23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 30, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pulau Socotra: Pulau Paling Aneh Di Dunia

Taza Aznam by Taza Aznam
04/07/2018
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dans C’Kay

Pada 7 juta tahun dahulu, ketika pembentukan benua masih lagi aktif, sebahagian kecil tanah benua Afrika terpisah sehingga membentuk sebuah gugusan-gugusan pulau iaitu Socotra yang terdiri dari 4 buah pulau yang mana lokasinya berada di tengah Laut Arab. Kordinasi gugusan lebih tepat adalah 240 kilometer dari timur Tanduk Afrika dan 30 kilometer dari selatan Semenanjung Arab.

Antara 4 buah pulau gugusan Socotra, Pulau Socotra yang saiznya 95% dari gugusan kepulauan itu (3,796 kilometer persegi) mempunyai kisah yang menarik untuk diceritakan. Pulau Socotra ditemui sejak kurun ke pertama Masihi. Marco Polo pernah mencatatkan mengenai pulau tersebut dalam penjelajahan mengelilingi dunia.

Kemudian pada tahun 1511, Pulau Socotra dikuasai oleh kesultanan Mahra. Pada 30 November 1967, akhirnya Pulau Socotra milik negara Republik Yaman dengan populasi seramai 50,000 orang. Kerana terpinggirnya pulau itu dari tanah besar seperti Afrika dan Semenanjung Arab, pulau itu digelar sebagai “Kawasan paling aneh di Bumi” atau “The most alien-looking place on Earth” sehingga mendapat pengiktirafan dari UNESCO pada Julai 2008.

Gambar 1: Lokasi Pulau Socotra. Kredit: Wiki

Apa yang dimaksudkan frasa “The most alien-looking place on Earth”? Yang menjadikan pulau itu istimewa sehingga digelar sedemikian rupa adalah kepelbagaian flora dan fauna. Pulau Socotra tidak dipenuhi dengan hutan tropika. Gurun juga tidak walaupun berdekatan dengan Semenanjung Arab dan Afrika. Hutan di Pulau Socotra sukar untuk dibayangkan. Pokok-pokoknya yang tumbuh meliar tidak seperti akar yang menjalar dan pokok tropika yang tegak menapisi cahaya mentari. Kepelbagaian flora dan fauna Socotra ada unik dan esotik. Kepelbagaian itu membuatkan kita terfikir, “Adakah saya berada di planet lain?

Keanehan, keunikan, keajaiban kepelbagaian flora dan fauna Pulau Socotra teramat indah untuk dinikmati sehingga kanak-kanak yang melihatnya berfikir bahawa dia berada di dunia penuh khayalan. Kepelbagaian itu menjadikan Pulau Socotra dianggap sebagai permata biodiversiti di Semenanjung Arab. Keterasingan pulau itu ditambah bersama iklim gurun telah mewujudkan flora dan fauna endemik (organisma yang hanya wujud di habitat asal) yang menakjubkan. Dalam kajian yang dilakukan oleh Royal Batonic Garden Edinburgh, 307 dari 825 spesis tumbuhan di Pulau Socotra adalah spesis endemik, meliputi satu pertiga pulau besar itu.

Spesis flora endemik pertama Pulau Socotra sehingga menjadi ikon khas pulau itu adalah pokok Darah Naga (nama saintifik: Dracanea Cinnabari). Bentuk pokok itu seperti payung yang mampu memayungi sejumlah besar manusia daripada kepanasan mentari. Apa yang menjadikan pokok ini digelar sedemikian adalah getahnya yang berwarna merah persis darah naga di zaman purba. Getah itu biasanya dijadikan pewarna semula jadi dan dipercayai sebagai ubat penyembut penyakit oleh penduduk pulau.  Pada zaman pertengahan, pohon Darah Naga turut dijadikan medium dalam ritual sihir penduduk Socotra.

Gambar 2: Pokok Darah Naga. Kredit: Davide Comelli / Flikr

Spesis pohon endemik kedua Socotra adalah pokok Delima Socotra (nama saintifik: Punica protopunica). Pokok Delima Socotra adalah pokok yang berevolusi dari pokok delima. Ia memiliki bunga berwarna merah, berbeza dengan bunga pokok delima biasa yang berwarna merah jambu. Buah delima Socotra biasanya digunakan sebagai ubat penyembuh luka dan daunnya dijadikan sebagai stok makanan haiwan ternakan apabila kering.

Pokok Timun Raksasa (nama saintifik: Dendrosicyos socotranus) juga antara spesis pohon endemik wujud di Pulau Socotra. Pokok itu bukan sejenis pokok yang menghasilkan buah timun. Ia dinamakan sedemikian kerana fizikal batang pokok itu menyerupai timun raksasa bersama ranting-ranting halus pada bahagian pucuk serta memiliki bunga-bungaan kecil.

Gambar 3: Pokok Timun Raksasa. Kredit: Panoramio

Selain tumbuhan, Pulau Socotra juga mempunyai pelbagai jenis haiwan endemik seperti serangga: Julodis clouei, sejenis kumbang endemik dan Belalang Socotra. Spesis burung juga mempunyai spesis endemik seperti Socotra Starling (Onychognathus frater), Socotra Sunbird (Nectarinia balfouri), Socotra Sparrow (Passer insularis), Grosbeak Socotra (Rhynchostruthus Socotranus), serta Socotra warbler (Incana incana). Terdapat juga spesis reptilia (kumpulan biawak dan buaya) yang mempunyai spesis endemik seperti Socotran Skink. Di bahagian perairan, terdapat spesis terumbu karang endemik menghiasi dasar laut pulau. Pokoknya, Pulau Socotra adalah pulau yang terkaya dengan spesis-spesis yang hanya ditemui di pulau tersebut.

Ada pelbagai spesis lain yang biasa ditemui seperti ketam, mengkarung atau lipan di Pulau Socotra tetapi uniknya spesis-spesis ini adalah ia mengalami proses kegergasian sehingga saiz spesis itu membesar berbanding saiz biasa.

Gambar 4: Socotra Sunbird. Kredit: Animalsmix
Gambar 5: Socotra Skink. Kredit: Morten Ross

Dengan kekayaan flora dan fauna wujud di Pulau Socotra, semestinya kerajaan Yaman dapat peluang untuk memperoleh pendapatan negara melalui sektor eko-perlancongan tetapi demi memastikan kelestarian pulau itu, kerajaan melarang sebarang pembangunan bertapak  – tiada hotel, restoran, dan bangunan lain. Hanya jalan raya saja yang terbentang luas untuk kemudahan para penduduk asal.

RUJUKAN:

Apel, M. and Brandis, D. 2000. A new species of freshwater crab (Crustacea: Brachyura: Potamidae) from Socotra Island and description of Socotrapotamon n. gen. Fauna of Arabia 18: 133-144.

Bowersock, Glen Warren; Brown, Peter; Grabar, Oleg (1999). Late Antiquity: A Guide to the Postclassical World. Harvard University Press. p. 753.

“EU to protect Socotra archipelago environment“. Saba Net. Yemen News Agency (SABA). 15 April 2008.

Kingdon, Jonathan(1989). Island Africa: The Evolution of Africa’s Rare Plants and Animals. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. pp. 38–42.

Majalah INFINITI Edisi 28, Sept 2011, m/s 34 – 37.

Miller, A.G.; Morris, M. (2004). Ethnoflora of the Socotra Archipelago. Royal Botanic Garden Edinburgh.

“Socotra islands scenery in Yemen“.youth.cn. China Youth International. 25 April 2008

 

Artikel ini diterbitkan semula dari laman The Patriots dengan izin editor.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Flora dan FaunaPohon Darah NagaPulau Socotra
ShareTweetShare
Previous Post

Melestarikan Alam untuk Kesejahteraan Masa Depan

Next Post

Penggunaan Bahan Radioaktif dalam Perubatan

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

2 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

3 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

4 days ago
Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia
Berita & Peristiwa

Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia

4 days ago
Next Post
Penggunaan Bahan Radioaktif dalam Perubatan

Penggunaan Bahan Radioaktif dalam Perubatan

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In