23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Profesor Sekam Padi – Profesor Halimaton Hamdan

Editor by Editor
22/10/2013
in Tokoh
0 0
0

Profesor Sekam Padi
Kimia Jodoh Halimaton
Sumber : Kosmo 2009

JIKA lazimnya seorang ahli kimia tampil berkaca mata, berpakaian serba ringkas tetapi serius, dan pucat tidak bermekap, lain pula halnya dengan profesor kimia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Profesor Dr. Halimaton Hamdan, 53. 

Penerima Anugerah Merdeka 2009 untuk kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi itu tidak berkaca mata, melepaskan rambut separas bahunya mengurai dan tidak pernah lupa mengoleskan sekurang-kurangnya gincu di bibir. Malah melihatkan gayanya berpakaian, tidak mustahil ada yang melabelnya wanita korporat. 

Anugerah Merdeka 2009 turut diraih Tun Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Gan untuk kategori Pendidikan dan Komuniti, dan Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang untuk kategori Pencapaian Luar Biasa Persekolahan. Masing-masing menerima dua buah trofi, sijil dan ganjaran RM500,000. 
“Saya sangat suka pakaian. Di rumah saya di Johor, satu almari penuh dengan pakaian pelbagai rekaan, dengan beg tangan dan kasut sepadan,” kongsinya secara terbuka ketika ditemui di kediaman persinggahannya di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

[Baca: Nanoteknologi- Ilmu yang mengubah Kualiti Kehidupan Manusia]
 

Untuk sesi fotografi bersama Jurnal pun ibu kepada dua orang anak itu dengan senang hati mengenakan dua persalinan pakaian. 

“Waktu muda dulu saya sebenarnya berminat dalam bidang komunikasi massa dan perhubungan awam. Menjadi arkitek juga salah satu cita-cita saya kerana saya minat seni. 

“Saya juga banyak buat kerja kraf seperti menjahit lapik meja dan sebagainya, ia ada disimpan di rumah ibu saya.
“Ketika di sekolah pula saya banyak melibatkan diri dalam persembahan pentas seperti menyanyi, berlakon dan menari.
“Tetapi hala tuju saya berubah sedikit demi sedikit setelah saya memasuki sekolah berasrama penuh di Johor,” ujar Halimaton yang turut menjahit sendiri baju kurung tradisionalnya.

Kimia menyeronokkan
 

“Ketika berada di tingkatan satu di Sekolah Tun Fatimah (STF), saya mendapat berita tentang senior-senior saya yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara menggunakan biasiswa, membuatkan saya berkobar-kobar hendak mengikut jejak langkah mereka. 

“Jadi, sejak itu, saya berazam untuk sambung belajar ke luar negara (tanpa memikirkan subjek yang akan diambil.)
“Di STF, saya mula didedahkan kepada subjek Kimia dan saya dapati ia sangat menarik. Ia sebenarnya terdiri daripada gabungan Matematik, Fizik dan Biologi. Ia sains yang seimbang dan menyeronokkan,” kenangnya. 

Tatkala itu, apabila ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Kimia, Halimaton, yang mesra disapa Prof. Hali oleh pelajar dan teman sekerja itu menerimanya dengan hati yang terbuka.
 
“Lagipun, tahun 1970-an ialah era Dasar Ekonomi Baru (DEB). Jadi kerajaan amat menekankan penglibatan dalam sains. Peluang untuk mendapat biasiswa dalam jurusan lain pula amat sempit,” tambah anak sulung daripada enam adik-beradik itu. 

Suami beliau, yang juga merupakan seorang pensyarah di Jabatan Kimia UTM, Profesor Madya Mohd Nazlan Mohd Muhid, 52, pula melihat ciri itu sebagai kualiti pendorong kejayaan isterinya. 

“Itulah kualiti yang membolehkan dia (Halimaton) berjaya dalam setiap yang dilakukannya. Dia seorang yang positif. Berani mencuba dan tidak membenarkan fikiran negatif menghalangnya daripada melakukan sesuatu,” kata Nazlan.
Hasilnya, kajian ke atas sekam padi yang berlarutan sehingga sembilan tahun memberi Halimaton ganjaran yang begitu berbaloi. 

Beliau akhirnya menemukan jawapan kepada silika yang diperlukan untuk menghasilkan aeorgel, bahan pejal paling ringan di dunia untuk pelbagai kegunaan, yang selama ini melibatkan kos penghasilan yang sangat tinggi dan hanya dapat diimport dari luar negara. 

Sifat penyelidik 

Kalau ada sekali pun kajian yang gagal, Halimaton tidak terlalu memikirkan kegagalan itu.
“Jarang sekali saya lihat dia bermurung kalau ada sebarang kegagalan. Sebaliknya dia akan memikirkan dan mencari apa yang salah. Dia juga tidak bawa masalah kerja ke rumah. 

“Selalunya masalah kerja kami bincang dalam kereta semasa balik dari kerja dan habis di situ saja,” tambah Nazlan.
Halimaton bagaimanapun menjelaskan, itulah keunikan sifat seorang penyelidik.
“Sasaran seorang penyelidik dalam setiap kajian yang dilakukan ialah untuk menemukan sesuatu. Maka yang paling penting ialah perancangan. 

“Kalau asyik dengan kegagalan yang lepas nanti kita akan kehilangan daya untuk maju ke depan.
“Cukuplah sekadar mempelajari kesilapan dan mencuba sedaya upaya untuk tidak mengulanginya,” simpul Halimaton.
Memegang status seorang ibu ketika sedang bergelut untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) dalam Kimia Fizikal di Universiti Cambridge, United Kingdom, penerima anugerah Tokoh Penyelidikan UTM 2008 itu juga tidak melihat situasi itu sebagai halangan. 

“Sebagai seorang wanita, memang saya terpaksa cekal dan tabahkan diri untuk membahagi masa dan tugas sebagai seorang isteri, ibu dan pensyarah ketika itu memandangkan saya tidak mengupah orang gaji untuk menjaga rumah dan anak saya.
“Tetapi ia bukan satu halangan,” tegasnya.
Tidak perah berhenti bekerja keras untuk ‘mempopularkan’ bidang kimia bagi menarik minat lebih ramai orang muda untuk menyertainya, langkah Halimaton bagaimanapun tidak dituruti dua puteranya.
“Pada asalnya memang mereka belajar dalam aliran Sains. Tetapi apabila mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam jurusan lain, mereka menukar hala tuju.
“Anak sulung saya, Mohd Haniz, 26, seorang graduan Sains Aktuari, dan anak bongsu, Mohd Hazim, 18, kini sedang belajar jurusan perbankan kewangan,” jelasnya.
“Tidak menjadi masalah bagi saya kerana negara sudah menjurus ke arah K-economy. Bukan saja saintis diperlukan tetapi juga kemahiran profesional yang lain. Yang penting ialah cara kita menguruskan ilmu itu.
“Saya bersyukur kerana mereka cemerlang dalam bidang yang diceburi,” sambung Halimaton.

Maerogel

Jodoh, kata Halimaton, telah menemukannya dengan sekam padi yang kaya dengan silika.
“Ketika itu, saya sedang menonton sebuah program televisyen yang memaparkan masalah petani yang tidak tahu cara lain untuk melupuskan sekam padi selain membakarnya. Langkah itu pula menyumbang kepada pencemaran alam.
“Pada waktu itu saya tahu abu sekam yang tinggal itu mengandungi silika, cuma saya tidak tahu kuantitinya begitu banyak,” luahnya. 

Malah daripada pembacaannya, Halimaton mendapati dunia mempunyai permintaan yang tinggi terhadap aerogel silika dan mengharapkan sumber yang lebih murah untuk menghasilkannya. 

Wanita Asia pertama yang memasuki Peterhouse, kolej tertua Universiti Cambridge, itu melihat situasi itu sebagai cabaran yang menarik untuk ditawannya. Rentetan daripada itu, Halimaton nekad untuk membuat kajian yang lebih mendalam ke atas sekam padi. 

Daripada sebuah kajian peribadi, Halimaton kemudiannya berkongsi penemuan itu bersama pelajar pasca ijazahnya. Selepas lapan bulan, pada awal 2000, Maerogel, atau ‘aeorgel Malaysia’ berjaya dihasilkan.
Sembilan tahun berikutnya barulah ia memasuki fasa prakomersial. Penghasilan Maerogel menggunakan teknologi hijau yang bersih dan menggunakan tenaga yang minimum. 

“Sekarang sebuah loji yang mengandungi kilang untuk menghasilkan Maerogel pada kapasiti komersial sedang dibina di Nilai, Negeri Sembilan. 

“Jika semuanya berjalan lancar, ia akan mula beroperasi pada awal 2010. Kajian makmal akan terus dijalankan di UTM,” ulas Halimaton yang bakal bersara dari UTM tiga tahun lagi.Kemaskini : Prof Datuk Dr. Halimaton Hamdan kini menjawat jawatan sebagai Naib Cancelor University Malaysia of Computer Science & Engineering (UniMy)


Foto: merdekaaward.my
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: aerogelmaerogelprofesor halimaton hamdanSaintis MelayuTokoh Sains Tempatan
ShareTweetShare
Previous Post

Otak dicuci ketika Tidur

Next Post

Punca-punca Penyakit Lupa

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

1 year ago
Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)
Berita & Peristiwa

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)

3 years ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

3 years ago
Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri
Berita & Peristiwa

Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri

3 years ago
Next Post
Punca-punca Penyakit Lupa

Punca-punca Penyakit Lupa

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In