23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 17, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Potensi Nematod Sebagai Kawalan Serangan Kumbang Palma Merah

Potensi Nematod Sebagai Kawalan Serangan Kumbang Palma Merah

Editor by Editor
09/02/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis:
Wan Nurashikin Wan Mohd Khairuddin, Pelajar Pascasiswazah

Dr. Johari Jalinas, Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi,
Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Kumbang palma merah, Rhynchophorus ferrugineus (Olivier) (Coleoptera: Curculionidae) merupakan serangga invasif yang menyerang pokok palma dan terdapat kira-kira 40 spesies pokok palma yang telah dilaporkan menjadi perumah kepada serangga ini. Kumbang palma merah atau red palm weevil (RPW) ini berasal daripada kawasan selatan Asia dan merupakan serangga perosak utama bagi tanaman pokok palma di negara-negara Timur Tengah. Kumbang palma merah ini pertama kali dilaporkan di Malaysia adalah pada tahun 2007 di Setiu apabila ia menyerang tanaman pokok kelapa dan menyebabkan kehilangan silara daun.  Sehingga kini, serangan kumbang palma merah telah merebak ke beberapa buah negeri terutamanya di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

 

Jangka hayat kumbang palma merah ini adalah sekitar tiga hingga ke enam bulan, bergantung kepada iklim dan sumber makanan. Kumbang betina akan bertelur di celah bukaan pada batang kelapa. Larva akan menetas dan mula memakan tisu dalam batang kelapa, memusnahkan tisu tersebut. Corak pemakanan larva kumbang palma merah bersifat agresif dan tersembunyi di dalam batang pokok menyebabkan kesan kerosakan pokok tersebut hanya dapat dilihat pada fasa terakhir serangan atau setelah dua hingga tiga generasi serangga tersebut. Pelbagai kaedah kawalan telah digunakan bagi mengawal populasi dan serangan kumbang palma merah ini, antaranya penggunaan racun kimia dan kawalan secara biologi. Kulat, bakteria dan nematod merupakan antara agen kawalan biologi yang sering digunakan bagi pengawalan populasi serangga.

 

Nematod merupakan organisma cacing bulat yang bersaiz mikroskopik hingga ke beberapa meter, boleh dijumpai di dalam tanah, pokok, serta organisma hidup seperti serangga dan manusia. Nematod entomopatogen merupakan nematod bersaiz mikroskopik yang spesifik kepada serangga sebagai perumah. Nematod ini berkebolehan menyerang pelbagai peringkat serangga; telur, larva, pupa dan dewasa. Umumnya, terdapat dua genus utama yang sering digunakan bagi tujuan kawalan serangga; Steinernema dan Heterorhabditis (Rajah 1). Menariknya, nematod entomopatogen ini berasosiasi dengan bakteria dalam membunuh serangga perumah dan terdapat dua genus bakteria ini; Xenorhabdus dengan Steinernema serta Photorhabdus dengan Heterorhabditis.

Nematod entomopatogen memasuki abdomen kumbang palma merah melalui bukaan pada spirakel, mulut dan anus (Rajah 2). Kecekapan nematod entomopatogen dalam membunuh perumah ini dapat dilihat dalam tempoh 48 jam selepas jangkitan. Kejayaan ini turut dibantu oleh bakteria simbion yang terkandung di dalam usus nematod juvenil yang mana bakteria ini menghasilkan bahan metabolit sekunder dan toksin yang membawa kepada kematian serangga perosak ini akibat septisemia. Septisemia adalah kegagalan organ yang disebabkan oleh keracunan bakteria.

Penggunaan nematod entomopatogen sebagai agen kawalan biologi mampu mengurangkan kebergantungan sepenuhnya racun kimia serangga.  Penggunaan nematod entomopatogen ini dilihat mampu mencapai keberadaan larva kumbang palma yang berada jauh di dalam batang pokok kelapa yang mungkin sukar dicapai melalui semburan racun serangga. Keupayaan nematod entomopatogen ini mampu mencari perumah baru melalui aktiviti penjelajahan dan serangan hendap yang dilakukannya. Selain itu, penggunaan racun kimia secara berterusan berupaya menjejaskan kualiti tanih, kesihatan kepada manusia dan alam sekitar. Tambahan pula, kerintangan racun serangga juga boleh berlaku kepada kumbang palma merah sekiranya racun ini telah digunakan bagi tempoh yang lama.  Akhirnya, situasi ini mengakibatkan wujudnya kepelbagaian jenis racun serangga serta dos yang diperlukan bagi mengawal populasi kumbang ini di sesuatu kawasan tanaman. Terdapat pelbagai produk berasaskan nematod entomopatogen yang telah pun dijual di pasaran bagi tujuan pengawalan serangga perosak. Contohnya, Entonem dan Larvanem oleh Koppert B.V Netherland.

Penggunaan nematod dilihat sebagai salah satu alternatif kawalan biologi yang mesra alam serta selamat dikendalikan. Potensi nematod ini sebagai agen kawalan biologi perlu diterokai dan diperluaskan lagi kerana ianya mudah didapati dan mengurangkan kos pembelian racun kimia serangga.

 

Rujukan

Nurashikin-Khairuddin, W., Abdul-Hamid, S. N. A., Mansor, M. S., Bharudin, I., Othman, Z., & Jalinas, J. 2022. A Review of Entomopathogenic Nematodes as a Biological Control Agent for Red Palm Weevil, Rhynchophorus ferrugineus (Coleoptera: Curculionidae). Insects, 13(3), hlm. 245.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Biologikawalan kumbangkumbang palma merahkumbang perosaknematologiparasit
ShareTweetShare
Previous Post

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

Next Post

Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya
Alam Semulajadi

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya

13 hours ago
Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi
Alam Semulajadi

Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi

3 days ago
Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian
Alam Semulajadi

Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian

3 days ago
Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel
Berita & Peristiwa

Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel

6 days ago
Next Post
Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In