23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 14, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Peti Sejuk Keranda Maut

Info Kualiti & Kesihatan Makanan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
11/11/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Mohd Fadzil Yaakob1 & Dr. Tuan Zainazor Tuan Chilek2

Jabatan kesihatan Terengganu1 & Universiti Malaysia Terengganu2

 

 

 

Peti sejuk antara peralatan yang wajib ada di dapur. Dianggarkan kira-kira 32 juta penduduk Malaysia memiliki peti sejuk sendiri untuk menyimpan makanan. Cuba kita selami di sudut hati dan bayangkan kehidupan kita tanpa peti sejuk. Bagaimana corak gaya hidup dan pemakanan kita seharian. Mungkin kita mengamalkan petua nenek moyang kita cara penyimpanan makanan atau mendapat ilham dari teknik-teknik kuno sejak Zaman Neolitik 3,000 tahun sebelum masihi agar makanan boleh bertahan lama.

Peti sejuk perdagangan yang pertama untuk menyejukkan makanan telah dipasarkan oleh Syarikat General Electric pada tahun 1911. Namun, peti sejuk yang lengkap telah dicipta oleh Alfred Mellowes pada tahun 1915. Walau bagaimanapun, singkapan sejarah penciptaan peti sejuk moden bermula pada awal dekad 1920-an dan digunakan secara global sekitar tahun 1930-an.

Berdasarkan definisi daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas, 2019 menyatakan bahawa peti sejuk merupakan sebuah alat mekanikal untuk menyimpan dan memelihara makanan yang cepat rosak. Alatan ini pada dasarnya dilengkapi dengan komponen sejuk dingin (chiller) dan ruang sejuk beku (freezer) dalam sistem penyejukan peti sejuk yang dibina untuk mengekalkan suhu dalam julat tertentu.

Merujuk kepada laman sesawang oleh Sakudigital, 8 daripada 10 buah rumah di Malaysia menggunakan peti sejuk dua pintu jenis klasik di mana terdapat bahagian sejuk beku di ruang atas dan sejuk dingin di bahagian bawah. Peti sejuk ini menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana harganya murah dan terdapat banyak pilihan serta jenama di pasaran.

Pemilihan peti sejuk yang praktikal sangat penting dalam sebuah keluarga. Hari ini kita lihat peti sejuk adalah nadi kehidupan sebagai alat penyimpanan bahan mentah segar, barang basah atau makanan sedia dimakan (ready to eat) di rumah. Tanpa peti sejuk seolah-olah kehidupan rumah tangga yang dibina tidak lengkap. Ibarat ‘rumah tiada jendela yang hilang sinar cahaya’.

Lazimnya peti sejuk konvensional mempunyai ketahanan melebihi sepuluh tahun. Jangan kerana kesilapan memilih peti sejuk ekoran terpaut dengan pujukan jurujual maka duit melayang. Jadilah pengguna bijak. Bak kata pepatah “alah membeli menang memakai”. Jangan sampai poket kosong dan kita jadi ‘pokai’ kerana memilih peti sejuk yang terlalu canggih tetapi tidak mengikut spesifikasi yang diinginkan. Oleh itu, ikutlah kemampuan bajet individu atau ‘ukur baju di badan sendiri’ dalam memilih peti sejuk untuk kegunaan harian.

Tahukah kita bahawa peti sejuk boleh bertukar menjadi ‘keranda maut’ seandainya tidak digunakan dengan betul. Ia boleh bertukar watak menjadi pembunuh senyap tanpa kita sedari.

Misteri ini telah dirungkai oleh hasil kajian penulis (Pegawai Teknologi Makanan) di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mendapati keadaan peti sejuk yang tidak dijaga dengan rapi dan tidak diurus dengan baik adalah antara faktor penyebab kejadian keracunan makanan. Merujuk kepada keputusan swab persekitaran bagi status mikrobial pada permukaan dalam peti sejuk mendapati julat bakteria aerobik yang hadir pada permukaan dalam peti sejuk adalah antara 320 ribu hingga 25 juta sel bakteria. Parameter ini diukur dalam bentuk standard unit yang membentuk koloni dalam sentimeter persegi (CFU/cm²) yang mana bakteria tersebut mampu untuk tumbuh pada permukaan peti sejuk. Kaedah analisa yang digunakan oleh penulis adalah menerusi Total Plate Count (TPC) yang mana bakteria dikultur pada ‘medium agar pepejal terpilih’ di 4 buah dapur premis makanan yang disampel secara rawak.

Kajian literatur turut menunjukkan terdapat bakteria yang masih hidup walaupun pada suhu antara 1 – 10 ⁰C di dalam peti sejuk. Selain itu, sisa makanan yang tumpah dan kekotoran yang wujud di dalam peti sejuk juga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Hasil kajian ini turut disokong oleh Panel Biology Hazard (BIOHAZ), 2016 yang menyatakan bahawa sebanyak 100 juta koloni bakteria akan membiak  seandainya makanan disimpan selama 11 hari pada suhu sekitar  7⁰C. Fenomena ini akan menyebabkan makanan yang disimpan mengalami kerosakan dan bakal menjadi bom jangka yang bakal meruntuhkan benteng antibodi manusia apabila makanan itu dimakan.

Begitu juga dengan kehadiran bakteria patogenik seperti Bacillus cereus. Walaupun hanya sekitar 100 koloni bakteria hadir namun ianya sangat berbahaya kepada manusia umpama malaikat maut yang menanti di jendela untuk meragut nyawa. Bakteria Bacillus cereus boleh menyebabkan gejala keracunan makanan seperti loya, muntah dan cirit-birit (diarhea). Gejala ini umumnya kelihatan ringan namun akan menjadi lebih teruk dalam tempoh 24 jam apabila bakteria ini menghasilkan racun dan menyerang sel-sel dalam tubuh manusia. Bakteria ini sebenarnya wujud secara semula jadi di dalam tanah dan mudah mencemari makanan seperti bijirin dan produk hasilannya.

Selain itu, analisa bagi parameter ‘Jumlah Koliform’, penulis turut mendapati lebih 150 ribu sel koloni bakteria yang hadir dalam sampel permukaan peti sejuk apabila kaedah swab persekitaran yang sama dianalisa di makmal. Bakteria dari kumpulan ini boleh mencemari serta menyebabkan bahan makanan menjadi busuk sekiranya ia disimpan dalam peti sejuk dalam keadaan yang kotor atau tidak terurus.  Kandungan nutrien dan nilai pH yang mendekati neutral merupakan medium yang baik untuk pertumbuhannya terutama pada daging segar dan makanan mentah dari sumber haiwan. Ini menunjukkan terdapat organisma pencemar yang hadir dalam peti sejuk. Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh pembentukan biofilem pada dinding peti sejuk sepertimana keputusan kajian oleh Norrakiah dan Faizah pada tahun 2009.

Semua biojisim seperti bakteria, fungi mikroskopik, protozoa, yis dan sebagainya akan melekat pada permukaan atau dinding peti sejuk jika tidak dibersihkan dengan sempurna. Ia kelihatan sungguh jijik apabila kita melihat di bawah kanta mikroskop.

Aktiviti pembersihan di kawasan dapur harus dilakukan secara rutin untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan bersih. Begitu juga dengan peti sejuk, yang mana harus dibersihkan secara berkala, berkesan dan konsisten. Berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, peti sejuk perlu dibersihkan setiap minggu menggunakan disinfektan yang sesuai bagi mencegah bau busuk, kekotoran dan kulat. Jangan lupa untuk lap bahagian luaran peti sejuk yang diperbuat dari bahan keluli tahan karat dengan campuran cuka dan air untuk membunuh kulat.

Terdapat beberapa petua boleh digunakan bagi menghilangkan bau yang tidak diigini seperti menggunakan sabun cecair mesra alam beraroma sitrus, hirisan lemon atau perisa vanilla. Bahan-bahan ini mudah didapati di ruang kabinet dapur anda.

Kekotoran dan sisa makanan yang tumpah di dalam peti sejuk harus dibersihkan segera. Tutup makanan yang hendak disimpan bagi mengelak pencemaran silang dan disimpan pada suhu yang betul mengikut kategori makanan. Pastikan julat suhu di ruang peti sejuk di bawah 4 °C untuk ruangan sejuk dingin (chiller) dan -18 °C hingga 0°C bagi ruang sejuk beku (freezer).  Suhu yang lebih tinggi akan merosakkan makanan yang didinginkan dan suhu yang lebih rendah akan menyebabkan masalah pembekuan atau berlakunya pembakaran sejuk.

Elakkan membuka peti sejuk terlalu kerap. Udara panas akan masuk dan udara sejuk akan keluar dari peti sejuk menyebabkan peti sejuk anda mudah rosak. Suhu untuk proses penyejukan tidak akan mencapai tahap optimum. Oleh itu bahan mentah atau makanan akan menjadi busuk kerana tindak balas organisma di dalam peti sejuk.

Justeru, jangan jadikan peti sejuk di rumah kita sebagai ‘keranda maut’ tetapi jadikanlah ia sebagai peti syurga makanan untuk santapan insan tersayang. Bak kata pujangga, “perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama” untuk berubah dan jadi lebih terbaik bagi mewarnai simfoni kehidupan. Kitalah penentunya.

 

Kredit Foto : koolmaxgroup

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bakteriaDr. Tuan Zainazor Tuan ChilekInfo Kualiti & Kesihatan MakananJabatan Kesihatan Negeri Terengganukeracunan makananMohd Fadzil YaakobPeti SejukUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Keterancaman Spesies Ikan Asli Malaysia Akibat Kehadiran Spesies Ikan Asing

Next Post

Penyebaran Parasit Usus Manusia : Peranan Kebersihan & Hubungan antara Manusia, Haiwan dan Air

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan
Berita & Peristiwa

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

9 hours ago
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Alam Semulajadi

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

1 day ago
Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan
Alam Semulajadi

Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan

1 day ago
Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air
Alam Semulajadi

Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

1 day ago
Next Post
Penyebaran Parasit Usus Manusia : Peranan Kebersihan & Hubungan antara Manusia, Haiwan dan Air

Penyebaran Parasit Usus Manusia : Peranan Kebersihan & Hubungan antara Manusia, Haiwan dan Air

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In