23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, September 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Plastik Mikro: Ancaman Hidupan Laut

Plastik Mikro

Editor by Editor
14/08/2017
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. Musfiroh Jani, PhD

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan
Sains Kelestarian Alam Sekitar dan Kimia Analisis

 

Kita sering didedahkan dengan kemajuan teknologi dan perindustrian selaras dengan arus pemodenan dunia. Namun, disebabkan oleh kemajuan dan pembangunan ini, kepentingan alam sekitar seolah-olah dilupakan dan terabai. Habitat flora dan fauna semakin terjejas disebabkan oleh perindustrian yang berlaku tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang mungkin terjadi kepada alam sekitar.

Pelbagai proses dan aktiviti dari industri seperti pembuangan sisa, rawatan sisa dari pembuatan kosmetik, tekstil dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran plastik yang berleluasa. Dianggarkan lebih kurang 240 tan plastik digunakan setiap tahun. Ekosistem marin merupakan ekosistem yang mendapat impak terbesar hasil daripada pencemaran plastik yang tidak terkawal ini.

Terdapat beberapa laporan berkaitan pencemaran plastik yang berlaku di lautan seperti Lautan Pasifik, Atlantik dan Laut China Selatan. Haiwan seperti penyu dan burung adalah antara haiwan yang dilaporkan mati berpunca dari pencemaran plastik. Cuba anda bayangkan, cengkerang penyu yang berbentuk bujur boleh bertukar menjadi seperti angka 8 kerana plastik berbentuk cincin telah mengelilingi cengkerang anak penyu dan ia membesar dengan kecacatan tersebut?

Dilaporkan lebih kurang 663 spesis haiwan akuatik yang mendapat kesan buruk akibat pencemaran plastik ini. SIsa dan serpihan plastik juga sering disalah anggap sebagai makanan oleh haiwan akuatik.

Environmental Media Association – EMA

Serpihan plastik yang sering dijumpai di laut adalah termasuk plastik mikro dan makro. Apakah yang dimaksudkan dengan plastik mikro? Plastik mikro adalah bahan plastik yang bersaiz sangat kecil iaitu kurang dari 5 mm dan kebiasaannya merupakan bahan buangan daripada industri. Ia terhasil daripada sisa buangan plastik yang bersaiz lebih besar dan bertukar menjadi saiz mikro apabila terlibat dengan proses seperti fotodegradasi, fragmentasi dan lain-lain.

Plastik mikro juga boleh dilepaskan secara terus daripada punca-puncanya tanpa melalui proses penukaran saiz dari plastik bersaiz makro. Disebabkan saiz nya yang mikro dan kebolehan plastik ini untuk menjerap bahan tercemar pada permukaannya telah mengakibatkan bahan ini memberi kesan buruk kepada kitaran alam sekitar. Bahan tercemar seperti elemen logam (arsenik, plumbum, zink dan kuprum) merupakan bahan yang sangat merbahaya dan boleh terjerap pada permukaan plastik yang terdapat di lautan.

Rantai makanan hidupan laut khususnya telah terjejas kerana pengambilan plastik mikro sebagai makanan. Plastik mikro bersifat tidak terbiodegradasi dan ini sekaligus merosakkan sistem pencernaan hidupan akuatik.

Polietelena dan polipropilina merupakan antara jenis-jenis plastik mikro yang sering didapati di dalam bahan harian yang digunakan di rumah seperti detergen, pencuci muka dan lain-lain. Kebiasaannya, serpihan plastik ini berbentuk sfera dan terdiri daripada pelbagai warna. Plastik mikro ini dikenali sebagai manik mikro yang bertindak sebagai agen pembersih kotoran, minyak dan lain-lain. Inovasi manik mikro ini secara tidak langsung telah mengakibatkan ekosistem laut terancam.

Pada tahun 2015, penggunaan manik mikro dalam produk penjagaan harian telah diharamkan di Amerika Syarikat bagi mengurangkan pencemaran plastik yang boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan. Oleh itu, penggunaan plastik secara terkawal amatlah perlu bagi menjamin kelestarian sejagat. Rawatan sisa dan serpihan plastik harus dirancang dan diuruskan dengan teliti bagi mengelakkan terjadinya pencemaran plastik kepada alam sekitar.

Kelestarian alam sekitar amat penting untuk kepentingan generasi akan datang. Peranan harus dimainkan bukan sahaja oleh industri, pihak berkuasa dan pihak berwajib tetapi kesedaran sivik itu harus dipupuk ke atas setiap individu. Pencemaran plastik boleh dikawal sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka masing-masing demi menjaga dan kelestarian sejagat.

 

Rujukan

Eriksen, M., et al. Microplastic pollution in the surface waters of the Laurentian Great Lakes. Mar. Pollut. Bull. (2013).

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Ubi Gadong (Discorea Sp. Ubi Beracun yang Banyak Manfaat

Next Post

Toksikologi Akuatik

Editor

Editor

Related Posts

Masa Depan Enjin Pembakaran Dalam Semakin Suram?
Berita & Peristiwa

Masa Depan Enjin Pembakaran Dalam Semakin Suram?

15 hours ago
Pengesahan Dua Faktor dan Pengesahan Dua angkah (2FA dan 2SV) dalam Keselamatan Siber
Berita & Peristiwa

Pengesahan Dua Faktor dan Pengesahan Dua angkah (2FA dan 2SV) dalam Keselamatan Siber

3 days ago
Salah Konsep Dalam Menganalisis Litar Elektrik Asas
Berita & Peristiwa

Salah Konsep Dalam Menganalisis Litar Elektrik Asas

6 days ago
Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

1 week ago
Next Post
Toksikologi Akuatik

Toksikologi Akuatik

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali Galaksi Bima Sakti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In