23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, May 8, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?

Sains Menjelaskan

Editor by Editor
06/05/2022
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Nurul Najihah

Pernahkah anda mengalami mabuk darat atau mabuk ketika dalam perjalananan ? Perjalanan menjadi lebih mencabar kerana mabuk darat menyebabkan terjadinya gejala seperti pening, loya dan muntah. Namun begitu, tiada kajian yang jelas mengenai mengapa ada sesetengah orang yang boleh menggunakan telefon atau membaca ketika berada di dalam kenderaan bagi menghilangkan mabuk dan ada yang tidak mampu untuk membaca dan menggunakan telefon langsung.

Terdapat dua teori yang mungkin membantu menjelaskan perkara yang sedang berlaku.

(1) Teori Konflik Deria 

Teori ini menyatakan bahawa sistem utama bagi manusia dalam  mengawal mabuk perjalanan ialah sistem keseimbangan. Keseimbangan bukanlah melibatkan hanya satu organ deria. Sebaliknya, ia menggabungkan di mana kita berada, perkara yang kita lihat dan rasa dengan maklumat daripada organ imbangan di telinga bahagian dalam. Jika maklumat daripada mata, telinga dan deria sentuhan atau tekanan tidak seimbang, ia boleh membuatkan kita hilang keseimbangan dan kestabilan.

Selain itu, keadaan jalan seperti berlubang dan berliku-liku juga turut menjadi punca ketidakseimbangan dan seterusnya menyebabkan mabuk.

 

(2) Bergantung Kepada Postur Badan

Ketidakupayaan kita untuk menyesuaikan postur bagi mengurangkan ketidakseimbangan maklumat deria ini yang membuatkan kita berasa loya. Namun, teori ini tidak mendapat banyak sokongan.

Keadaan mabuk berlainan orang adalah berbeza. Selain dari teori yang dinyatakan, terdapat juga punca yang lain iaitu terdapat gangguan tertentu contohnya seperti migrain dan sakit telinga. Hal ini meningkatkan kemungkinan seseorang itu untuk mengalami mabuk. Umur dan jantina juga boleh menjadi punca mabuk di mana satu kajian telah dilakukan membuktikan ia lebih kerap berlaku kepada wanita dan kanak-kanak yang berusia sembilan hingga sepuluh tahun. Selain itu, jenis kenderaan turut menjadi punca mabuk darat. Oleh itu, ada sesetengah orang yang mengalami mabuk ketika menaiki kereta namun tidak mabuk apabila menaiki kenderaan yang lain.

 

Cara mengatasi 

Jika anda seorang yang mengalami mabuk perjalanan, perkara terbaik untuk dilakukan apabila anda berada di dalam kenderaan adalah

  1. Cuba mengurangkan ketidakseimbangan maklumat deria. Elakkan membaca di dalam kereta dan sebaliknya cuba melihat ke luar tingkap.
  2. Tidak mengambil makanan berat sebelum perjalanan.
  3. Pastikan kenderaan mempunyai  pengudaraan yang baik.
  4. Hentikan perjalanan buat sementara waktu apabila mengalami mabuk.
  5. Sekiranya perlu, makan ubat anti-mabuk untuk mengurangkan mabuk.

Sumber: https://www.sciencealert.com/car-and-trains-rides-make-some-people-feel-sick-this-might-explain-why#

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: mabuk perjalanansains
ShareTweetShare
Previous Post

Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya

Next Post

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

Editor

Editor

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

2 days ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

2 days ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

4 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

7 days ago
Next Post
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In