Abang yang terkenal sebagai pantai penyu belimbing bertelur. Pada zaman dulu, telur penyu juga dihidangkan di majlis Khatam Al-Quran, majlis berkhatan/bersurat dan upacara puja pantai.

Batu penyu di Pantai Tiga Ruang, Pulau Perhentian.

Bagi masyarakat Pulau Redang dan Pulau Perhentian terutama generasi tua, pemakanan telur penyu adalah tradisi mereka dan tidak terhad kepada waktu keraian. Telur penyu disajikan sebagai hidangan istimewa semasa perhimpunan sosial. Contohnya, masyarakat pulau akan membeli telur penyu apabila anak-anak, saudara-mara ataupun para sahabat datang melawat. Selain itu, telur penyu juga dipercayai mempunyai manfaat-manfaat kesihatan termasuklah memanaskan dan menguatkan badan, menaikkan paras Hemoglobin terutamanya bagi wanita hamil dan menguatkan tenaga batin. Pada masa sama, mereka juga sedar bahawa telur penyu mempunyai kolesterol yang tinggi. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol tidak digalakkan memakan telur penyu. Selain itu, wanita yang mengandung juga kadangkala mengidam untuk makan telur penyu.

Pada ketika ini, kadar pengutipan telur dan pemakanan mereka didapati telah berkurang setelah pemuliharaan penyu bermula pada akhir 1970an. Semenjak dari itu, pengutipan telur penyu daripada pasir telur yang telah diwartakan sebagai Santuari Penyu adalah dilarang sama sekali. Oleh itu, telur penyu sukar diperoleh dan harganya menjadi mahal. Selain itu, program pendidikan yang dijalankan di sekolah juga telah memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran tentang pemuliharaan penyu di kalangan generasi muda.

Pusat penetasan yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan di Pulau Perhentian. Sarang-sarang penyu yang dijumpai di sekeliling Pulau Perhentian ditanam di dalam pusat penetasan yang berpagar.

Pada hari ini, penyu bukan hanya bernilai kerana telurnya. Masyarakat pulau juga mengakui kepentingan penyu sebagai salah satu tarikan pelancongan di pulau-pulau peranginan. Pelancong-pelancong boleh melihat penyu semasa snorkeling atau menyelam. Namun, aktiviti pelancongan yang tidak lestari boleh membawa impak negatif kepada penyu. Peningkatan trafik bot pelancong boleh menyebabkan kematian penyu kerana terkena kipas bot. Memberi makan kepada penyu pula boleh mengubah diet semula jadi, tingkah laku dan kemandirian mereka. Malah, makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti ikan dan sotong boleh mengakibatkan obesiti. Selain itu, penyu yang diberi makan akan membiasakan dirinya dengan manusia dan bot dan seterusnya meningkatkan risiko mereka kepada pelanggaran bot atau ditangkap dengan mudah. Dalam usaha mereka untuk mendapatkan makanan, kadangkala mereka boleh mengigit manusia secara tidak sengaja. Oleh itu, walaupun pelancongan memberi pendapatan kepada masyarakat pulau, aktiviti-aktiviti ini perlu mematuhi kaedah dan peraturan supaya tidak menjejaskan penyu dan keselamatan pelancong. Seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985, tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu. Selain penguatkuasaan, kesedaran dan kerjasama daripada bot pengusaha dan pelancong amat diperlukan bagi memastikan aktiviti-aktiviti pelancongan yang melibatkan penyu mematuhi kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan.

Aktiviti snorkeling dengan penyu di kepulauan Terengganu. Penyu boleh dijumpai di perairan kepulauan Terengganu kerana makanan utamanya terdapat di kawasan terumbu karang, rumpai laut and rumput laut. Kredit gambar: Rahmat A. Wahab.

Perlu dinyatakan bahawa masyarakat pulau merupakan pihak berkepentingan dalam pengurusan dan pemuliharan sumber marin seperti penyu kerana kehidupan mereka bergantung kepada sumber marin tersebut. Mereka sebagai pengguna sumber marin juga berpotensi untuk memainkan peranan dalam pemuliharaan penyu  kerana didapati mempunyai pendapat terhadap pengurusan kawasan perlindungan marin walaupun tiada penglibatan rasmi dalam pengurusan kawasan perlindungan marin. Pada masa ini, hanya segelintir kecil masyarakat pulau yang bekerja sebagai renjer ataupun pegawai taman laut.  Antara saranan-saranan mereka adalah supaya usaha untuk mengurangkan tangkapan sampingan aktiviti perikanan dan pelanggaran bot yang merupakan ancaman utama penyu dipertingkatkan. Justeru, peningkatan perkongsian dan penyertaan masyarat pulau dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber penyu serta pelancongan mampan adalah amat wajar dan diperlukan demi mencapai objektif pemuliharaan spesis tersebut. Ia berkemungkinan dapat menandangani isu-isu dan konflik antara kelangsungan hidup mereka dan pemuliharaan demi menjamin kelestarian kelangsungan hidup masyarakat pulau dan populasi penyu di kawasan perlindungan marin.

 

Nota: Penulis merupakan Pegawai Utama di Lang Tengah Turtle Watch yang berperanan dalam melaksanakan projek pemuliharaan dan penyelidikan tentang penyu dan batu karang serta menjalankan program pendidikan untuk memupuk kesedaran marin. Penulis juga merupakan pelajar Doktor Falsafah di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu yang mejalankan kajian tentang interaksi masyarakat tempatan dengan penyu di Pulau Redang dan Pulau Perhentian dalam kehidupan mereka. Penulis boleh dihubungi melalui emel: lsehling@gmail.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: INOS UMTLiterasi Lautan Untuk SemuaPenyelidikan penyu
ShareTweetShare
Previous Post

Pasca Banjir Hulu Langat Disember 2021; Apa Nasib Kolam Air Panas di Sana?

Next Post

Kitar Semula Plastik; Kurangkan Sisa, Selamatkan dunia

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

5 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Kitar Semula Plastik; Kurangkan Sisa, Selamatkan dunia

Kitar Semula Plastik; Kurangkan Sisa, Selamatkan dunia

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In