23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Potensi Entopelancongan di Gunung Stong, Kelantan

Editor by Editor
23/12/2016
in Alam Semulajadi
0 0
0

Oleh: Nivaarani Arumugam

Pensyarah Fakulti Sains Bumi
Universiti Malaysia Kelantan

Industri pelancongan kian pesat membangun di negara Malaysia sehingga menjadi salah satu penjana pendapatan utama negara kita. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan dari aktiviti pelancongan setiap tahun. Pelbagai jenis pelancongan seperti pelancongan berasaskan kebudayaan, alam semula jadi dan acara serta pelbagai produk pelancongan yang sering dipromosikan oleh kerajaan kita berjaya menarik perhatian pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11), 2016-2020 telah menyenaraikan 21 strategi, dimana strategi yang ke-18 menyatakan sektor perkhidmatan sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara. Ekopelancongan diberi fokus utama sebagai salah satu penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan.

 

Ekopelancongan yang sering diwar-warkan di media massa merupakan sejenis aktiviti pelancongan yang sangat penting bagi negara kita yang kaya dengan sumber alam. Hal ini dapat memastikan sumber alam kita digunakan secara lestari serta menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam semula jadi dan warisan kebudayaan. RMK11 juga menyarankan peningkatan nilai produk pelancongan yang dapat memberi pengalaman unik kepada para pelancong. Selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkenalkan produk pelancongan baru dalam ekopelancongan, entopelancongan dapat menyokong pelaksanaan ekopelancongan. Para penyelidik juga telah klasifikasikan pelancongan berdasarkan organisma sebagai salah satu jenis ekopelancongan. Pengenalan entopelancangan di suatu kawasan baru dapat menarik minat lebih pelancong. Kajian juga menunjukkan entopelancongan berjaya dilaksanakan dan dapat meningkatkan pendapatan pelancongan di negara-negara seperti Mexico dan Australia.

 

Entopelancongan merujuk kepada pelancongan yang berdasarkan serangga. Ento, perkataan yang kemungkinan besar jarang didengari oleh orang awam, sebenarnya merujuk kepada serangga di mana perkataan ini berasal daripada perkataan ‘entomology’ yang bermaksud kajian mengenai serangga. Serangga merupakan kumpulan organisma hidup yang terbesar di dunia ini. Sebanyak 80% daripada organisma hidup di dunia dirangkumi oleh serangga. Terdapat lebih daripada 900 000 spesies serangga yang telah dihuraikan di dunia. Negara Malaysia yang kaya dengan sumber alam mempunyai kira-kira beberapa ribu spesies serangga. Serangga yang selalu dipandang sebagai perosak dan ganguan kepada manusia sebenarnya memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan, penghuraian, kitaran nutrien, rantai makanan dan kesuburan tanah dalam ekosistem kita.

 

Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan adalah sebuah destinasi pelancongan yang menarik serta amat sesuai untuk para pelancong yang mencintai alam semula jadi. Air terjun Stong yang setinggi 352m merupakan tarikan utama Taman Negeri ini. Kajian di Gunung Stong oleh para penyelidik telah membuktikan bahwa kawasan ini kaya dengan kepelbagaian biologi, termasuk serangga. Gunung Stong menunjukkan rekod spesies serangga yang menakjubkan. Terdapat 146 spesies kupu-kupu, 251 spesies rama-rama, 24 spesies riang-riang, 44 genera semut, 9 genera anai-anai dan 21 famili kumbang yang telah direkodkan di Gunung Stong. Serangga-serangga ini tidak bahaya kepada manusia. Oleh itu, serangga-serangga ini boleh menjadi aset penting kepada negeri Kelantan dalam konteks pelancongan serta membantu menambahkan pendapatan negeri.

gambar-1-air-terjun-kecil-kem-baha
Gambar 1 Air terjun kecil Gunung Stong. (Gambar oleh: Nazahatul Anis Amaluddin)

 

Kupu-kupu dan rama-rama dengan pelbagai warna dan corak sering mencuit hati kita. Kecantikan organisma ini tidak pernah gagal menarik perhatian manusia tanpa mengira usia dan jantina. Hanya beberapa spesies kupu-kupu atau rama-rama yang dapat dilihat di kawasan bandar. Gunung Stong dengan bilangan spesies kupu-kupu dan rama-rama yang tinggi sudah tentu dapat menarik perhatian pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Peluang untuk melihat corak dan warna kupu-kupu dan rama-rama yang jarang dijumpai di kawasan bandar sudah semestinya akan dianggap sebagai peluang keemasan oleh para pelancong. Tambahan pula, peluang ini juga dapat menyampaikan fakta kepada pelancong iaitu kehadiran kupu-kupu dan rama-rama ialah petunjuk kepada alam sekitar dan ekosistem yang sihat.

Jpeg
Gambar 2 Kupu-kupu Blue Pansy (Gambar oleh: Nivaarani Arumugam)

 

Jpeg
Gambar 3 Kupu-kupu Common Gull (Gambar oleh: Nivaarani Arumugam)

 

Kumbang merupakan kumpulan serangga yang paling besar di dunia. Kumbang di hutan mempunyai pelbagai bentuk badan serta warna berbanding kumbang perosak di kawasan perladangan. Corak pada badan juga berbeza antara setiap spesies. Riang-riang pula dengan bunyi yang amat kuat menjadikan bunyinya sebagai tarikan utama. Corak pada badan serta sayap yang cantik juga menarik minat pelancong terhadap serangga ini. Keunikan kedua-dua organisma ini dapat dinikmati oleh orang awam melalui entopelancongan.

gambar-4-kumbang-kulat-fungus-beetle
Gambar-4-kumbang-kulat-fungus-beetle Gambar 4 Kumbang kulat (Fungus beetle) (Gambar oleh: Nivaarani Arumugam)

Anai-anai pula merupakan serangga sosial yang memainkan peranan penting di hutan hujan tropika dan sering dijumpai terumatanya dalam kayu dan tanah hutan. Anai-anai penting dalam penghuraian kayu dan memperbaiki struktur tanah serta meningkatkan kualiti tanah. Namun, organisma ini selalu dipandang sebagai musuh di kawasan bandar. Walaubagaimanapun, hanya 10% daripada jumlah spesies anai-anai di dunia (3106 spesies) sahaja yang menjadi perosak dan sering dijumpai di kawasan bandar. Entopelancongan dapat memberi peluang kepada para pelancong untuk melihat pelbagai jenis sarang anai-anai yang unik serta memahami cara hidup sosial anai-anai.

gambar-5-sarang-arboreal-anai-anai
Gambar 5 Sarang ‘arboreal’ anai-anai (Gambar oleh: Nivaarani Arumugam)

 

Selain menikmati kecantikan dan keunikan setiap serangga, entopelancongan di Gunung Stong juga dapat memupuk perasaan cintai serangga dan juga alam sekitar di kalangan para pelancong. Serangga yang sering dipandang negatif akan mula dihargai dengan mengetahui kepentingan serangga di ekosistem melalui entopelancongan. Hal ini secara langsung akan membantu serta menyokong usaha pemuliharaan sumber alam.

 

Secara kesimpulannya, kesemua serangga ini jarang dijumpai di kawasan bandar. Oleh itu, Gunung Stong dengan kepelbagaian serangga yang menarik mempunyai potensi yang tinggi bagi aktiviti entopelancongan. Tinjauan yang berterusan di Gunung Stong dapat mengenalpasti bilangan spesies serangga-serangga lain yang menarik seperti pepatung. Promosi Gunung Stong untuk entopelancongan dapat menambahkan lagi bilangan pelancong ke Kelantan serta memperkenalkan negeri Kelantan di mata dunia. Perancangan pelaksanaan yang bagus akan menjamin kejayaan entopelancongan di Gunung Stong.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD): Pertikaian mengadakan COP13 di Cancun, Mexico

Next Post

Mengeksploitasi Tragedi Kehidupan dan Saintis Muda

Editor

Editor

Related Posts

Taman Botani Perdana, Bukan Sekadar Taman Rekreasi
Alam Semulajadi

Taman Botani Perdana, Bukan Sekadar Taman Rekreasi

3 months ago
Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian
Alam Semulajadi

Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

4 months ago
Sains dan Kelapa Sawit
Alam Semulajadi

Sains dan Kelapa Sawit

4 months ago
Antartika Kembali Menjadi Hutan Tropika : Apa Kerisauan Kita?
Alam Semulajadi

Antartika Kembali Menjadi Hutan Tropika : Apa Kerisauan Kita?

5 months ago
Next Post
Mengeksploitasi Tragedi Kehidupan dan Saintis Muda

Mengeksploitasi Tragedi Kehidupan dan Saintis Muda

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In