23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pulau Herba: Laboratorium Alam Terbuka untuk Pendidikan dan Pelancongan

Pulau Herba: Laboratorium Alam Terbuka untuk Pendidikan dan Pelancongan

Editor by Editor
27/12/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Norhazlini Mat Zain¹, Aweng Eh Rak², Nor Hizami Hassin³, Zulhazman Hamzah4, Muhamad Azahar Abas5 & Muhammad Firdaus Abdul Karim6

¹Cik Norhazlini Mat Zain, Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Sains Bumi
²Dr. Aweng A/L Eh Rak, Profesor Fakulti Sains Bumi
³Encik Nor Hizami Hassin, Pensyarah Fakulti Sains Bumi
4Dr. Zulhazman Hamzah, Profesor Madya Fakulti Sains Bumi
5Dr. Muhamad Azahar Abas, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi
6Dr.Muhammad Firdaus Abdul Karim, Pengarah UMK TRaCE, Tasik Banding, Grik, Perak

Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

 

Pulau Herba merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang terdapat di Tasik Banding, Gerik, Perak. Dengan menaiki bot rumah atau dikenali sebagai houseboat, perjalanan untuk tiba ke pulau ini mengambil masa kira-kira 45 minit. Dengan keluasan kira-kira 1.2 ekar, pulau ini bukan sahaja menawarkan persekitaran semula jadi yang indah, tetapi juga berperanan sebagai destinasi unik untuk pendidikan dan penglibatan pelancong dalam memperkenalkan tumbuhan herba yang diamalkan dalam perubatan tradisional masyarakat di Malaysia.

Pada awalnya, pulau ini hanyalah sebuah pulau yang terbiar, namun di atas inisiatif penduduk setempat di bawah kelolaan Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor (PPPTT), Pulau Herba ini diwujudkan. Menurut En. Taufik bin Hassan Saari, yang juga merupakan setiausaha kepada persatuan PPPTT ini, Pulau Herba bakal dijadikan sebagai salah satu pakej persinggahan (checkpoint) bagi pelancong yang datang ke Royal Belum dengan menaiki houseboat. Pulau ini berpotensi menawarkan aktiviti menarik seperti pengenalan kepada tumbuhan herba, mempelajari resepi serta cara penyediaan herba dan juga menikmati herba yang disediakan. Jualan produk berasaskan herba yang terdapat di sini juga bakal diadakan bagi menambah pendapatan untuk menampung penyelengaraan dan meningkatkan infrastruktur yang diperlukan di pulau ini. Selain daripada itu, En. Taufik juga berharap, penglibatan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dapat membuka peluang yang lebih luas dan berterusan dalam kajian sumber alam semula jadi dan pendidikan di Pulau Herba. Dengan kerjasama yang erat antara PPPTT dan UMK, dijangka berupaya untuk menggerakkan inisiatif-inisiatif baru seperti program penyelidikan terkini yang berkaitan dengan kepelbagaian biologi, peningkatan teknologi dalam pemantauan, serta pengembangan kurikulum pendidikan yang lebih dinamik tentang flora dan fauna Pulau Herba. Justeru, hubungan kerjasama ini sangat penting kerana ia akan memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat setempat, pelancong, dan komuniti sains di seluruh dunia yang tertarik dengan keindahan dan kepelbagaian biologi Pulau Herba. Oleh yang demikian, pendekatan sebegini memainkan peranan utama dalam menjaga sumber alam secara lestari dan secara tidak langsung dapat membantu menangani isu perubahan iklim.

Baru-baru ini, Pulau Herba telah menerima kunjungan seramai 30 orang peserta dari program UNESCO “World Heritage Volunteer, (WHV 2023) yang berlangsung selama 12 hari anjuran Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Tropika, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK TRaCE) dengan kerjasama Fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Kesejahteraan serta rakan agensi setempat dan NGO swasta. Program WHV 2023 adalah kali kedua dipilih oleh UNESCO untuk diadakan selepas kejayaan penganjuran pada tahun 2022. Pada kali ini WHV (2023) bertemakan “Together in TRACE-ing Royal Belum State Park Tropical Rainforest as Climate Stabilizer” dengan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menyemai rasa tanggungjawab di kalangan belia, komuniti tempatan, pelancong (tempatan dan luar negara) dan juga pihak berkepentingan demi untuk memelihara, memuliharan dan mempromosi perlindungan hutan hujan tropikal Taman Negeri Royal Belum yang berperanan sebagai penstabil iklim tempatan dan global.

Program WHV (2023), UNESCO ini telah menetapkan 5 modul utama yang akan dilaksanakan oleh peserta iaitu (TRaCe Awareness, TRaCe Biodiversity, TRaCe Community, TRaCe Partnership dan TRaCe Solution. Program penanaman pokok herba di Pulau Herba ini adalah salah satu aktiviti daripada modul TRaCe Biodiversity kepada peserta.  Sehubungan itu, program WHV (2023) ini akan berperanan dalam mempromosikan Pulau Herba sebagai salah satu tempat rujukan dan koleksi gen hidup tumbuhan herba di hutan hujan tropika kepada pengetahuan global. Program WHV (2023) ini juga akan meningkatkan kefahaman tentang ekosistem semula jadi pulau dan menggalakkan sokongan untuk aktiviti-aktiviti konservasi alam sekitar.

Dalam penganjuran kali ini, peserta adalah terdiri daripada beberapa buah negara seperti Mozambique, Brunei, India, Sri Lanka, China, Indonesia, dan warga Malaysia sendiri. Menurut salah seorang dari peserta, Laisa Victor Guivalar dari Mozambique, Afrika, program ini telah memberi kesedaran kepada mereka tentang khazanah alam semula jadi yang tidak ternilai di pulau ini, terutama pokok-pokok yang memiliki nilai perubatan yang tinggi. Semasa kunjungan, Prof. Dr. Aweng Eh Rak yang mempunyai kepakaran dalam bidang tumbuhan herba, telah memberi penerangan yang mendalam mengenai pokok-pokok herba yang terdapat di pulau ini. Semasa program berlangsung, peserta ditugaskan untuk membuat penandaan (tagging) pokok-pokok herba yang telah ditanam bagi mengelakkan pokok-pokok tersebut diusik atau ditebang semasa kerja pembersihan pulau. Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang telah sedia ada di pulau tersebut antaranya: Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Pinang Puyuh (Curculigo latifolia), Gajah Beranak (Goniothalamus scortechinii), Akar Mengkunyit (Coscinium blumeanum), Putat (Barringtonia racemosa), dan Gandarusa (Justicia gendarussa). Manakala, antara pokok herba yang ditanam oleh peserta-peserta WHV di Pulau ini adalah pokok Bunga Telang (Clitoria ternatea), Kunyit Hitam (Curcuma caesia), Halia Bara (Alpinia purpurata), Halia Hitam (Kaempferia parviflora), Belalai Gajah (Clinacanthus nutans), dan Ulam Raja (Cosmos caudatus).

Dalam usaha untuk menjaga kelestarian pulau ini, En. Mohd Khairul Hamzah, yang berpengalaman selama 10 tahun sebagai eksekutif landskap dan juga merupakan seorang ‘certified arborist’ telah bertungkus lumus dalam memberikan sumbangan idea dan tenaga untuk pemeliharaan pulau ini. Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan penting untuk memastikan Pulau Herba terus berfungsi sebagai laboratorium alam terbuka yang menjadi rujukan di peringkat antarabangsa di masa depan. Program sebegini dengan kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada tempatan dan antarabangsa akan menjadi kunci kejayaan kepada pemuliharaan alam semula jadi yang cekap dan berkesan. Dengan kata yang lain, pakatan idea, tenaga, pemudah cara, pengalaman dan kepakaran dalam usaha menjaga kelestarian pulau ini akan membantu mengekalkan keindahan alam dan ekosistem yang berharga ini untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Gambar 1: Peserta WHV 2023 bergambar sebagai kenangan di atas salah satu houseboat yang membawa mereka berlayar ke Pulau Herba
Gambar 2: Prof. Dr. Aweng berkongsi kaedah yang betul untuk menanam pokok-pokok herba
Gambar 3: Peserta diajar kaedah untuk membuat plot tumbuhan herba di lapangan
Gambar 4: En. Khairul Hamzah (arborist) memberi penerangan berkaitan cara-cara untuk ‘tagging’ pokok-pokok herba
Gambar 5: Peserta-peserta WHV 2023 ternyata cukup bersemangat dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan Pulau Herba ini.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aweng A/L Eh RakFakulti Sains BumiProfesor Dr. Aweng A/L Eh RakProfesor Madya Dr. Aweng A/L Eh RakPulau HerbaUMK
ShareTweetShare
Previous Post

Teknik dan Resepi Pemekatan Cecair Untuk Pesakit Disfagia

Next Post

Sistem Akuaponik (LB-Ponic) Memacu Pertumbuhan Sosio-ekonomi Penduduk Sekitar Kuala Nerus Terengganu

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

21 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Sistem Akuaponik (LB-Ponic) Memacu Pertumbuhan Sosio-ekonomi Penduduk Sekitar Kuala Nerus Terengganu

Sistem Akuaponik (LB-Ponic) Memacu Pertumbuhan Sosio-ekonomi Penduduk Sekitar Kuala Nerus Terengganu

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In