23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 3, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa 2018

Editor by Editor
03/08/2018
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Laporan oleh Syamil Ahmad Shakir yang merupakan salah seorang delegasi Malaysia dalam Olimpiad Fizik Antarabangsa 2018. Beliau kini bertugas di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Lisbon, ibukota Portugal menyaksikan berlangsungnya majlis penutup Olimpiad Fizik Antarabangsa (IPhO) pada 28 Julai 2018 yang lalu bertempat di Auditorium Calouste Gulbenkian . Acara tahunan berprestij ini menyaksikan penyertaan hampir 90 buah negara dan 400 peserta dari 5 buah benua. Peserta dari China, Yang-Tianhua dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan ini. Turut hadir bersama adalah Menteri Pendidikan Portugal, Tiago Brandão Rodrigues.

 

Olimpiad Fizik Antarabangsa merupakan sebuah pertandingan berprestij, bertujuan menguji para pelajar dengan soalan pemikiran aras tinggi serta penguasaan fizik yang mendalam dan menyeluruh. Bertitik-tolak seawal tahun 1967 dengan Poland sebagai penganjur dengan penglibatan sebanyak 5 buah negara, pertandingan ini semakin melebarkan sayapnya dengan jumlah penyertaan tahunan kini hampir mencecah 90 buah negara. Dalam pertandingan ini, para pelajar diuji dengan kedua-dua aspek fizik teori dan amali. Penganjur akan berperanan menyediakan soalan-soalan bermutu tinggi, seringkali rentas-topik dan turut jua rentas-bidang.  Soalan-soalan yang diutarakan adalah bersifat penyelidikan masakini seperti gelombang graviti dan zarah Higgs, tetapi disesuaikan untuk peringkat pelajar menengah. Ini sekaligus menjadikan soalan-soalan tersebut adalah soalan yang baru dan asli. Berbekalkan segala kefahaman dan penguasaan fizik yang ada, pelajar-pelajar akan cuba menyelesaikan dua permasalahan amali dalam tempoh 5 jam dan juga tiga permasalahan teori dalam tempoh 5 jam.

Menurut Undang-undang bertulis (Statut) IPhO, Artikel 1, Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa

“pengiktirafan terhadap kepentingan fizik dalam semua bidang sains dan teknologi dan terhadap pendidikan pelajar secara umumnya serta bertujuan merapatkan jurang hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan fizik peringkat menengah, satu pertandingan perseorangan tahunan telah diadakan untuk pelajar-pelajar peringkat menengah.”

Tahun 2018 merupakan penglibatan kali ke-17 Malaysia. lima orang pelajar yang terpilih mewakili pasukan Malaysia telah menjalani latihan rapi selama beberapa bulan di bawah bimbingan pensyarah-pensyarah Program Fizik Universiti Kebangsaan Malaysia serta guru-guru terlatih dan berpengalaman. Pelajar-pelajar ini merupakan bakat-bakat muda terbaik seluruh Malaysia yang telah melalui beberapa peringkat saringan sehingga akhirnya terpilih untuk mewakili negara. Saringan pertama melibatkan sekitar 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar pelajar dari beberapa institusi dari seluruh Malaysia. Saringan ini menguji para pelajar dengan beberapa topik asas fizik seperti Mekanik, Elektrik dan Magnet, Fizik Moden dan juga Kemahiran Amali. Seterusnya, 25 pelajar yang tersenarai pendek akan mengikut bengkel kedua selama 3 hari 2 malam bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam bengkel ini para pelajar akan didedahkan kepada beberapa sukatan fizik peringkat universiti. Berdasarkan kepada pencapaian dalam bengkel ini, lima orang pelajar  akan dipilih untuk membentuk pasukan Malaysia dan akan mengikuti beberapa siri bengkel seterusnya.

 

Sehingga tahun 2017, pasukan Malaysia telah berjaya mengutip satu pingat emas (2011), satu pingat perak (2008), tujuh pingat gangsa (2017, 2016, 2013, 2010, 2007, 2006, 2005) dan 26 Sanjungan Kehormat.  Tahun 2018 menyaksikan pasukan Malaysia memperoleh 3 pingat gangsa dan 1 sanjungan kehormat.

 

Penglibatan dalam Olimpiad Fizik Antarabangsa membolehkan para peserta daripada pelbagai negara berpeluang berinteraksi dan bergaul sesama sendiri, sekaligus membuka ruang untuk berkenalan lebih lanjut sama ada dari sudut personaliti mahupun kebudayaan. Peluang membina hubungan rentas-budaya serta bertemu dengan rakan sebaya berkongsi minat yang sama terhadap sains dan khususnya fizik merupakan peluang keemasan yang jarang diperoleh oleh pelajar-pelajar peringkat menengah. Para pelajar turut dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar kota berlangsungnya pertandingan ini.

 

Bagi ketua pasukan dan pemerhati pula, tugas memahami dan menterjemah soalan-soalan sehingga memakan masa semalaman merupakan suatu cabaran. Sebelum terjemahan dilakukan, ketua pasukan setiap negara akan berbahas berkenaan dengan sukatan dan skop soalan, kesahihan fizik yang mendasari soalan serta turut jua mencakupi aspek kecermatan soalan-soalan itu sendiri. Selain daripada itu, ketua pasukan dan pemerhati juga berperanan menyemak dan menanda kertas jawapan pelajar bagi tujuan moderasi, iaitu satu proses yang memerlukan kepakaran fizik dan kemampuan diplomatik bersama-sama dengan penyemak dan penanda kertas yang dilantik oleh penganjur. . Proses ini turut memakan masa yang lama kerana setiap jalan kerja dan jawapan pelajar perlu difahami terlebih dahulu oleh ketua pasukan dan pemerhati, serta pemarkahan yang selayaknya harus dibincang bersama sebelum segala keputusan dimuktamadkan.

 

Sebilangan bekas peserta program ini telah diterima masuk ke universiti terkemuka luar negara seperti MIT, Princeton University, Peking University, Imperial College London, National University of Singapore, dan juga universiti tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia sebagai siswazah dan kakitangan akademik.

 

Justeru itu, penyertaan dan kesungguhan pelajar dan pengajar dalam setiap peringkat pendidikan amat dituntut untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membanggakan setiap kali berlangsungnya pertandingan ini. Wajar untuk kita sama-sama terus memberikan dokongan agar Malaysia akan menjadi salah sebuah negara yang semakin disegani. Ini tidak sama sekali bermaksud meraih pingat merupakan segala-segalanya, tetapi lebih berupa kepada satu bentuk pedagogi dan pendidikan bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat yang tidak syak lagi merupakan aset negara. Mereka inilah yang bakal mewarnai pentas penyelidikan terkehadapan dalam tempoh 20 tahun yang mendatang.

Delegasi Malaysia terdiri daripada;

1. Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil – Program Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi,  UKM (Ketua Jurulatih)
2. Wee Choi Chiang – SMK Tinggi Melaka, Melaka (Jurulatih)
3. Prof Dato’ Dr. Roslan Abdul Shukor – Program Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi,  UKM (Jurulatih)
4. Chin Mai Ying – SMK Haji Zainul Abidin, Pulau Pinang (Jurulatih)
5. Syamil Ahmad Shakir –  Kolej Permata Insan, USIM (Jurulatih)
6. Dr. Nor Azah Nik Jaafar – Pusat Permata Pintar Negara, UKM (Jurulatih)

Peserta
1. Sean Ghee Zing – SMK Tinggi Melaka, Melaka (Pingat Gangsa)
2. Chong Khye Xuin – SMJK Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang (Pingat Gangsa)
3. Teo Hau Tian –  Chung Hwa High School, Johor (Pingat Gangsa)
4. Oh Jian Hui – SMK Sam Tet Ipoh, Perak (Sanjungan Kehormat)
5. Muhammad Redza Zainudin – Pusat Permata Pintar Negara, UKM

 

Gambar-gambar dari kamera penulis.

Gambar 1: Acara perasmian pembukaan Olimpiad Fizik Antarabangsa 2018 di Aula Magna, Universidade de Lisboa.
Gambar 2: Ketua pasukan, Cikgu Wee sewaktu lawatan ke Sintra
Gambar 3: Sesi Perbincangan dan Penterjemahan Kertas Soalan
Gambar 4: Sesi Penyemakan dan Penandaan Kertas Jawapan
Gambar 5: Pasukan Malaysia bersama-sama Pegawai Liaison, Cik Catarina dari Portugal.
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

UiTM EcoPhoton ingin Wakili Malaysia ke Pertandingan Bertaraf Dunia Tahun Hadapan

Next Post

Penyelidikan: Kulit Manggis hasilkan Sistem Mikrogel sebagai agen Penyebaran Boleh Kawal

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

5 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Penyelidikan: Kulit Manggis hasilkan Sistem Mikrogel sebagai agen Penyebaran Boleh Kawal

Penyelidikan: Kulit Manggis hasilkan Sistem Mikrogel sebagai agen Penyebaran Boleh Kawal

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In