23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Peranan Vitamin D untuk Kesihatan Gusi

Peranan Vitamin D untuk Kesihatan Gusi

Editor by Editor
15/10/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Siti Nur Rasyidah Md Ramli

Pensyarah, Jabatan Sains Asas
Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia

Bilakah kali terakhir anda berjumpa doktor gigi anda? Apakah saranan doktor gigi anda bagi mengekalkan kesihatan gigi yang baik?

Ramai yang tidak suka berjumpa doktor gigi kerana takut kepada suntikan jarum bius sebelum gigi dicabut ataupun kerana bunyi peralatan yang digunakan di klinik gigi. Jangan risau, anda tidak keseorangan.

Kesihatan gigi adalah penting kerana kita pasti suka melihat senyuman dengan barisan gigi yang putih bersih seperti mutiara. Bagaimanapun, kita perlu sedikit pengetahuan mengenai kesihatan gigi dan faktor-faktor yang mempengaruhi kebersihan mulut.

Gigi sering dianggap sebagi objek yang hanya perlu diiberus dan dibersihkan tanpa penyelengaraan yang serius. Tetapi, tahukah anda? Gigi adalah sebahagan dari badan kita yang hidup dan berfungsi.

Selain gigi, gusi yang sihat juga memainkan peranan penting dalam kesihatan gigi dan mulut. Pernahkan anda memberus gigi dan mendapati gusi anda berdarah  tetapi tidak ada rasa sakit?

Keadaan gusi yang sering berdarah semasa memberus gigi adalah tanda pertama penyakit gusi atau penyakit periodontal. Penyakit periodontal ini adalah keadaan keradangan gusi yang boleh merosakkan tisu lembut dan tulang alveolar yang menyokong gigi.

Jika keadaan ini berterusan dan tidak dirawat akan menyebabkan kehilangan gigi. Faktor risiko penyakit gusi termasuklah kebersihan mulut yang kurang baik, genetik, merokok dan nutrisi yang tidak mencukupi antaranya kerana kekurangan vitamin D.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan mulut, khususnya dalam menguatkan gusi dan gigi. Bagaimana vitamin D dapat membantu kesihatan gigi dan gusi kita?

Apa itu Vitamin D

Vitamin D ialah salah satu dari enam kumpulan utama vitamin yang penting bagi tubuh badan kita. Vitamin D tergolong dalam kumpulan vitamin larut lemak.

Badan kita boleh mendapat vitamin D dengan dua cara, sama ada melalui makanan dengan pengambilan produk makanan atau pemakanan tambahan dan melalui sintesis endogen dalam kulit di bawah sinaran UV matahari.

Justeru itu, pendedahan kulit badan kita kepada cahaya matahari secara semula jadi sehingga 30 minit setiap hari boleh membantu badan mensintesis vitamin D.

Mari kita lihat bagaimana vitamin D ini penting bagi kesihatan gigi dan gusi kita. Vitamin D memainkan peranan utama dalam penyerapan kalsium dan metabolisma fosfat. Vitamin ini akan membantu pemeliharaan dan pembentukan tisu keras seperti tulang dan gigi.

Selain itu, vitamin D juga penting dalam mengawal tindak balas pertahanan badan dan mengurangkan keradangan. Vitamin D merangsang penghasilan peptida antimikrob seperti defensin yang berfungsi melawan patogen penyakit gusi.

Vitamin D adalah sangat kritikal dalam proses metabolisma kalsium dan fosfat, kedua-dua mineral ini memainkan peranan utama dalam pembentukan dan pemeliharaan dentin dan enamel gigi.

Selain itu, vitamin D juga memainkan peranan dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang alveolar, yang mana ia merupakan struktur sokongan utama untuk gigi.

Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan tulang alveolar menjadi lemah, yang seterusnya boleh mengakibatkan gigi menjadi goyang dan berpotensi untuk tanggal. Ini menunjukkan bahawa vitamin D secara langsung menyokong struktur gigi yang membolehkan gusi kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Bagaimana kita ingin mengenalpasti keadaan gusi kita?

Gusi yang sihat mempunyai ciri-ciri tertentu. Warna tisu gusi bergantung kepada pigmentasi kulit. Umumnya gusi yang sihat akan berwarna merah muda jambu,tidak bengkak atau berdarah. Bentuk gusi kelihatan seperti segitiga atau piramid dan mengikut garis lengkung gigi.

Tisu gusi yang sihat juga mempunyai tekstur yang pejal dan sedikit menggerutu seperti kulit buah oren.Gusi yang sihat tidak sensitif dan tidak menunjukkan tanda-tanda keradangan atau jangkitan.

Selain itu, gusi yang sihat mempengaruhi keseluruhan kesihatan mulut dan sistem badan. Gusi yang tidak sihat boleh menjadi tempat untuk bakteria yang menyebabkan jangkitan dan boleh mempengaruhi kesihatan jantung dan metabolisma keseluruhan.

Antara  tanda dan gejala menunjukkan kita mempunyai masalah gusi yang tidak sihat ialah gusi bengkak,gusi kemerahan akibat keradangan, gusi sakit apabila disentuh, gigi terasa goyang, gigi turun sehingga membuatkan gigi nampak lebih panjang dari normal, terdapat lubang atau poket di antara gigi dan gusi, gusi bernanah dan mulut berbau.

Kesihatan gusi yang baik bukan sahaja penting untuk kesejahteraan mulut tetapi juga untuk kesihatan badan secara keseluruhan, kerana jangkitan dan keradangan dalam mulut boleh berkait dengan keadaan kesihatan lain seperti penyakit jantung dan diabetes.

Perubahan gaya hidup dan diet dapat membantu kita mendapat gigi dan gusi yang sihat. Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan mulut yang baik dengan cara memberus gigi secara teratur, menggunakan flos, elak dari merokok, diet kurang gula dan sentiasa membuat pemeriksaan gigi berkala dengan doktor gigi dan juga dengan mengambil vitamin D yang mencukupi.

Bagi memastikan kita mendapat vitamin yang optimum, adalah disarankan mengambil makanan yang kaya vitamin D dalam satu atau dua hidangan setiap hari. Sumber makanan yang kaya vitamin D termasuklah, ikan berlemak seperti salmon dan tuna, cendawan, organ dalaman seperti hati, telur, mentega, yogurt dan keju. Pemakanan tambahan vitamin D juga boleh diamalkan tetapi mestilah di bawah nasihat doktor supaya tidak diambil secara berlebihan.

Justeru itu, diet yang seimbang, nutrisi dan kesihatan mulut harus ditekankan dalam kehidupan seharian kita untuk mengekalkan senyuman yang sihat dan fungsi mulut yang baik. Apa yang baik untuk gigi juga baik untuk keseluruhan tubuh kita. Seperti lirik lagu ini ”senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyumlah dari hati, duniamu berseri”.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Penghasilan Bahan Api dari Biojisim Lignoselulosa

Next Post

Dunia Keselamatan Siber Menuju Migrasi Kriptografi Pasca Kuantum

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Dunia Keselamatan Siber Menuju Migrasi Kriptografi Pasca Kuantum

Dunia Keselamatan Siber Menuju Migrasi Kriptografi Pasca Kuantum

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In