23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 3, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Program Angkasawan Malaysia & Senario Politik Semasa

Editor by Editor
19/12/2013
in Rencana
0 0
0

Oleh Dr. Azmi Hassan

BEGITU menarik sekali apabila Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyatakan beliau sudah mempunyai tarikh untuk melaksanakan misi angkasa lepas kedua iaitu menghantar angkasawan ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Beliau berkata demikian ketika melancarkan pameran angkasawan yang diadakan di Maritim Putrajaya beberapa hari lepas dan turut membayangkan bahawa tarikh misi penghantaran angkasawan kedua sudah semakin dekat.
Begitu banyak pengajaran yang telah dijadikan iktibar ekoran kejayaan angkasawan pertama Malaysia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berada di ISS selama beberapa hari terutama sekali yang bersangkut paut dengan manfaat yang telah diperolehi dari misi tersebut.
Walaupun misi pertama itu tidak membabitkan kos secara langsung kerana ia merupakan program ofset hasil daripada balasan pembelian jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia, rakyat Malaysia tetap kritikal mengenai keperluan menghantar angkasawan ke angkasa.
Sebab itu MOSTI mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam merangka perincian program angkasawan kedua dengan mengambil kira pendapat dari semua pihak yang berkepentingan seperti industri, akademia, saintis, ahli politik dan juga orang awam.
“Apa yang penting ialah perancangan yang rapi dan menentukan pengisian programnya demi memastikan ia membawa hasil kepada negara kerana orang ramai akan bertanya mengenai apakah hasil yang diperoleh dalam Program Angkasawan ini setelah membelanjakan wang yang banyak,” tambah Dr. Ewon.
Tanpa program ofset yang boleh digunakan dalam misi kedua, maka kos yang dianggarkan paling minimum RM100 juta sudah pasti memerlukan justifikasi yang begitu kukuh untuk menyakinkan rakyat Malaysia mengapa Program Angkasawan ini perlu diteruskan. Amat begitu sukar sekali untuk menyakinkan sesiapa sahaja dengan menggunakan dalil keperluan adalah begitu kritikal untuk angkasawan melaksanakan uji kaji di ISS kerana RM100 juta juga banyak kegunaan lebih mendesak di atas bumi.
Langkah MOSTI untuk melibatkan pihak industri adalah strategi yang bijak untuk memastikan bahawa misi angkasawan kali ini akan memberi manfaat secara langsung kepada sektor yang berkait rapat dengan teknologi angkasa iaitu industri aeroangkasa. Bagi sebuah negara yang kecil, Malaysia mempunyai industri aeroangkasa yang agak sihat kerana ketika ini mampu menyumbang sehingga 3.5 peratus Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK). Jika ditinjau program angkasawan pertama, penglibatan sektor industri adalah pada tahap paling minimum dan sebab itu persepsi masyarakat umum adalah begitu negatif sekali.
Program Angkasawan juga perlu mempunyai sinergi dengan industri angkasa terutama sekali yang melibatkan teknologi satelit. RazakSat iaitu satelit penderiaan jauh pertama negara yang dibangunkan sepenuhnya oleh kepakaran tempatan melalui Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) adalah bukti jelas bagaimana kejayaan boleh dicapai dalam industri teknologi termaju jika mempunyai perancangan yang teliti.
Satelit RazakSat dikatakan memiliki ciri yang unik kerana pergerakan adalah melalui orbit hampir khatulistiwa yang tidak pernah dilakukan oleh satelit lain di dunia sebelum ini. Oleh kerana jangka hayat satelit RazakSat akan tamat tidak lama lagi, ATSB sekali lagi diberi tanggungjawab untuk membangunkan satelit baharu yang dinamakan RazakSat2.
Program angkasawan juga perlu mengambil pendekatan yang serupa iaitu misi kali ini perlu mempunyai ciri yang unik sama ada dalam bentuk uji kaji yang bakal dilaksanakan atau pun apa jua perkara yang berkaitan secara langsung seperti perpindahan teknologi umpamanya.
Jika pendekatan sosio-ekonomi tidak digunakan sepenuhnya dalam program angkasawan pertama untuk menyakinkan masyarakat kepentingan program tersebut, begitu juga dengan strategi sosio-politik juga langsung tidak diamalkan ketika itu. Ahli politik Malaysia dinilai kurang berminat membicarakan isu ini kerana ia jarang disentuh berkemungkinan golongan ini berpendapat tidak ada kena mengena dengan senario politik negara.
Tetapi amat berbeza pula dengan negara lain yang berjaya menghantar rakyat mereka ke angkasa, strategi sosio-politik digunakan sepenuhnya untuk meraih manfaat tertentu. Korea Selatan umpamanya menggunakan isu kejayaan angkasawan Yi So-yeon yang telah berada di ISS selama 10 hari pada 2007 sebagai pemangkin untuk mendekatkan hubungan di antara Seoul dan Pyongyang. Ini adalah kerana rakyat Korea Selatan menilai kejayaan So-yeon adalah kejayaan rakyat Semenanjung Korea keseluruhannya.
Begitu juga apabila setiap kali angkasawan dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) dipilih untuk menyertai misi ke ISS, label negara asal angkasawan tidak dipergunakan kerana untuk menghindar hanya negara tertentu mendapat manfaat. Sebab itu lazimnya tidak kira angkasawan ESA itu berasal dari Britain, Perancis atau Itali tetapi apa yang pasti adalah angkasawan itu mewakili keseluruhan negara dalam Kesatuan Eropah.
Begitu juga dengan kejayaan China mendaratkan kenderaan perayau Jade Rabbit di permukaan bulan beberapa hari lepas, Beijing telah menggunakan peristiwa ini untuk menyakinkan rakyat mereka bahawa China sudah berada pada tahap kedudukan yang selama ini hanya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Rusia sahaja.
Memang benar Malaysia perlu berhati-hati dalam melaksanakan program angkasa lepas negara dan ini termasuklah program angkasawan. Tetapi satu perkara perlu difahami dan tidak dapat dielakkan ialah peruntukkan yang besar adalah diperlukan jika Malaysia serius menceburi bidang tersebut dan di sinilah kemahuan politik yang kuat memainkan peranan yang penting untuk menjayakan misi tersebut.
Sebab itu kritikal bagi MOSTI menggunakan strategi sosio-ekonomi dan sosio-politik dengan berkesan supaya manfaat yang maksimum mampu diraih melalui program angkasawan kedua.
PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.
Sumber – Utusan

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: angkasawan negaramostiprogram angkasawan
ShareTweetShare
Previous Post

Siri Mengenal Ilmu (Fizik) - Bahagian I

Next Post

Siri Mengenal Ilmu (Fizik) - Bahagian II

Editor

Editor

Related Posts

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser
Berita & Peristiwa

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

6 months ago
Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar
Berita & Peristiwa

Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar

7 months ago
Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21
Berita & Peristiwa

Implikasi COVID-19 Terhadap Kemahiran Abad ke-21

12 months ago
Tembok Sempadan antara Agama dan Sains
Berita & Peristiwa

Tembok Sempadan antara Agama dan Sains

12 months ago
Next Post
Siri Mengenal Ilmu (Fizik) – Bahagian II

Siri Mengenal Ilmu (Fizik) - Bahagian II

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In