23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Periuk Elektrik Automatik Dan Adaptif Inovasi Pelajar di Karnival Kejuruteraan E3@UKM

Editor by Editor
12/06/2016
in Suara Saintis Muda
0 0
0

Oleh: Dr. Muhammad Faiz Bukhori

Akademi Sains Malaysia melaporkan dalam Science Outlook 2015 bahawa Malaysia memerlukan sebanyak 1 juta tenaga kerja mahir dalam bidang Sains dan Teknologi menjelang tahun 2020 bagi menjamin kemampanan ekonomi.

Maka, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES) di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil inisiatif menganjurkan hari terbuka yang bertujuan mempopularkan bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di kalangan masyarakat.

Hari terbuka yang bertemakan “Eksplorasi Elektrik dan Elektronik” (E3@UKM) ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 25 Mei 2016, bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Program yang julung kali dianjurkan ini telah menawarkan pelbagai pengisian menarik, antaranya demonstrasi radio amatur, permainan berasaskan kejuruteraan, lawatan ke makmal-makmal, dan taklimat kerjaya daripada Institute of Engineers Malaysia (IEM) dan Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE).

Agenda kemuncak program E3@UKM adalah pembentangan projek-projek tahun akhir oleh pelajar-pelajar di JKEES, yang diadili oleh barisan panel hakim jemputan terdiri daripada para pengamal industri dan ahli-ahli akademik.

Projek-projek yang telah dinobatkan sebagai pemenang pingat Emas adalah

1-Periuk Elektrik Automatik dan Adaptif oleh Ng Ai Lee
2-Antenna Patch untuk Aplikasi Satelit oleh Nor Farrah Hidayu Samsuddin
3-Sistem Optokopter untuk Pegawasan Aerial oleh Arif Hafifi Zulkifli.

Pihak IEEE juga telah menganugerahkan 9 lagi projek sebagai pemenang kategori sub-disiplin, antaranya kategori Peranti Elektron, Pemprosesan Isyarat, Kuasa dan Tenaga, Fotonik, dan Teknologi Komunikasi.

[Baca – International Conference on Solid State Science & Technology (ICSST 2015)]

Menurut Ng Ai Lee, prototaip Periuk Elektrik Automatik dan Adaptif yang dibangunkannya mampu menjamin konsistensi kualiti dan tekstur makanan yang dimasak. Kajiannya mendapati kebanyakan makanan terutama stik dan makanan laut hanya akan bertekstur ideal dan lazat apabila dimasak dalam julat suhu dan masa yang sangat sempit, yang juga turut bergantung pada jenis, kualiti, kuantiti bahan mentah.

Justeru proses memasak secara konvensional memerlukan kawalan suhu dan masa yang jitu, selain pengalaman tukang masak yang baik. Kebanyakan periuk automatik sedia ada di pasaran pula hanya menawarkan kawalan masa dan suhu yang tetap, hasilnya kualiti masakan menjadi tidak konsisten kerana kuantiti dan jenis bahan mentah berubah-ubah.

Dengan menggunakan litar pengawal mikro dan beberapa sensor, Periuk Elektrik Automatik dan Adaptif  rekaan Ng Ai Lee boleh mengawal suhu dan tempoh masakan dengan tepat, mengikut kehendak pengguna yang boleh diprogramkan menggunakan sebuah aplikasi telefon pintar. Pengguna juga tidak perlu mahir memasak atau menyelia proses masakan. Ini kerana Periuk Elektrik Automatik dan Adaptif boleh diakses melalui Bluetooth menggunakan telefon pintar, dan ia akan turut mengantar notifikasi SMS kepada pengguna setelah makanan siap dimasak, sesuai untuk pengguna yang kesibukan.

Para pemenang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh tetamu kehormat, Tuan Rosli Jusoh. Beliau adalah Pengarah NGO, Bangi Bandar Ilmu, yang telah dijemput merasmikan program E3@UKM. Turut hadir di majlis perasmian adalah Timbalan Naib Canselor UKM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah, dan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Rosli Jusoh menyatakan kekaguman pada projek-projek yang dibentangkan para pelajar, dan menggalakkan penganjuran program hari terbuka seperti E3@UKM agar ilmu dibudayakan di kalangan masyarakat Bangi.


index4

index1

index2

index3

Penulis adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Dua Pensyarah UPM terpilih ke The Lindau Nobel Laureate Meetings ke-66

Next Post

5 Saintis Muda Wakil Malaysia ke Lindau Nobel Laureate Meetings

Editor

Editor

Related Posts

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris
Berita & Peristiwa

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris

2 years ago
Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun
Berita & Peristiwa

Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun

2 years ago
Kredit Gambar: Medium
Suara Saintis Muda

Vesikel Luar Sel – Aplikasi dalam Kanser

3 years ago
Jangkitan Virus Korona pada Haiwan dan Manusia
Suara Saintis Muda

Jangkitan Virus Korona pada Haiwan dan Manusia

3 years ago
Next Post
5 Saintis Muda Wakil Malaysia ke Lindau Nobel Laureate Meetings

5 Saintis Muda Wakil Malaysia ke Lindau Nobel Laureate Meetings

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In