23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Program Penghasilan Bebola Lumpur (mudball) oleh Siswa Sains Kesihatan UiTM dan Komuniti Alam Suria

Teknik rawatan air menggunakan bebola lumpur (mudball)

Editor by Editor
07/07/2022
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Dr. Ahmad Razali Bin Ishak

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran
Fakulti Sains Kesihatan, UiTM

 

Bebola lumpur atau lebih dikenali sebagai mudball adalah salah satu teknik perawatan air secara semula jadi dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya. Mudball mengandungi mikroorganisma berfaedah yang mampu merawat pencemaran air kolam, tasik, sungai, longkang dan sebagainya. Pencemaran air biasanya disebabkan oleh kandungan bahan organik dan kandungan ammonia terlarut yang tinggi hasil dari buangan air kumbahan, industri, pertanian, landskap dan larian permukaan. Selain daripada itu, peningkatan populasi agen patogenik seperti bakteria, virus, protozoa dan cacing parasit di dalam air juga turut menyumbang kepada pencemaran air sekaligus memberi impak negatif kepada hidupan akuatik dan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Mudball amat mudah disediakan, namun masih ramai dikalangan masyarakat yang belum mengetahui tatacara pembuatannya. Bahan-bahan pembuatan mudball adalah terdiri daripada Larutan EMAS, Sekam padi/hampas santan dan tanah merah. Langkah pertama membuat mudball adalah dengan menyediakan larutan EMAS terlebih dahulu iaitu dengan mencampurkan stok pati mikroorganisma berfaedah, molase/gula merah dan air tanpa klorin dalam nisbah 1L:1L:20L.  Larutan EMAS ini akan digunakan untuk dicampurkan dengan sekam padi/hampas santan  untuk dijadikan ‘serbuk Bokashi’. BOKASHI adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud bahan organik yang ditapai dan mengandungi sekumpulan mikroorganisma berfaedah. Serbuk ini akan dicampurkan dengan tanah merah sehingga sebati sebelum digumpal menjadi mudball. Untuk menghasilkan mudball yang berkualiti, setiap 14kg tanah dianggarkan memerlukan lebih kurang 700gram serbuk Bokashi. Mudball yang telah siap dibentuk akan disimpan di dalam kotak untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 minggu atau  sehingga matang sebelum boleh digunakan untuk perawatan air.

Penggunaaan Mudball dapat membantu meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah dan menyebarkannya di dalam air dengan lebih berkesan serta menjimatkan kos. Peningkatan populasi mikroorganisma berfaedah di dalam air akan membantu meningkatkan penguraian bahan pencemar organik secara semulajadi sekaligus meningkatkan kandungan oksigen terlarut dalam air. Selain daripada itu, tindakan mikroorganisma berfaedah juga mampu menjernihkan dan meneutralkan pH serta menurunkan kandungan ammonia terlarut dalam air. Penggunaan Mudball akan dapat meningkatkan kualiti air ketahap yang selamat untuk digunakan bagi tujuan pertanian, perikanan dan penternakan.

Mengambil kira kelebihan penggunaan Mudball bagi perawatan air, Pusat Pengajian Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah bekerjasama dengan pihak pihak pengurusan Surau Al-Ikhlas, Persatuan Penduduk dan Kesatuan Rukun Tetangga Taman Alam Suria, Bandar Puncak Alam bagi menganjurkan program penghasilan mudball pada 2 Julai 2022. Program ini diadakan di perkarangan surau Al-Iklhas dan di tasik rekreasi Alam Suria 5A1 melibatkan seramai 38 orang mahasiswa dan 5 orang pensyarah. Program ini juga melibatkan hampir 50 orang penduduk yang merupakan warga kumuniti Alam Suria 5A1, 5A2, 5A4 dan Alam Suria Enclave. Program dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan aplikasi mudball dalam perawatan air diikuti demonstrasi penghasilan mudball oleh mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan, UiTM. Para siswa dan penduduk kemudiannya mengadakan aktiviti gotong-royong pembersihan tasik dan diakhiri dengan pelemparan sebanyak 2022 biji mudball ke dalam Tasik 5A1. Bilangan 2022 biji mudball adalah simbolik kepada tahun 2022 yang menjadi satu langkah bangkit semula selepas cabaran pandemik dalam kelestarian bandar. Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Surau Al-Ikhlas, Ustaz Norherman Shah Bin Mohd Ansor. Beliau mengharapkan agar kerjasama ilmu antara Fakulti Sains Kesihatan dengan warga penduduk Alam Suria dapat diteruskan. Dengan adanya program seperti ini, kerjasama dan penyampaian ilmu antara universiti dengan masyarakat dapat dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya menyahut seruan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dalam menjayakan sasaran pembangunan lestari (sustainable development goal, SDG); Sasaran 6; Sanitasi dan air bersih, Sasaran 14; Hidupan bawah air.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bebola lumpurmudballrawatan air
ShareTweetShare
Previous Post

Apakah Sumbangan Nilai Ekonomi Penyu?

Next Post

Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar

Editor

Editor

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

7 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar

Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat Terhadap Kesan Kejadian Ini?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In