23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

Editor by Editor
13/04/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0

Oleh:  Prof. Madya Dr.Faridah Mohamad,
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Pepatah melayu “Berkepit Macam Belangkas” sering digunakan suatu waktu dahulu, tetapi kini jarang sekali didengar. Kurangnya penggunaan perumpamaan tersebut dewasa ini membawa petanda yang merisaukan. Pertama, berkemungkinan masyarakat kini kurang arif tentang tingkah laku belangkas. Kedua, kemungkinan amat jarang kita lihat belangkas berkepit di gigi air pantai-pantai kita sekarang, atau ketiga, rakyat Malaysia mungkin ramai yang tidak kenal malah tidak pernah melihat belangkas lantaran populasinya yang sudah amat berkurangan berbanding 40-50 tahun yang lalu.

Belangkas ialah sejenis haiwan invertebrata dalam satu keluarga dengan kala jengking dan labah-labah, tetapi mereka tergolong sebagai haiwan akuatik yang hidup sepenuhnya dalam air, khususnya di sekitaran marin. Ia merupakan haiwan yang panjang umurnya, dan matang pada usia 6-7 tahun, tetapi ada laporan terkini mengatakan usia matang di perairan tropika mungkin lebih pendek iaitu 3-4 tahun. Ketika dewasa, belangkas menghabiskan waktunya di laut dalam jauh dari pantai. Malaysia mempunyai tiga daripada hanya empat spesies di dunia, iaitu Tachypleus tridentatus, T. gigas dan Carcinoscorpius rotundicauda. Untuk perbincangan seterusnya, kita akan menggunakan fakta-fakta untuk T. gigas yang ada di semenanjung di mana ianya ialah hasil kajian penulis sendiri.

Di Pantai Timur Semenanjug Malaysia, waktu membiak haiwan ini ialah sekitar bulan Mei – Oktober setiap tahun. Ketika ini, belangkas jantan akan melekap pada bahagian opistosoma betina (Gambar 1), dan pasangan ini mula berenang “berkepit” berdua menuju kawasan pasang surut di tepian pantai untuk bertelur. Aktiviti “berkepit” ini penting untuk mempastikan belangkas jantan berjaya melepaskan benihnya betul-betul di atas kumpulan telur yang dilepaskan oleh betina dalam sarang dengan kedalaman sekitar 9-12cm.

GAMBAR 1: Belangkas jantan yang lebih kecil mengepit belangkas betina berenang ke pantai untuk bertelur.

Aktiviti peneluran ini akan bermula ketika air mula pasang sehinggalah air surut semula, khususnya pada waktu air pasang tinggi iaitu ketika bulan penuh. Aktiviti peneluran ini berterusan ketika air pasang yang kadang-kadang berakhir selepas 3 jam, baik malam mahu pun siang hari. Kira-kira 50 tahun lepas, nelayan mengatakan bahawa mungkin beratus pasangan belangkas dilihat berkepit bertelur di gigi air di pantai, dengan jantan berpaut erat dan kemas terus berkepit dari awal sehinggalah mereka pulang semula ke laut sana. Begitulah fenomenanya bilamana sepasang belangkas dilihat oleh kita di pantai. Maka timbullah perumpamaan “Berkepit Macam Belangkas” untuk memperihalkan pasangan kekasih atau suami isteri, atau adik beradik, mahupun pasangan sahabat yang asyik berdua-duaan sangat-sangat erat.

Sepanjang berada di zon pasang-surut ini, pasangan belangkas berusaha keras untuk menggali satu demi satu lubang, bertelur dalam masa 4-10 minit di setiap lubang dengan melepaskan purata 200-400 telur dalam setiap lubang. Ketika air surut, telur-telur dalam lubang yang telah tertimbus tadi akan terdedah kepada cahaya dan panas matahari untuk pengeraman, dan menetas selepas 4-6 minggu (GAMBAR 2).

Enam sarang (lubang) mengandungi telur belangkas terdedah kepada matahari ketika air surut.
GAMBAR 3: Telur belangkas yang hampir menetas digali dari sarang.

Selepas menetas, anak-anak kecil belangkas ini bukanlah perenang yang bagus, malah lebih bersifat planktonik iaitu terampai dalam air, dan dihanyutkan air mengikut arus ke kawasan paya bakau berdekatan (GAMBAR 4A). Ketika inilah mereka terdedah kepada pelbagai bahaya, banyak yang akan menjadi makanan kepada pemangsa seperti ikan, malah banyak juga yang akhirnya tersadai di tempat yang kurang sesuai untuk meneruskan kehidupan. Dengan banyak kawasan paya bakau yang telah diterokai dan ditebus guna, serta sampah sarap yang tidak terbendung, usaha keras pasangan belangkas bertelur di pantai cuma sia-sia belaka kerana kurangnya habitat untuk nurseri anak-anak baru mereka. Kajian saintifik melaporkan bahawa belangkas juvenil akan tinggal tetap di “mud flat” atau kawasan paya bakau sehingga usia mereka mencecah 2 tahun sebelum mula meneroka lautan yang lebih dalam sehingga dewasa dan kembali semula bersama pasangan untuk meneruskan generasi mereka (GAMBAR 4B).

GAMBAR 4: (A) Anak belangkas yang baru menetas dan (B) belangkas juvenil dijumpai di kawasan paya bakau.

Populasi belangkas di Malaysia kini terancam kerana permintaan yang tinggi untuk ekspot, juga ditangkap untuk dijadikan hidangan eksotik dengan harga yang tinggi di pasaran. Bayangkan seekor betina yang dijadikan hidangan mungkin berusia 6 tahun atau lebih tua, serta beribu-ribu telur yang tidak sempat ditetaskan. Bayangkan berapa lama kita harus menunggu sehingga seekor yang hilang itu dapat digantikan kepada alam. Selain itu, tebusguna paya bakau yang tidak terkawal telah menggugat kelestarian anak-anak belangkas untuk terus membesar.

Setiap makhluk diciptakan dengan fungsi yang telah ditentukan. Maka menjadi tanggungjawab kitalah untuk berpada-pada dalam tindakan kita. Sebagai khalifah di dunia, kita pula diciptakan dengan amanah untuk berbuat kebaikan di muka bumi, ini termasuklah berbuat baik kepada alam termasuk belangkas di lautan. Semoga generasi akan datang masih faham apa maksudnya “Berkepit Macam Belangkas”, secara literal, dan saintifiknya.

* Nota: Penulis merupakan Profesor Madya Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) di Universiti Malaysia Terengganu, ahli Kumpulan Penyelidikan Belangkas UMT (HCRG) dan merupakan ahli pemandu (Steering Committee) IUCN SSC Horseshoe Crab Specialist Group dan terlibat aktif dengan penyelidikan ekologi dan biologi belangkas di Malaysia. Beliau merupakan penulis utama buku Horseshoe Crabs of Malaysia (juga terjemahan Bahasa Malaysia), serta penulis bersama buku kanak-kanak Jiji Sang Belangkas Purba dan Jojo the Ancient Horseshoe Crabs (berserta terjemahan Mandarin). Penulis  boleh dihubungi melalui email: mfaridah@umt.edu.my

#LiterasiLautanUntukSemua

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kajian belangkasliterasilautanuntuksemuaUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan

Next Post

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

3 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

7 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

7 days ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In