23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Prof Basyaruddin : Pakar Kimia Pemangkinan

Editor by Editor
03/04/2012
in Tempatan, Tokoh
0 0
0

Oleh Khairina Yasin
Sumber : Berita Harian

MELIHAT profil 80 halaman milik Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman cukup membuktikan kredibiliti dan pencapaian cemerlang profesor muda dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Mempunyai kepakaran dalam bidang kimia pemangkinan, Prof Mohd Basyaruddin mencatat sejarah tersendiri pada zamannya apabila berjaya menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) pada usia 26 tahun.

Nyata beliau bukan calang-calang orang, apatah lagi kejayaan muncul sebagai orang Asia pertama yang menjalankan projek penyelidikan berkaitan synchrotron radiation, antara cabang pengkhususan kimia pemangkinan ketika mengambil PhD di University of Southampton, England.

“Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru dan sebagai ahli akademik serta saintis, penerokaan ilmu baru merentasi pelbagai disiplin dituntut bagi memantapkan kepakaran dan pengetahuan sedia ada.

“Di Malaysia, bidang synchrotron radiation ketika itu belum lagi bertapak, malah sehingga kini masih belum ada perkembangannya berikutan kekangan kemudahan makmal dan kos tinggi.

“Faktor itu menjadi kekuatan kepada saya untuk cuba mendalami bidang yang saya anggap unik kerana ia hasil gabungan bidang fizik dan kimia,” katanya.
Pernah meraih pengalaman sebagai penyelidik separuh masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England, Prof Mohd Basyaruddin bagaimanapun terpaksa mengenepikan peluang membina kerjaya di luar negara demi memenuhi hasrat ayah inginkan beliau menjadi pensyarah di universiti tempatan.

Beliau kembali ke tanah air bagi menabur bakti sebagai pensyarah di UPM dengan harapan pengetahuan dan kepakaran dimiliki dapat disalurkan kepada pelajar tempatan.

“Tiga tahun pertama sebagai pensyarah, saya leka dengan kesibukan mengendalikan pelbagai aktiviti peringkat universiti dan pelajar sehingga melupakan tuntutan dalam aktiviti penyelidikan.

“Namun, teguran Timbalan Naib Canselor Inovasi dan Penyelidikan terdahulu , Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh menyedarkan saya untuk kembali membina kekuatan kerana sebagai ahli akademik, hanya satu perkara yang orang akan lihat iaitu jumlah penerbitan.

“Bermula itu, saya mencabar diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan setiap apa yang saya lakukan, saya berpegang kepada falsafah, jangan menyesal mencuba daripada menyesal kerana tidak mencuba,” katanya.

Falsafah itu menjadi titik tolak pencapaian Prof Mohd Basyaruddin dalam penyelidikan sehingga berjaya meraih pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij tempatan serta luar negara dalam tempoh tujuh tahun.

Mengetuai kumpulan penyelidikan Enzim dan Mikrobiologi Teknologi UPM yang ditubuhkan sejak 1996, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM sebelum dipinjamkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menerajui Pusat Penyelidikan Biologi dan Struktur Sintetik, Institut Genom Malaysia (IGM) sebagai pengarah sejak Januari 2009.

Pada peringkat antarabangsa, Prof Mohd Basyaruddin ialah Ahli Pengasas, Global Young Scientist Academy, ahli American Chemical Society, Amerika Syarikat, ahli The New York Academy of Sciences, ahli bersekutu Royal Society of Chemistry, United Kingdom dan ahli World Academy of Young Scientists.

Kecemerlangan beliau dalam penyelidikan turut mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan The Outstanding Young Malaysian Awards 2008, Anugerah Khas Paten 2009, Outstanding Academic – Young Scientist, InterAcademy Panel on International Issues, Jerman 2009, Young Scientist Award, Academy of Sciences for Developing Nation 2009 dan Anugerah Saintis Cemerlang Malaysia 2005.

“Sehingga kini, saya masih aktif menjalankan penyelidikan dalam skop yang lebih luas, bukan saja kimia, malah struktur biologi merangkumi biopemangkinan, kejuruteraan protein dan simulasi molekular.

“Antara kajian pembangunan penyelidikan yang masih aktif pada peringkat makmal ialah Structural Biology and Dynamics of Protein, Metalloenzyme and Metal Substitution in Enzyme, Immobilisation of Enzyme on Advanced Materials, Chiral Esterification of Oleochemicals and Pharmaceuticals, Ionic Liquid and Biosolvent Engineering serta Molecular Modeling and Simulation,” katanya.

BIODATA: Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman
Asal: Pulau Pinang
Umur: 38 tahun
Pendidikan:
– Ijazah Doktor Falsafah Catalysis Chemistry, University of Southampton, England
– Ijazah Dwipengkhususan Kimia dan Sains Komputer, UPM
Pencapaian:
– Profesor Kimia Pemangkinan, Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
– Pengarah Pusat Penyelidikan Biologi dan Struktur Sintetik, Institut Genom Malaysia
– Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
– Penerima Anugerah Khas Paten 2009
– Anugerah Outstanding Young Malaysian 2008
– Outstanding Academic – Young Scientist, InterAcademy Panel on International Issues, Jerman 2009
– Young Scientist Award, Academy of Sciences for Developing Nation 2009
– Young Chemist Awards International Union of Pure and Applied Chemistry Foundation Member – Global Young Academy
– Director/Co-ordinator of the MyBio@School, National Biotechnology Promotion Tour to Schools SIRIM Lead Auditor
– Fellow Researcher of the Institute of Mathematical Research, Institute of Bioscience, dan Institute of Advanced Technology, UPM
– Penyelidik Separuh Masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton
– Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England

Didik kanak-kanak sekolah cintai bioteknologi

BERGELAR profesor dan saintis tidak bermaksud Mohd Basyaruddin hanya berperap di makmal penyelidikan atau dewan kuliah semata-mata, sebaliknya beliau juga sibuk melaksanakan tugas luar berkaitan bidang kepakarannya.

Mengetuai pasukan MyBiotech@School, satu Program Kembara Promosi Bioteknologi Kebangsaan Ke Sekolah di bawah pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Basyaruddin bertanggungjawab memberi informasi dan pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai perkembangan berkaitan bidang bioteknologi negara.

Katanya, program MyBiotech@School menyasarkan penyertaan pelajar sekolah menengah luar bandar seluruh negara dengan pengisian pelbagai aktiviti bersifat hands-on dan interaktif kepada pelajar.

“Sehingga kini, kira-kira 50,000 pelajar sudah memperoleh manfaat program ini yang disifatkan sebagai satu program berkesan mendekatkan pelajar dengan bidang bioteknologi.

“Aktiviti dijalankan bersifat fun learning apabila pelajar berpeluang mendalami proses pengklonan, pengekstrakan asid deoksiribonukleik (DNA) dan teknik menjadi biousahawan menerusi permainan interaktif,” katanya.

Mengakui serasi dengan tanggungjawab luaran itu, beliau berkata, menjadi satu kepuasan apabila rata-rata pelajar mula menyedari potensi dan peluang yang ditawarkan bidang bioteknologi selain menjadikannya sebagai bidang pengajian pilihan apabila memasuki universiti kelak.

Katanya, pelajar juga semakin yakin bahawa bidang bioteknologi meliputi aspek yang lebih luas dan bukan terhad kepada biologi semata-mata.

“Jika pada awalnya, mereka beranggapan mempelajari biologi hanya menyediakan peluang kerjaya sebagai doktor semata-mata, kini mereka mula yakin potensi subjek untuk menjadi jurutera dan biousahawan.

“Selain MyBiotech@ School, saya juga terbabit dalam Program Back To School, Akademi Sains Malaysia di mana profesor universiti turun padang ke sekolah menyampaikan ceramah atau menjadi penasihat kepada projek inovasi sains di sekolah seluruh negara,” katanya

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Tokoh Sains Tempatan
ShareTweetShare
Previous Post

Teh: Baik Untuk Otak dan Minda

Next Post

Fahami Tabi'i Alam

Editor

Editor

Related Posts

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan
Berita & Peristiwa

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

5 months ago
Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut
Alam Semulajadi

Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut

9 months ago
Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat
Alam Semulajadi

Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat

10 months ago
Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau
Alam Semulajadi

Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau

10 months ago
Next Post
Teknologi Hijau : Semua Pihak Perlu Berperanan

Fahami Tabi'i Alam

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In