23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 25, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Perlindungan Kepada Pesakit Kanser Sewaktu Covid -19

Info Rawatan Kanser

Saiful Bahari by Saiful Bahari
10/07/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Aishah Mahat
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
UiTM Pasir Gudang

 

Pada 11 Mac 2020 yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dikenali sebagai World Health Organization (WHO) telah mewartakan COVID-19 sebagai pandemik yang mencetuskan keadaan begitu membimbangkan di seluruh dunia. Justeru itu, bagi pesakit kanser ia amat mudah sekali terdedah dengan wabak ini terutama kepada pesakit yang telah lanjut usia dan pada masa yang sama mempunyai beberapa penyakit kanser yang lain. Ia dapat memberi kesan terhadap imuniti badan pesakit tersebut, yang mana sekiranya imuniti badan rendah, mudah bagi pesakit kanser tersebut mendapat jangkitan kuman lain selain Covid -19. Oleh yang demikian, pesakit kanser perlu memiliki disiplin yang tinggi terutama bagi memastikan penjagaan amalan kebersihan diri disamping mengikuti arahan yang disyorkan doktor perubatan. Antara langkah- langkah yang boleh diikuti bagi pesakit kanser sewaktu keadaan Covid -19 ini adalah:

 

1. Sentiasa mengelakkan keadaan 3C iaitu (crowded places, confined spaces, closed conversation) dan mengamalkan konsep 3W iaitu (wash, wear, warn)

  • Crowded places (tempat sesak) iaitu melindungi diri ke tempat-tempat awam yang sesak
  • Confined spaces (tempat tertutup) seperti membuka tingkap di ruangan tertutup iaitu di rumah bagi memudahkan perjalanan pengaliran udara yang bersih
  • Closed conversation (bercakap dengan jarak dekat) iaitu sentiasa mengamalkan penjarakan sosial sekurang – kurangnya satu meter ketika bertemu rakan mahupun keluarga
  • Wash (cuci) iaitu sentiasa mencuci tangan dengan lebih kerap menggunakan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman
  • Wear (pakai) iaitu memakai penutup muka dan hidung bagi menghindarkan diri daripada mereka yang mempunyai simptom batuk atau selsema di tempat awam
  • Warn (amaran) iaitu dengan mengamalkan polisi tidak bersalaman

 

Menjadi keutamaan kepada penjaga untuk menasihati serta mengingatkan pesakit kanser agar sentiasa mematuhi langkah – langkah seperti di atas bagi menjaga tahap kesihatan diri pesakit. Walaubagaimanapun, aktiviti yang melibatkan pergerakan keluar rumah seperti membeli barangan harian di kedai boleh dilakukan dengan bantuan penjaga mahupun keluarga terdekat. Pesakit kanser dinasihatkan agar tidak keluar dari rumah dengan mengurangkan aktiviti sosial. Ini bagi mengelakkan sebarang risiko terhadap jangkitan sehingga menyebabkan pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital.

 

2.Mengamalkan penjagaan kebersihan diri dan pemakanan sihat

Pesakit kanser perlu sentiasa diingatkan agar dapat menjaga kebersihan diri dengan lebih kerap seperti mencuci tangan, tidak menyentuh muka serta tidak menggunakan tuala muka yang sama berulang kali. Selain itu, pemeriksaan terhadap suhu badan dilakukan di rumah. Sekiranya bergejala, maka perlu mendapatkan rawatan dengan segera di hospital. Pengambilan makanan yang sihat juga diyakini dapat membantu pesakit mengekalkan kesihatan badan agar berada pada tahap yang optima semasa situasi ini.

 

3.Menjalani rawatan susulan yang ditetapkan

Pesakit perlu menghadiri rawatan susulan mengikut temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Ini amat penting bagi memantau perkembangan keadaan kesihatan pesakit kanser. Walaubagaimanapun, pesakit tidak perlu bimbang untuk hadir ke hospital dengan ditemani seorang penjaga serta perlu membawa dokumen rawatan sebagai bukti. Sekiranya hadir ke hospital, pesakit perlu membawa bersama cecair pembasmi kuman, memakai penutup muka dan hidung serta mengamalkan penjarakan sosial.

 

4.Mengurangkan kegelisahan dan tekanan

Kegelisahan dan tekanan merupakan antara faktor yang dapat menganggu kesihatan pesakit kanser semasa situasi Covid -19. Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, penjaga perlu memainkan peranan dalam mengurangkan kegelisahan dan tekanan. Kaedah komunikasi secara berkesan dapat membantu memahami keperluan yang diingini oleh pesakit. Selain itu, melakukan aktiviti yang digemari oleh pesakit juga dikatakan dapat meredakan tekanan yang dihadapi seperti aktiviti senaman, melukis, berkebun, bermain alat muzik dan sebagainya.

 

5.Mendapat maklumat yang sahih dan tepat

Penjaga ataupun ahli keluarga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang betul daripada pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerajaan sebelum menyalurkan maklumat tersebut kepada pesakit. Ini bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang salah faham serta kerisauan sehingga menganggu keadaan kesihatan pesakit.

 

Rujukan

https://www.sinarharian.com.my/article/73477/KHAS/Koronavirus/WHO-isytihar-Covid-19-sebagai-pandemik

https://www.infosihat.gov.my/index.php

 

Kredit Foto : oncologynurseadvisor

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aishah MahatCovid-19Fakulti Sains Komputer dan MatematikInfo Rawatan KanserPesakit KanserUiTM Pasir Gudang
ShareTweetShare
Previous Post

Meniup Makanan Yang Panas Tidak Elok ?

Next Post

Teknologi Penyuntingan Gen CRISPR dan Teknik Terbaharu Pengesanan COVID-19

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar
Berita & Peristiwa

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

2 days ago
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

2 weeks ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

3 weeks ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Next Post
Teknologi Penyuntingan Gen CRISPR dan Teknik Terbaharu Pengesanan COVID-19

Teknologi Penyuntingan Gen CRISPR dan Teknik Terbaharu Pengesanan COVID-19

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In