23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, September 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Punca Kegagalan Buah Pinggang Kanak-kanak

Editor by Editor
07/02/2013
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

                                                           Oleh
:Mohd Nurhadi Hamsar
                                              Jabatan Farmakologi, Universiti Sains Malaysia

Analgesik adalah ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan. Umum mengenalinya sebagai ubat penahan sakit dan salah satunya adalah ubat jenis antiradang bukan steroid atau Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs).

Contoh ubat NSAID ini adalah seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan), voltaren (diclofenac) dan naproxen. Ini adalah antara ubat-ubat yang sering digunakan terutamanya ibuprofen dan naproxen untuk merawat sakit dan mengurangkan demam di kalangan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Pediatrik, Indiana University School of Medicine dan Jabatan Amalan Farmasi, University College of Pharmacy and Health Science, Indianapolis, Amerika Syarikat telah mendapati penggunaan ubat NSAIDs ini telah menyebabkan Acute Kidney Injury (AKI) atau kerosakan akut buah pinggang.

Kajian yang dijalankan oleh Dr. Jason Misurac dan rakan-rakannnya di Hospital Kanak-Kanak Riley telah menyaring seramai 1015 orang pesakit yang mengalami AKI yang berumur 18 tahun dan ke bawah daripada bulan Januari 1999 hingga 30hb Jun 2010.

Hasil kajian mendapati daripada 1015 orang pesakit AKI, 27 orang daripadanya adalah dikaitkan dengan penggunaan ubat NSAIDs. 78% daripada 27 orang pesakit tersebut menggunakan ubat NSAIDs kurang daripada 7 hari dan 75% pula menggunakan dengan dos yang betul. Dalam 67% kes yang dilaporkan, ibubapa melaporkan anak-anak mereka mempunyai tanda-tanda dehidrasi.

Kebanyakan pesakit ini kebanyakannya adalah remaja dan pesakit yang berumur kurang daripada 5 tahun lebih serius terjejas dan lebih memerlukan dialysis. Walaupun punca kanak-kanak ini mengalami penyakit yang lebih teruk tidak diketahui, namun penulis beranggapan bahawa ia mungkin disebabkan oleh kecenderungan peningkatan kepada kesan toksik penggunaan ubat NSAIDs.

Setakat ini tiada pesakit yang meninggal dunia atau mengalami kegagalan buah pinggang kekal, tetapi 30% daripada kanak-kanak ini mempunyai tanda-tanda mengalami kerosakan buah pinggang kronik yang berterusan selepas pemulihan daripada insiden AKI.

Dr. Jason menyatakan bahawa sepanjang hampir 11 tahun kajian, sebanyak USD 375 293 telah dibelanjakan untuk menjaga pesakit AKI yang disebabkan oleh penggunaan ubat NSAIDs. Penggunaan kos ini adalah signifikan terutamanya apabila mempertimbangkan bahawa penyakit ini dapat dielakkan.

Tambahan pula, ramai yang mengambil mudah dan memperkecilkan peranan ubat-ubatan NSAIDs sebagai penyebab penyakit AKI pada kanak-kanak. Ini dikejutkan bahawa penyakit ini biasanya berlaku pada kanak-kanak yang mengambil ubat-ubatan NSAIDs pada dos yang disyorkan. Kajian Dr. Jason yang telah diterbitkan oleh The Journal of Pediatrics ini telah mencadangkan bahawa penggunaan NSAIDs memainkan peranan penting dalam mekanisme penyakit AKI.  

Rujukan:
1 – Jason M. Misurac, Chad A. Knoderer, Jeffrey D. Leiser, Corina Nailescu, Amy C. Wilson and Sharon P. Andreoli. (2013). Nonsteroidal Anti-Inflammatory Drugs Are an Important Cause of Acute Kidney Injury in Children. The Journal of Pediatrics.: 1-8

2. Foto-homes.bio.psu.edu/faculty/strauss/anatomy/urogen/modelkidney2.htm

Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: penyakit buah pinggangpenyakit buah pinggang kanak-kanak
ShareTweetShare
Previous Post

Buku: Pengaturcaraan Berorientasikan Objek Menggunakan Bahasa Java

Next Post

Komputer Mirip Otak Manusia Mungkin Dicipta

Editor

Editor

Related Posts

Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi
Berita & Peristiwa

Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi

2 months ago
Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk
Berita & Peristiwa

Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk

5 months ago
Tuberkulosis; Batuk, Nyahlah!
Berita & Peristiwa

Tuberkulosis; Batuk, Nyahlah!

6 months ago
Kajian: Aktiviti Berjalan 8,000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular
Berita & Peristiwa

Kajian: Aktiviti Berjalan 8,000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular

6 months ago
Next Post
Komputer Mirip Otak Manusia Mungkin Dicipta

Komputer Mirip Otak Manusia Mungkin Dicipta

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyakit Bawaan Siput Gondang: Boleh Dimakan Tetapi Bahaya Menanti Anda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In