23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Potensi Sel Stem Dalam Usaha untuk Memperbaiki Masalah Jantung

Potensi Sel Stem Dalam Usaha untuk Memperbaiki Masalah Jantung

Editor by Editor
01/01/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Yasmin Yusuf

Penyakit jantung adalah penyakit nombor satu yang menyebabkan paling banyak berlaku kematian di dunia. Di negara USA, mereka membelanjakan sekurang-kurangnya 1 billion USD setahun hanya untuk mengubati penyakit jantung namun walaupun pelbagai usaha telah dilakukan masih belum dapat mengurangkan statistik kematian. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh data Perangkaan Malaysia, penyakit jantung iskemik atau Ischaemic Heart Diseases juga kekal sebagai punca utama kematian di Malaysia dengan 18,267 kematian atau 15.6 peratus daripada jumlah kematian telah disahkan secara perubatan pada 2018. Penyakit jantung secara amnya adalah disebabkan oleh arteri yang tersumbat sehingga menyebabkan kesukaran darah untuk mengepam oksigen ke seluruh badan. Saintis pada hari ini mengkaji penggunaan sel stem dengan lebih mendalam bagi mengatasi masalah jantung agar pesakit yang menderita penyakit ini menemui sinar baharu untuk meneruskan hidup dengan penghasilan sel dan tisu jantung daripada sel stem.

Sel stem mempunyai potensi luas dalam bidang perubatan kerana ia mempunyai kelebihan yang unik iaitu dapat membahagi menjadi pelbagai jenis tisu. Rawatan penyakit berasaskan sel stem disebut sebagai perubatan regeneratif. Perubatan regeneratif merupakan pendekatan terbaru dalam penjagaan kesihatan, selepas ubat farmaseutikal dan produk biologik

Apa itu sel stem?

Gambarajah menunjukkan peringkat terhasilnya sel stem. Sel stem embrionik terhasil daripada embrio yang telah disenyawakan yang dipanggil blastocyst dan mempunyai potensi penuh untuk membentuk kesemua jenis sel-sel di dalam badan kita manakala sel stem dewasa biasa mempunyai keupayaan yang terhad dan membahagi untuk tisu tisu tertentu sahaja contohnya tisu sum-sum yang mempunyai untuk membentuk sel darah yang dipanggil sebagai sel haematopoietik.

Sel stem adalah sel yang unik yang terdapat dalam badan manusia yang mempunyai keupayaan untuk membahagi secara khusus kepada sel dan tisu yang berlainan seperti  tisu darah, tisu jantung, tisu lemak, tisu saraf, tisu otot, tisu hati dan sebagainya. Teknologi sel stem mampu memberi harapan yang cerah dalam bidang perubatan kerana ia mempunyai potensi untuk menggantikan sel tisu yang telah rosak akibat penyakit atau kemalangan. Secara asasnya terdapat tiga jenis stem sel stem iaitu sel stem embrionik (embryonic stem cell), sel stem dewasa (adult stem cell), dan sel stem pluripoten terinduksi (induced pluripotent stem cell).

ARTIKEL BERKAITAN: Sel Stem- Bukan Sekadar Kosmetik
ARTIKEL BERKAITAN: Rokok Elektronik Merosakkan Sel Stem Otak

Salah satu sebab mengapa penyakit jantung kekal sebagai penyakit utama di dunia. Hal ini kerana sel pada jantung kita hanya mempunyai peratusan kecil untuk menjana semula. Oleh itu pesakit yang menghadapi masalah jantung hanya boleh diselamatkan dengan organ transplan. Banyak kajian yang dilakukan oleh saintis sejak bertahun-tahun lamanya mengenai sel stem dalam usaha untuk menangani masalah jantung namun kebanyakan kajian mereka menemui kegagalan. Hal ini kerana kebanyakan sel transplan mati semasa proses ujikaji. Namun begitu, dalam kajian terbaharu yang dilakukan oleh Dr Sanjay Sinha dan rakan-rakannya, mereka mendapati gabungan sel jantung manusia bersama sel stem sokongan dari sel stem epikardial manusia mampu memanjangkan jangka hayat jantung transplan. Mereka menggunakan imej 3D sel jantung manusia untuk melihat perkembangan ujikaji itu semasa di makmal. Hasil kajian mereka mendapati kombinasi sel jantung bersama sel stem sokongan epikardial memberi keupayaan kepada sel jantung untuk mengembang dan mengecut dengan baik. Hasil penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Sains terkemuka iaitu Nature yang mengatakan bahawa kajian sel stem ini mempunyai potensi sebagai rawatan alternatif penyakit jantung dan memberi harapan yang cerah terutama kepada pesakit jantung yang benar-benar memerlukan rawatan. Mereka berharap penemuan ini dapat membaiki kerosakan tisu jantung dan mengembalikan keupayaan fungsi jantung pada seseorang manusia.

Gambarajah di sebelah kiri menunjukkan sel otot tanpa pengecutan manakala gambarajah pada sebelah kanan menunjukkan otot jantung yang mengecut dan mengembang dengan lebih jelas apabila menggabungkan otot jantung bersama dengan sel stem daripada tisu epikardial.-Kredit Doktor Sanjay Sinha, Penyelidik Universiti Cambridge UK.

Baru baru ini pada tahun 2018, juga terdapat sekumpulan penyelidik dari Universiti Washington yang diketuai oleh Doktor Murry yang merupakan seorang Profesor di Jabatan Perubatan unit Cardiologi dan Bioengineering telah menjumpai potensi besar dalam usaha membaiki fungsi masalah jantung dalam kaji selidiknya menggunakan sel stem manusia yang diuji pada seekor monyet. Hasil kajian ini juga telah diterbitkan dalam journal Nature Biotechnology pada bulan Julai isu ke 2. Menurut Doktor Murry, mereka telah menggunakan sel stem embrio yang diambil daripada tisu kardiomiosit untuk mengembalikan struktur otot jantung agar ia dapat berfungsi seperti biasa. Monyet dari jenis maraque dipilih sebagai bahan ujikaji kerana ia mempunyai saiz jantung dan fisiologinya sangat hampir dengan manusia. Doktor Murry telah membahagi ujikaji ini kepada dua kumpulan. Kumpulan A telah disuntik sel stem embrionik pada jantung monyet yang mempunyai tampalan luka manakala kumpulan B bertindak sebagai eksperimen kontrol telah disuntik dengan larutan air yang biasa.

 

Setelah 4 minggu selepas rawatan diberi, mereka mendapati jantung haiwan pada kumpulan A telah diperbaharui dengan otot yang baru pada sekeliling tampalan luka setelah diimbas dengan menggunakan mesin MRI manakala tiada perubahan yang berlaku pada kumpulan B. Setelah tiga bulan ujikaji diteruskan, Doktor Murry membuat kesimpulan bahawa otot baru jantung yang tumbuh pada sekitar kawasan jantung monyet yang luka telah mampu menggantikan sehingga 29% kerosakan tisu jantung dan akhirnya berubah menjadi tisu jantung yang matang. Doktor Murry percaya masalah fungsi masalah jantung juga boleh diperbaiki apabila menggunakan kaedah ini kepada manusia. Menurutnya lagi, tujuan ujikaji ini dilakukan adalah dengan objektif untuk mencipta rawatan yang kepada pesakit jantung dalam masa yang singkat apabila seseorang itu diserang penyakit jantung. Kajian klinikal ini akan dilanjutkan lagi pada tahun 2020 dan diharap juga menjadi perintis kepada untuk merawat penyakit yang berkaitan ketidakupayaan sel untuk menjana semula seperti penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer’s, Diabetis jenis 1, Osteoporosis dan sebagainya.

 

Rujukan:

https://stemcells.nih.gov/sites/all/themes/stemcells_theme/stemcell_includes/H.%20Chapter%206.pdf

https://medicalxpress.com/news/2019-08-stem-cell-combination-hearts.html

https://www.sciencedaily.com/releases/2018/07/180702154723.htm

https://www.closerlookatstemcells.org/stem-cells-medicine/heart-disease/

https://www.yourgenome.org/facts/what-is-a-stem-cell

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: masalah jantungpenyelidikanpotensi sel stemrawatan jantungSel Stem
ShareTweetShare
Previous Post

UPM & MVP Komersialkan Vaksin Wabak Penyakit Sampar Ayam (ND)

Next Post

Kesan Pengunaan Gajet Pada Kanak Kanak Semasa Waktu Makan

Editor

Editor

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

11 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Kesan Pengunaan Gajet Pada Kanak Kanak Semasa Waktu Makan

Kesan Pengunaan Gajet Pada Kanak Kanak Semasa Waktu Makan

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In