23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Peramalan Model Matematik COVID-19 Bantu Kerajaan Rangka Strategi Berkesan

Info Covid-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
14/07/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Matematik
0 0
0

Oleh : Dr. Shazlyn Milleana binti Shaharudin
Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Istilah Pandemik dan COVID-19 bukanlah satu nama yang asing sejak setahun yang lalu. Pandemik yang melanda di seluruh dunia ini masih tiada kesudahan dan menjadi igauan ngeri buat semua penduduk di dunia.  Wabak pada asalnya bermula di Wuhan, China telah tersebar dengan begitu pantas melalui manusia. Pelbagai langkah drastik telah dirangka di seluruh dunia bagi mengekang wabak ini daripada terus menular dengan lebih cepat dan seterusnya dapat mengurangkan angka korban yang direkodkan telah melebihi tiga juta orang di seluruh dunia. Angka jumlah kes harian positif COVID-19 semakin meningkat terutamanya di Malaysia. Anggaran jumlah kes positif wabak COVID-19 perlu diketahui dalam beberapa tempoh tertentu bagi merencanakan langkah-langkah yang produktif dan efektif dalam mengekang wabak ini. Ini dapat dilakukan melalui permodelan matematik yang membawa kepada jangkaan kes yang akan berlaku dalam satu tempoh masa tertentu. Pelbagai model peramalan matematik telah dibangunkan bagi kajian khas untuk kes COVID-19 seperti Model SIR, Ramalan Berulang-Analisis Spektrum Tunggal, Box-Jenkins Analisis Siri Masa dan Pembelajaran Mesin.

Antara model peramalan matematik yang dibangunkan di Malaysia bagi tujuan pengangaran jumlah kes positif harian COVID-19 di Malaysia adalah berdasarkan gabungan kaedah Mann-Kendall dan Ramalan Berulang- Analisis Spektrum Tunggal (RF-SSA). Model ramalan berdasarkan Analisis Spektrum Tunggal yang membezakan kebisingan dalam aliran siri masa diperkenalkan. Pembangunan model ini telah berjaya diterbitkan di jurnal berimpak tinggi iaitu di Sains Malaysiana dengan tajuk, “Ramalan Kecenderungan Wabak pada COVID-19 dengan Mann-Kendall dan Ramalan Berulang-Analisis Spektrum Tunggal”. Model RF-SSA dibangunkan untuk mengukur dan meramalkan kes COVID-19 harian di Malaysia dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 10 hari akan datang dengan menggunakan kes yang telah disahkan sebelumnya. Antara keistimewaan model ini adalah ia membuat peramalan berdasarkan penangkapan tren semasa melalui data kes harian positif COVID-19 di Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Model ini juga mudah diaplikasi dengan hanya menetapkan dua parameter penting iaitu panjang tingkap  dan bilangan eigentriples yang sesuai . Berdasarkan model siri masa yang lain, data perlu diuji terlebih dahulu sama ada sifat data yang digunakan adalah pegun atau tidak pegun sebelum ia diaplikasikan pada data tersebut. Walaubagaimana pun, model hibrid Mann-Kendall bersama RF-SSA boleh diaplikasi pada semua jenis data tidak kira sifat data tersebut adalah pegun dan tidak pegun. Dengan itu, model ini membolehkan pihak berwajib melihat dan memahami lebih mendalam tentang tren peningkatan atau penurunan wabak COVID-19 di Malaysia khususnya. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa fasa pemulihan pandemik COVID-19 di Malaysia menunjukkan tren penurunan dan terkawal setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara. Penerapan model ini sangat bermanfaat bagi pihak KKM khususnya di dalam merangka strategi melawan COVID-19.

Setelah Malaysia hampir berjaya mengekang wabak COVID-19 daripada terus berleluasa di negara ini, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan peningkatan mendadak kes harian positif COVID-19 yang berlaku di kalangan warga tempatan. Hasil daripada deskriptif statistik yang dilakukan oleh pihak KKM, hampir 50% kluster yang dikesan adalah daripada sektor industri perkilangan. Disebabkan hal ini, lokasi perindustrian yang tertumpu di negeri-negeri berkaitan telah menyumbang kepada peningkatan kes yang tinggi dan seterusnya menjadikan negeri tersebut berada di zon merah. Pelbagai usaha giat dijalankan daripada semua sektor tidak kira di pihak kerajaan mahupun swasta dalam membantu pemulihan sistem kesihatan Malaysia.

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib adalah seperti mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan menghadkan tempoh waktu operasi bagi semua jenis perniagaan. Langkah Kerajaan dalam menutup semua sektor ekonomi di negara ini dalam mengekang wabak COVID-19 adalah pilihan yang terakhir yang mana pada waktu dan ketika ini sektor ekonomi di Malaysia dalam proses fasa pemulihan. Walaubagaimanapun, Kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan sekali lagi PKP penuh yang dinamakan sebagai PKP 3.0 bermula pada 1 Jun 2021. Penutupan semua sektor ekonomi dilaksanakan seperti PKP 1.0 yang mana hanya sektor perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi seperti makanan dan minuman, kesihatan, keselamatan dan perbankan. Langkah ini terpaksa diambil dalam melandaikan lengkung kes jangkitan COVID-19 di negara ini yang sudah mencapai lebih 5000 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan peramalan model hybrid Mann-Kendall bersama RF-SSA, kes harian COVID-19 akan terus meningkat secara eksponen jika tiada sekatan perjalanan dilakukan. Untuk memastikan fasa PKP 3.0 ini dilaksankan dengan jaya, pihak KKM menyarankan semua rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing iaitu duduk dirumah jika tiada keperluan untuk berada di luar dan memaksimumkan tahap SOP bagi mereka yang terpaksa keluar bekerja dalam sektor perkhidmatan penting.

Beberapa langkah strategik perlu diberi perhatian dalam mengawal wabak COVID-19 daripada terus menular disamping memacu semula sektor ekonomi secara kukuh dan berdaya tahan. Antara langkah efektif yang boleh dilaksanakan adalah melalui program vaksinasi dikalangan warga Malaysia yang dilakukan secara optimal dan bersasar. Bagi memastikan program vaksinasi ini dijalankan dengan berkesan, Kerajaan perlu melihat kepada faktor peningkatan kes positif yang berlaku di negara ini. Oleh yang demikian, Kerajaan dapat merangka serta menyusun pengagihan vaksin kepada kumpulan dan kawasan yang berisiko tinggi.  Pemberian vaksin secara menyeluruh terhadap rakyat di sesebuah negara telah berjaya menunjukkan penurunan kes positif COVID-19 dengan berkesan. Sebagai contoh, United Kingdom adalah antara negara yang rakyatnya ramai telah menjalani program vaksinasi. Menurut statistik yang dikeluarkan, kadar jangkitan kes COVID-19 menurun sebanyak 70% selepas program vaksinasi dijalankan di negara tersebut. Selain itu, kadar kematian juga terus mencatatkan penurunan dengan drastik iaitu daripada empat digit ke dua digit dalam tempoh 24 jam. Selaras dengan kejayaan program vaksinasi yang dijalankan di negara itu, pelbagai sektor terutamanya sektor pelancongan sudah mula beroperasi. Oleh yang demikian, program vaksinasi COVID-19 perlu dilaksanakan secara meluas dengan kadar segera bagi membendung wabak ini daripada terus menular di Malaysia dan dalam masa yang sama kadar pengangguran di Malaysia dapat dikurangkan.

 

*Penulis 

Dr. Shazlyn Milleana binti Shaharudin merupakan pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan terlibat aktif dalam penyelidikan matematik khususnya kajian pemodelan matematik.

 

 

Krediti Foto : sainsmalaysiana

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Shazlyn Milleana binti ShaharudinFakulti Sains dan MatematikInfo COVID-19model matematikUniversiti Pendidikan Sultan Idris
ShareTweetShare
Previous Post

Batu Hempedu : Komplikasi & Rawatan

Next Post

Uluran Atau Angin Pasang Pada Kanak-Kanak

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Uluran Atau Angin Pasang Pada Kanak-Kanak

Uluran Atau Angin Pasang Pada Kanak-Kanak

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In