Terjemahan artikel asal oleh
Amirah Binti Mohamad Nor dan Dr. Ismayadi Ismail
Institut Teknologi Maju Universiti Putra Malaysia
Pesakit Kedua Sembuh H.I.V., Peristiwa Penting Dalam Epidemik AIDS Global
Saintis sudah lama cuba meniru semula prosedur yang membawa kepada pengurangan wabak AIDS 12 tahun lalu. Dengan pesakit yang digelar ‘pesakit London’, nampaknya mereka sudah berjaya.
Buat kali kedua semenjak bermulanya wabak global tersebut, seorang pesakit nampaknya telah disembuh dari jangkitan H.I.V., yakni virus pembawa AIDS
Berita tersebut diumumkan setelah hampir 12 tahun ketika julung kalinya terdapat seorang pesakit yang sembuh, kejayaan yang dicapai melalui sebuah prosedur yang gagal diduplikasi oleh para saintis. Kejayaan yang tidak dijangka tersebut mengesahkan kewujudan rawatan berkesan bagi jangkitan H.I.V., sekalipun rumit, ujar para penyelidik.
Penyiasat-penyiasat berhasrat untuk menyiarkan laporan mereka pada hari Selasa di dalam jurnal Nature dan diikuti juga pembentangan beberapa butiran pada Conference on Retroviruses and Opportunistic Infections di Seattle
Umumnya, para saintis menyifatkan kes tersebut sebagai pengurangan jangka panjang. Dalam wawancara, ramai pakar menggelarkannya sebagai penawar, walaupun istilah tersebut seakan sukar didefinisikan apabila hanya dua kes yang wujud.
Kedua-duanya merupakan hasil dari pemindahan sumsum tulang kepada pesakit yang dijangkiti. Akan tetapi pemindahan tersebut pada mulanya bertujuan untuk merawat kanser dan bukannya H.I.V.
Pemindahaan sumsum tulang tidak dilihat sebagai pilihan rawatan yang realistik pada waktu terdekat. Ubat yang kuat kini sedia ada untuk mengawal jangkitan H.I.V.,walaupun pemindahan adalah berisiko, diiringi kesan sampingan teruk yang dapat berlanjutan selama beberapa tahun.
Walaupun begitu, menyediakan tubuh dengan sel-sel imun yang di ubah suai menyerupai sel yang tahan H.I.V. barangkali berhasil hanya sekadar dalam rawatan praktikal, ujar pakar.
“Hal ini akan memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa penawar bukan sekadar mimpi semata’” ujar Dr Annemaries Wensing, seorang virologi di University Medical Center Utretch, Netherlands. “Ianya boleh dicapai.”
Dr Wensing merupakan ketua bersama IciStem, sebuah konsortium terdiri daripada saintis-saintis Eropah yang menjalankan penyelidikan ke atas pemindahan sel tunjang untuk rawatan jangkitan H.I.V.. Konsortium tersebut di bantu oleh AMFAR, organisasi penyelidikan AIDS milik Amerika.
Pesakit baru tersebut memilih untuk tidak dikenali, maka para saintis menamakannya sebagai “pesakit London.”
“Saya rasa bertanggungjawab untuk menolong para doktor supaya memahami faktor kejadian ini supaya mereka boleh memajukan sains disebaliknya.,” katanya kepada New York Times melalui sebuah emel.
“Ajaib” serta “terharu” merupakan apa yang dirasa sewaktu beliau mendapati dirinya dapat disembuhkan dari kedua-dua kanser dan H.I.V.,” tambahnya lagi. “Saya tidak pernah membayangkan penawar bagi penyakit ini akan wujud sepanjang hidup saya.”
Di dalam konferens yang sama pada 2007, seorang doktor German mengulas tentang rawatan yang serupa keatas “pesakit Berlin”, yang kemudiannya dikenali sebagai Timothy Ray Brown, berumur 52, yang kini menetap di Palm Springs, California.
Berita yang dipaparkan di dalam sebuah poster di sudut belakang bilik konferens tersebut mulai mendapat sedikit perhatian. Apabila ternyata Brown sembuh sepenuhnya, para saintis rata-rata mulai mencuba untuk mengulangi rawatan tersebut ke atas pesakit kanser lain yang juga dijangkiti H.I.V.
Beberapa kes seterusnya, virus tersebut muncul semula, samada sekitar sembilan bulan selepas pesakit tersebut berhenti mengambil ubat anti-retrovirus atau pesakit mati akibat kanser. Kegagalan tersebut menyebabkan saintis tertanya-tanya samada kesnya tidak lain hanyalah sekadar kebetulan sahaja.
Brown pernah diserang leukemia, dan memerlukan pemindahan sumsum tulang setelah rawatan kemoterapi gagal membendungnya.
Pemindahan tersebut diperoleh dari penderma dengan mutasi protein CCR5, yang dijumpai diatas permukaan sesetengah sel imun. Melalui protein itu, H.I.V. dapat memasuki sel-sel, namun tidak dapat berbuat demikian ke atas protein yang mempunyai mutasi tersebut.
Brown telah dirawat dengan sejenis ubat imunosupresif yang kuat dan tidak lagi digunapakai kini lalu menderita akibat komplikasi yang teruk selama beberapa bulan setelah pemindahan tersebut. Beliau juga pernah diletakkan dalam keadaan koma pada suatu ketika dan hampir menemui ajal.
“Dia ‘dibelasah’ teruk akibat keseluruhan prosedur tersebut”, kata Dr Steven Deeks, seorang pakar AIDS di University California, San Francisco, yang bertanggungjawab ke atas rawatan Brown.” Dan kami sering tertanya-tanya samada keseluruhan penyesuaian dan kemusnahan ke atas sistem imunnya, merupakan penjelasan mengapa rawatan tersebut berjaya ke atas Brown dan bukannya pada pesakit lain.
Pesakit London menjawab pertanyaan tersebut: Pengalaman hampir maut tidak diperlukan untuk mencapai hasil yang sama.
Pesakit tersebut pernah dijangkiti limfoma Hodgkin dan menerima pemindahan sumsum tulang dari penderma dengan mutasi CCR5 pada Mei 2016. Beliau juga menjalani rawatan yang teruk, melibatkan ubat imunosupresif diambil bersama ubatan pesakit transplan.
Beliau berhenti mengambil ubat anti-H.I.V. pada September 2017, suatu tempoh melebihi setahun, membuatkan beliau dikenali sebagai pesakit pertama, setelah Brown, yang kekal bebas virus tersebut
“Fenomena tersebut mungkin mengubah beberapa perkara,” ujar Dr Ravindra Gupta, seorang virologi di University College London yang membentangkan penemuan-penemuan tersebut pada perjumpaan di Seattle. “Semua orang percaya kata-kata pesakit Berlin bahawa anda perlu hampir mati agar dapat sembuh dari H.I.V., namun kini mungkin anda tidak perlu lagi”
Walaupun komplikasi yang dihadapi oleh pesakit London tidaklah seteruk sebagaimana yang dihadapi Brown setelah pemindahan tersebut, prosedur itu menunjukkan hasil yang bagus: pemindahan tersebut memusnahkan sel-sel kanser tanpa kesan sampingan yang bahaya. Sel-sel imun yang dipindahkan, kini tahan H.I.V., nampaknya telah menggantikan sel-sel lamanya yang terdedah.
Ramai orang dengan mutasi tahan H.I.V., yang digelar delta 32, terdiri daripada keturunan Eropah Utara. IciStem menyimpan pangkalan data seramai 22,000 rekod penderma dengan mutasi tersebut.
Setakat ini, para saintis berupaya menjejak seramai 38 orang yang dijangkiti HIV dan pernah menerima pemindahan sumsum tulang, termasuk 6 orang yang menerima pemindahan dari penderma tanpa mutasi
Pesakit London tersebut merupakan orang ke-36 tersenarai. Seorang lagi, di kedudukan ke-19 yang dikenali sebagai “pesakit Düsseldorf”, sudahpun berhenti mengambil ubat anti-H.I.V. selama empat bulan. Butiran mengenai kes tersebut akan dibentangkan dalam konferens di Seattle pada minggu ini.
Saintis-saintis di konsortium tersebut telah berulang kali menganalisis darah pesakit London bagi mencari sebarang petunjuk yang mengesahkan kewujudan virus tersebut. Walaupun terdapat tanda-tanda lemah yang menunjukkan jangkitan berterusan dalam satu daripada 24 ujian yang dijalankan, hal tersebut dianggap berpunca dari pencemaran sampel tersebut.
Ujian tahap sensitif yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda virus tersebut hadir. Antibodi yang bertindak keatas H.I.V. masih dikesan di dalam darahnya, namun tahapnya menunjukkan penurunan, dalam trajektori serupa seperti mana dilihat dalam kes Brown.
Walaupun kesemua ujian ini tidak menjamin pesakit London bebas dari zon bahaya selama-lamanya, situasi seakan serupa dengan pemulihan Brown tersebut merupakan salah satu sebab untuk berfikiran optimis, ujar Dr Gupta
“Walau apa-apa pun, manusia yang boleh kita bandingkan secara langsung adalah pesakit Berlin,” katanya. “Itu sahaja standard tunggal yang kita ketahui buat masa ini”
Ramai pakar yang mengetahui butirannya seakan bersetuju bahawa kes terbaru itu boleh dianggap sebagai penawar yang boleh diterima, akan tetapi sesetengah daripadanya masih berasa ragu hubung kait kes tersebut dengan rawatan AIDS secara keseluruhannya
Saya tidak pasti petunjuk disebalik kes tersebut,” kata Dr Anthony Fuaci, pengarah National Institute of Allergy and Infectious Diseases.” Ianya membuahkan hasil dengan Timothy Ray Brown dan kini kes baharu- jadi tindakan apa sekarang? Apakah hala tuju kita yang seterusnya?
Suatu kemungkinan, ujar Dr Deeks dan lain, adalah untuk menghasilkan terapi-gen dalam pendekatan untuk menyingkirkan CCR5 di atas sel-sel imun atau pada sel tunjang pendahulu. Dengan sifatnya yang tahan jangkitan H.I.V., sel-sel yang telah digubah ini sepatutnya akan menghilangkan virus tersebut dari sistem badan lama-kelamaan.
CCR5 adalah sebuah protein di mana seorang saintis dari China, He Jiankui, mendakwa telah pun melakukan pengubahsuai tersebut ke atas sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak, di dalam percubaan untuk menjadikan mereka tahan H.I.V.- suatu eksperimen yang menerima kecaman antarabangsa.
Beberapa syarikat sedang menerajui terapi gen tetapi tidak membuahkan hasil. Modifikasi tersebut melibatkan beberapa perincian ke atas sejumlah sel yang tepat dan di lokasi yang betul- contohnya sumsum tulang dan bukannya pada bahagian otak – dan hanya ‘menyentuh’ gen-gen yang terlibat secara langsung dengan penghasilan CCR5.
“Terdapat sejumlah tahap ketepatan yang perlu dicapai,” ujar Dr Mike McCune, seorang penasihat senior kesihatan global di bawah Yayasan Bill dan Melinda Gates. “Turut membimbangkan adalah tindakan tersebut dapat mencetuskan perkara yang tidak diingini, dan sekiranya perkara tersebut terjadi, kemungkinan ‘suis mati’ diperlukan.”
Beberapa pasukan sedang berusaha untuk menangani halanagan ini, kata Dr McCune. Pada akhirnya, kemungkinan mereka dapat menghasilkan sistem penghantaran virus yang dapat mengenal pasti kesemua reseptor CCR5 dan terus memadamkannya setelah disalurkan ke dalam badan. Atau mungkin penderma sel tunjang yang tahan H.I.V. tetapi dapat diberikan kepada mana-mana pesakit.
“Ini merupakan impian, betul? Perkara yang kita harap dapat dicapai,” ujar Dr McCune. “Impian-impian sebegini hanya termotivasi dengan adanya kes-kes sebegini, ianya membantu kita punyai suatu visi tentang masa hadapan.”
Suatu cabaran kepada mana-mana pendekatan adalah pesakit masih berkemungkinan tededah kepada bentuk lain H.I.V., digelar X4, yang menggunakan protein jenis CXCR4, untuk memasuki sel-sel.
Pendekatan ini hanya akan berkesan sekiranya seseorang itu dijangkiti virus yang hanya menggunakan CCR5 sebagai ‘pintu’masuk- dan kebarangakalian seseorang itu dijangkiti H.I.V. adalah lebih kurang 50 peratus,” ulas Dr Timothy J. Henrich, seorang pakar AIDS di University of California, San Francisco.
Walaupun seseorang itu mempunyai sejumlah kecil virus X4, jumlahnya mungkin akan meningkat sekiranya tiada persaingan dari sepupu virus mereka. Terdapat sekurang-kurangkan satu kes yang dilaporkan di mana individu menjalani pemindahan dari penderma delta 32 namun kemudiannya kembali dengan virus X4. (Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap X4, Brown mengambil pil untuk mencegah jangkitan H.I.V. pada setiap hari)
Brown berkata beliau berharap penyembuhan pesakit London dapat bertahan sepertimana pemulihannya sendiri.”Jika sesuatu sudah pernah terjadi setidaknya sekali dalam sains perubatan, ianya dapat berlaku lagi,” kata Brown. ”Saya sudah lama menantikan seorang teman.”
Kredit Foto :
targetreviwew
NYtimes