23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 30, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Potensi Bahan Buangan dalam Penghasilan Biodiesel sebagai Alternatif Bahan Bakar

Info Teknologi Lestari

Saiful Bahari by Saiful Bahari
22/01/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Kimia
0 0
0

Oleh: Dr. Salmiah Jamal Mat Rosid dan Sarina Mat Rosid
Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknologi Malaysia

 

Salah satu objektif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merangkumi 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) adalah tenaga yang berpatutan dan bersih menjelang tahun 2030. Ini berikutan permintaan tenaga global yang dijangka meningkat kepada 50% dalam tempoh 30 tahun yang akan datang kesan pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi.

Oleh kerana itu, penggunaan bahan bakar alternatif seperti biodiesel telah diperkenalkan untuk menggantikan minyak fosil yang sedia ada. Biodiesel adalah bioenergi atau bahan bakar bio yang dihasilkan daripada minyak sayuran seperti minyak sawit, kelapa, kacang tanah dan pelbagai tanaman lain yang berpotensi sebagai sumber utama penghasilan biodiesel.

Pada masa kini, kebanyakan negara telah pun menggunakan biodiesel sebagai bahan bakar alternatif untuk kenderaan seperti di Amerika dan Eropah. Namun, di negara Asia juga ada yang telah mengaplikasikan biodiesel sebagai alternatif bahan bakar untuk kegunaan kenderaan seperti di China, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Penggunaan biodiesel ini dapat mengurangkan pembebasan gas rumah kaca seperti karbon monoksida kerana kandungan oksigennya yang jauh lebih tinggi daripada solar untuk pembakaran yang lebih sempurna berlaku.

Penghasilan biodiesel perlu melalui proses pengekstrakan dan transesterifikasi sebelum metil ester (biodiesel) diperoleh untuk dicampurkan dengan bahan bakar diesel yang telah sedia ada. Sebagai contoh, Malaysia telah pun melaksanakan penggunaan biodiesel B10 iaitu dengan mencampurkan 10% metil ester sawit dan 90% diesel.

Namun begitu, beberapa kajian juga telah dijalankan oleh penyelidik di Malaysia untuk mencari alternatif lain sumber biodiesel dengan menggunakan bahan buangan sekitar seperti minyak masak terpakai. Ini merupakan salah satu matlamat kerajaan untuk melestarikan alam sekitar dan mengurangkan pencemaran air.

Kajian mengenai penghasilan biodiesel menggunakan minyak masak terpakai telah dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Mereka juga telah melaksanakan kempen pengumpulan dan pembelian minyak masak terpakai daripada masyarakat setempat secara berkelompok.

Seperti yang kita tahu, minyak masak terpakai mempunyai nilai ketumpatan 901 Kg/m3, kelikatan 39.74-56.04 mm2/s, nilai takat kilat 198-290ºC dan nilai asid lemak bebas sebanyak 0.52-4.74 mgKOH/g. Melalui perbandingan nilai yang diperolehi dengan piawaian ASTM D6751, sampel minyak masak terpakai ini menunjukkan nilai yang begitu tinggi dan tranesterifikasi perlu dilakukan untuk mengurangkan nilai-nilai tersebut bagi penghasilan biodiesel.  Dalam proses transesterifikasi, produk akhir terhasil adalah cecair jernih yang merupakan biodiesel seperti gambar rajah dibawah.

 

 

Penghasilan biodiesel daripada minyak masak terpakai

 

Selain itu, sifat biodiesel dihasilkan daripada minyak masak terpakai juga mempunyai sifat yang hampir sama dengan bahan bakar diesel konvensional dan ini sejajar dengan had yang ditetapkan oleh ASTM D6751. Sebagai contoh ciri-ciri biodiesel yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai mempunyai ketumpatan sebanyak 820-860 Kg/m3, kelikatan 1.81mm2/s, nilai takat kilat 180oC dan asid lemak bebas sebanyak 0.056 mmKOH/g.

Di samping itu, penyelidikan menggunakan bahan buangan lain yang berpotensi juga sedang giat dijalankan untuk penghasilan biodiesel seperti hampas kelapa, lemak haiwan, minyak gris terpakai dan juga kerak mendakan minyak sawit yang diketahui mempunyai banyak sumber di Malaysia.  Ekstrak minyak daripada bahan buangan ini berpotensi untuk digunakan sebagai biodiesel sekiranya mempunyai sifat yang hampir sama dengan bahan bakar diesel konvensional. Namun, kajian penggunaan bahan buangan ini sebagai penghasilan biodiesel masih berada ditahap penyelidikan R&D di seluruh Malaysia sebelum dikomersilkan sepenuhnya.

 

Rujukan

  1. Hazir Farouk, AbduAllah Husien, Hazim Ali, Samah Osama. (2016). Production and Analysis of Characteristics of Biodiesel Produced from Waste Cooking Oil. UofKEJ, 6(2), 14-21.
  2. Nur Imamelisa Aliasa, Javendra Kumar A/L JayaKumara and Shahrom Md Zaina. (2018). Characterization of Waste Cooking Oil for Biodiesel Production. Jurnal Kejuruteraan, SI 1(2), 79-83.

 

Kredit Foto : Dr. Salmiah Jamal Mat Rosid dan Sarina Mat Rosid

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: biodieselDr. Salmiah Jamal Mat RosidInfo Teknologi LestariProses TransesterifikasiSarina Mat Rosid
ShareTweetShare
Previous Post

Larut Lesap: Mengesan Menggunakan Kaedah Keberintangan Geoelektrik

Next Post

Amalan Diet Dan Rawatan Kanser

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik
Alam Semulajadi

Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik

1 day ago
Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk
Berita & Peristiwa

Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk

2 weeks ago
Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan
Astronomi & Kosmologi

Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan

4 weeks ago
MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
Astronomi & Kosmologi

MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka

1 month ago
Next Post
Amalan Diet Dan Rawatan Kanser

Amalan Diet Dan Rawatan Kanser

  • Teori dan Falsafah Teknologi

    Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In