23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Persekitaran Universiti Tidak Suburkan R&D

Universiti Penyelidikan

Editor by Editor
05/12/2010
in Bicara Saintis
0 0
0
Oleh : Profesor Dato’ Dr Ibrahim Komoo
 
 
‘Sebahagian besar penyelidikan hanya berkesudahan dengan penghasilan kertas untuk jurnal’

KERAJAAN memperkenalkan program penyelidikan IRPA (Intensification of Research in the Priority Areas) mulai Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7), antara usaha mengatasi kepincangan industri pembuatan yang sangat kritikal. Kini selepas lebih 15 tahun program diperkenalkan, pencapaiannya sangat terbatas! Mengapa?

Antara kelemahan asas mendorong penyelidikan IRPA kurang berjaya ialah ketiadaan persekitaran penyelidikan yang sesuai untuk pembangunan produk berteknologi tinggi. Tidak seperti kebanyakan negara perindustrian yang hubungan antara industri dengan institusi penyelidikan sangat rapat serta saling menyokong, di Malaysia kebanyakan penyelidikan berkaliber berada di sekitaran universiti. Mereka penyelidik yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu dan mampu memberi tumpuan kepada penyelidikan bersifat fundamental serta menjangkau ufuk ilmu.

Namun, penyelidikan pembangunan memerlukan kemahiran dan sistem sokongan berbeza.
Apabila sebahagian besar dana penyelidikan IRPA disalur kepada universiti, penyelidik dan sistem sokongan penyelidikannya tidak bersedia memikul tanggungjawab baru ini. Akibatnya, hanya sebahagian kecil program penyelidikan berjaya membangunkan produk sehingga dikomersialkan.

Sebahagian besar penyelidikan di universiti berkesudahan dengan penghasilan kertas ilmiah untuk jurnal dan persidangan, hasilan bersifat gunaan, atau pendaftaran paten yang kurang berpotensi untuk membangunkan produk.

Kelemahan menghasilkan produk berteknologi tinggi bagi meneraju industri pembuatan berasaskan teknologi tempatan tidak bererti program itu gagal!  Sebaliknya, program IRPA kemudian dikembangkan menjadi program ScienceFund dan TeknoFund menjadi penggerak perubahan penting dalam ekosistem penyelidikan dan inovasi negara.
Ia mengubah persepsi masyarakat mengenai peranan ketiga universiti iaitu bukan saja pusat menimba dan membangun ilmu tetapi berpotensi menjana teknologi untuk pembangunan negara. Lebih penting, universiti mampu menghasilkan tenaga pakar yang lebih bersedia memimpin transformasi negara ke arah pembangunan ekonomi berteknologi tinggi.

Beberapa perubahan dasar dan strategi perlu diberi perhatian jika negara mahu melihat dana penyelidikan dan pembangunan teknologi berjaya menyokong sistem inovasi serta menghasilkan produk teknologi yang boleh dikomersialkan.

  • Pertama, dasar penyelidikan negara membabitkan penyelidik dan institusi penyelidikan di universiti perlu melalui transformasi berstrategi. Penyelidikan selaku teras ahli akademik membangun pengetahuan baru dan meneroka ufuk ilmu perlu dipisahkan dengan penyelidikan bersifat inovasi dan pembangunan teknologi.Kerajaan perlu menggalakkan pewujudan geran penyelidikan kebangsaan yang diurus badan bebas dan berwibawa. Permohonan boleh dilakukan individu atau kumpulan penyelidik dan dilulus berasaskan kualiti dan keaslian cadangan penyelidikan serta kewibawaan pasukan penyelidik. Pembangunan penyelidikan fundamental seumpama ini sangat penting untuk mengukuhkan keupayaan penyelidikan negara sambil membangun sumber manusia penyelidik dan ahli akademik berkaliber.Geran penyelidikan bersifat inovasi dan pembangunan teknologi perlu disalur dan diurus berasaskan dasar inovasi negara. Universiti mesti bersedia membangunkan beberapa institusi penyelidikan di luar sekitaran institusi dan diurus seperti badan perniagaan berautonomi jika berminat mendapatkan dana penyelidikan ini.

    Sekitaran dalaman universiti bukan saja tidak sesuai untuk menjalankan penyelidikan pembangunan dengan cekap, tetapi juga mempunyai banyak halangan struktur dan nilai teras yang tidak menggalakkan ekosistem berinovasi secara kondusif. Dalam keadaan berada di sekitaran luar universiti, mereka lebih bersedia bekerjasama dengan industri untuk membangunkan teknologi tempatan.

  • Kedua, kerajaan perlu mewujudkan pelbagai institut penyelidikan baru bersifat kebangsaan ditempatkan di bawah agensi berkaitan pembangunan perindustrian, universiti atau badan bebas berstrategi. Perhatian perlu diberi kepada strategi membangun dan mengekalkan sumber manusia pakar serta mengasah bakat untuk kelestarian sumber tenaga pakar.Pada masa sama, institusi penyelidikan perlu merancang strategik membangunkan pelbagai teknologi tinggi tempatan secara jangka panjang. Beginilah caranya Jepun bangkit dan maju selepas Perang Dunia Kedua dan Korea Selatan menjadi negara perindustrian disegani ketika ini.
  • Ketiga, syarikat swasta perlu membangun keupayaan dan meneroka potensi pembangunan teknologi watan dan mengurangkan kebergantungan perniagaan berasaskan teknologi luaran. Mereka perlu sedia mengagihkan dana keuntungan untuk mewujudkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berupaya meningkatkan keupayaan teknologi syarikat.Kerajaan hanya menyediakan sekitaran kondusif daripada perspektif dasar dan sokongan teknikal tetapi bukan menyalurkan dana R&D daripada wang rakyat.
  • Keempat, Malaysia negara kecil yang memiliki sumber penyelidik mahir yang terbatas dan sebahagian besar berada di sekitaran universiti. Strategi inovasi dan pembangunan teknologi negara perlu memberi perhatian kepada keterbatasan atau keunikan ini. Negara perlu menerima hakikat, universiti adalah pemacu inovasi dan institusi kebangsaan yang berupaya menjalankan penyelidikan untuk pembangunan teknologi.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu diberi mandat jelas sesuai dengan keupayaan sumber manusianya. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu menjalin hubungan erat dengan KPT dan universiti di bawah naungannya.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: saintis geologi malaysiasaintis muslimTokoh
ShareTweetShare
Previous Post

Bawa Pulang Segera Bijak Pandai Sains

Next Post

Sistem Persekitaran Pintar untuk Pesakit Kronik dan Mental

Editor

Editor

Related Posts

Menghadapi Perubahan Iklim
Alam Semulajadi

Menghadapi Perubahan Iklim

6 months ago
Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71
Berita & Peristiwa

Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71

7 months ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

9 months ago
Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis
Berita & Peristiwa

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

9 months ago
Next Post
Sistem Persekitaran Pintar untuk Pesakit Kronik dan Mental

Sistem Persekitaran Pintar untuk Pesakit Kronik dan Mental

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In